Friday, December 31, 2010

Jumaat, hari terakhir Disember 2010

Hari ni hari terakhir bulan Disember. Dan hari ini adalah hari JUMAAT, ketua segala hari - hari. Sebelum kita memasuki tahun baru, 2011, saya nak cerita pasal hari Jumaat ni.

  • Kiamat mungkin berlaku pada hari Jumaat. Jangan over enjoy sangat ok
  • Kita kena banyakkan berdoa, doa hari Jumaat mustajab dan akan dimakbulkan
  • Allah mencipta Nabi Adam AS pada hari Jumaat
  • Allah menurunkan Nabi Adam AS ke bumi pada hari Jumaat juga
  • Pernikahan antara Nabi Adam AS dengan Siti Hawa
  • Nabi Adam wafat pun pada hari Jumaat
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha
  • Pernikahan antara Nabi Musa AS dengan Shafrawa
  • Pernikahan Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali AS dengan Siti Fatimah
  • Solat Jumaat pun ada =)

Hari Jumaat ni, hari yang baik. Jadi jangan buat benda yang tak senonoh pula masa count down tahun baru nanti. Tuhan itu maha melihat. Dah baca apa saya tulis sini, jangan buat – buat tak tahu pulak. Tak adalah, saya bergurau saja. Kita masing – masing berjaga – jaga lah. Kita semua ada batas – batas dan hukum – hukumnya, yang penting jangan keterlaluan. Saya minta maaf jika saya ada kesalahan samada saya sedar atau tidak. Jadikan tahun baru ini sebagai permulaan hidup baru yang diberkati Allah. Best wishes~

The last day of December

The last day of December
It’s my first weekend in hostel
I happily turned 19 in hostel
And I realise I’m getting older

My mum made a video about me for my birthday. And she put it in her facebook. I’m touched. I know how I felt that moment. I never feel like that before. It almost put me into tears. But I hold it back. I hold back tears a lot. You know, I never say “I love you mum”. I swear. I never say it to her, face to face. I only type it in text. I don’t know what is wrong with me? I just think that I’m too shy to say it out loud. Shy because I never did it before. And I am scare to start it first. Please scold me for that people.

I’m getting older. It happens to everybody. Time will tell. I know that nobody likes it. I wish I could stay 18 forever. I don’t want to face the life transition. I am scare. I want to be independent. I want to do a lot more crazy things, like studying, spending, flirting, giggling, day dreaming. I can’t think about being a wife. Gosh, don’t start it! See, I still have to learn more. Why time won’t wait? The world keep on spinning every second every minute every day.

I want to change, I want to be a better muslimah little by little. But time always running so fast. How can I learn in such manner? Sooner I will turn to 20. My senior rejects 4 proposals since she was 19 years old. And don’t tell me that you (female) didn’t think about getting married at all. It is not about I want to get marry earlier. It is about the life transition. The bigger responsibility. It will come no matter how.

With great power comes great responsibility. I can’t cook. I can’t tolerate with crying child and bossy husband. I don’t have the power yet. I only love animals. That could be my talent, my only power.

Tuesday, December 28, 2010

Utusan hari lahir


Kali pertama jejak UIA Gombak
Kali pertama pergi Masjid India
Kali pertama pergi Jusco
Kali pertama pergi Sogo
Kali pertama makan pizza Domino’s
Kali pertama nampak biawak dari dekat
Kali pertama berkawan dengan orang putih
Kali pertama menangis kerana kelas Tilawah
Kali pertama pakai boots
Kali pertama pergi buat manicure
Kali pertama rasa insaf makan chicken chop
Kali pertama kena sembelit teruk
Kali pertama beli kasut mahal
Kali pertama rasa sangat miskin
Kali pertama keluarkan RM1200 cash
Kali pertama doa mahu jodoh yang baik
Kali pertama doakan ibu bapa masuk syurga
Kali pertama merasa kegembiraan sepupu yang akan berkahwin
Kali pertama rasa tangungjawab orang Islam besar
Kali pertama sedar ramai orang Islam lalai
Kali pertama bincang soal menjadi isteri
Kali pertama tekad mahu jadi orang baik
Kali pertama basuh seluar jeans bukan dengan mesin
Kali pertama habiskan empat bar cokelat dalam seminggu
Kali pertama makan tomato kecil
Dan inilah
Kali pertama hari kelahiran saya dikongsi di dalam blog.

P/S: Terima kasih banyak - banyak kepada yang hantar SMS birthday =)

Monday, December 27, 2010

Mati itu pasti!

Terkejut saya dengar laungan takbir bila saya tengah tengok – tengok buku kat book fair depan masjid UIA tadi. Semua orang kat situ tercari – cari mana datangnya suara laungan tu. Rupa – rupanya ada orang ramai – ramai bawak jenazah. Tersentap jantung saya tengok benda tu. Mula – mula ingat orang tu main – main aja. Saya ingat orang buat macam tu sebab nak promosi atau adakan kempen kursus pengurusan jenazah ke. Tapi betul dah sahih, memang ada orang meninggal kat UIA. Masjid umum waktu Zohor tadi untuk buat solat jenazah jemaah. Jenazah tu pelajar lelaki.

Jumaat minggu lepas dekan A&R yang meninggal. Saya jalan seorang saja waktu balik asrama tadi. Tengah berjalan tu terfikir pasal kejadian yang saya nampak tadi. Agaknya apa pelajar tu tengah buat sebelum dia pergi. Dia bersedia atau tidak. Dia rasa macam mana. Dia pergi dalam tenang atau tidak. Semua saya fikir. Ya Allah, wujudkah orang yang tidak takut mati? Saya rasa semua orang takut. Mati itu pasti berlaku. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Nabi kita, Muhammad SAW pun mengaku rasa mati itu pedih sekali. Malah Nabi kita ambil sedikit rasa sakit itu untuk semua umat dia. Rasa sakit yang kita akan alami nanti tu bukan sepenuhnya. Sedikit rasa itu Nabi kita sudah ambil. Berterima kasih lah kepada dia, junjungan kita. Takutnya nak mati nanti. Rasa tak bersedia dan tak rela nak pergi. Banyak lagi dosa saya ni!!!

Kejadian tadi tu betul – betul buat saya risau. Entah bila saya akan mati. Sejam lagi, 30 minit lagi, atau kejap lagi. Ish tak nak dah tangguh solat lepas ni. Nak solat awal waktu. Takut tak sempat. Ini bukan kali pertama saya tengok jenazah. Setiap kali tengok jenazah mesti saya rasa macam ni. Tapi yelah, saya ni bukannya selalu berkobar – kobar macam ni. Mula - mula semangat tu ada, lama – lama semangat tu hilang sikit demi sedikit. Macam mana nak kekal mengingati mati ni?

Teringat lagu Kris Allen “Living like we’re dying” tu. Kadang – kadang kita ni buat kerja acuh – tak acuh je. Tak sungguh – sungguh. Kita sepatutnya beribadat bersungguh – sungguh seolah – olah esok tak akan datang. Saya sendiri pun susah lagi nak buat macam tu. Sungguh. Saya memang nak buat macam tu. Tapi saya ni selalu sangat fikir benda – benda keduniaan. Manusia ni susah kan nak spend time dengan Pencipta dia. Atirah ni lalai teruk. Ish bila la nak berubah??!!

P/S: Kat Kuliyyah Edu banyak pokok kemboja. Memang membantu untuk selalu ingat mati.

Thursday, December 23, 2010

Kenapa orang kita suka mencarut?

Hari tu jalan – jalan kat UIA tengok bazaar saya terdengar seorang budak perempuan yang berpakaian pelik mencarut sebab terlanggar satu benda. Mencarut dalam Bahasa Inggeris pula tu. Benda yang dia sebut tu teruk juga lah, banyak pulak tu. Dia sebut “sh**, f**k”. Dan lepas benda tu keluar, kawan dia pula puji, “hah, ambik kau, semua terkeluar”. Yelah, mungkin perempuan yang mencarut tu bangga lah sebab ada orang beri respon bila dia mencarut dan dia tahu orang dengar dia mencarut tadi. Dah la pakai pelik, memang nampaknya perempuan tu suka menjadi bahan perhatian orang.

Saya kali ini nak cerita penyebab orang kita suka mengeluarkan kata –kata kesat. Kenapa orang kita suka mencarut? Pada perhatian saya: -

Tiru orang Barat
Orang kita suka tonton cerita macam Fast and Furious, Tropic Thunder, Epic Movie, Superhero Movie apa semua tu, kan? Dalam ceritu macam kan banyak benda yang pelakon dia carut. Jadi kita ni ingat benda tu ‘trend’ la. Dan dari cerita macam nil ah kita belajar bahasa – bahasa carut tu. Orang kita kan suka mencarut dalam BI?

Nampak bergaya
Bagi sesetengah orang yang suka mengeluarkan kata - kata kesat dalam BI ni, diaorang anggap benda ni bergaya. Kenapa bergaya? Bergaya lah sebab mencarut pun guna Bahasa Inggeris kan. Diaorang pun ada juga rasa macam show off bila mencarut. Bagi diaorang, benda ni buat diaorang nampak educated, sebab diaorang tahu mencarut dalam Bahasa Inggeris.

Dah biasa
Kadang – kadang, orang kita mencarut sebab dah terbiasa. Dia sebut “WTF” tu sebagai satu ekspresi. Mungkin “WTF” tu macam “Apa kes?!” lah kot. Bagi saya ini tak lah berat sangat. Boleh dimaafkan. Kadang – kadang, dalam status FB pun dia tulis ja “WTF”, tapi dia tak betul – betul maksudkan begitu. Ia lebih baik jika kita tak menzahirkan benda tu. Dosa tu dosa lah jugak, tapi tak dosa besar macam kita keluarkannya dengan jelas. Saya tak sokong mana – mana, cuma bagi saya ini tak berat sangat.

Sebenarnya bila kita mencarut kita selalu tak sedar apa orang fikir tentang kita lepas tu kan. Dah sebut “sh** f**k d**k” tu orang akan nilai kita macam – macam. Selalunya benda – benda yang buruk lah. Orang kata kita bodoh, kita berlagak dan mungkin juga orang kata kita jahil mak bapak tak ajar. Maafkan saya jika benda ni kurang menyenangkan. Dulu saya pun suka mencarut. Masa tu saya ingat mencarut dalam BI ni stailo habis. Tapi sebenarnya, perkara tu buat kita nampak bodoh. Sumpah tak tipu! Orang pandang kita macam tu!

Tapi bagi kes “dah terbiasa guna carut tu sebagai satu ekspresi” lain sikit. Kadang – kadang orang tu dah terbiasa, nak buat macam mana. Dia tak ada niat nak show off atau nak tunjuk bergaya. Cuma dia dah terbiasa. Kadang – kadang, dia melatah pun sebut “WTF”, marah pun sebut, sedih pun sebut, terkejut pun dia sebut. Nak buat macam mana kan? Tapi kalau boleh kurangkan lah. Lebih baik sebut “Masha Allah” atau “Astagfirullah”.

Mesej saya untuk entri ini adalah, jangan amal mencarut dalam perbualan harian kita okey. Tak guna kita mencarut. Semua ni buat kita dapat dosa kering ja. Tak pasal – pasal dapat dosa. Memang nampak remeh tapi bila buat banyak kali kan dah bertimbun titik hitam dalam hati? Rugilah. Tak payah lah mencarut. Mencarut tu buat kita nampak macam tak bertamadun. Kita ada bahasa yang lagi indah kenapa nak guna bahasa yang buruk tu? Mak ayah kan tak ajar kita mencarut?

Okey. Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak minta maaf kalau saya buat pembaca terguris. Saya hanya nak berkongsi rasa dan pendapat dengan harapan sedekah jariah saya ini diterima serta diamal. Insya ALLAH.

P/S: Saya rasa saya sangat skema x]

Monday, December 20, 2010

Pre - marriage course

Me: Ey, isn’t it insane to ask people like us to go to the pre – marriage course? We’re still young and we don’t need that yet.

Friend: I got your points mate. It’s quite embarrassing to go now - with this age.

Senior: You better go now.

Me: What for???!

Friend: Yea, it’s embarrassing!

Me: What would others think? They might say “Oh God, they don’t belong here, this is not for them”. And  of course I don't want to hear that.

Senior: Why is it embarrassing? It is good. If you go now, the price is a bit cheaper. If you wait longer, the price will increase. What is the payment for now?

Us: RM45.00

Senior: See? During my time, last two years, it was only RM25. Go now. You will not lose anything. 

Me: No. Not now. I feel so shy to sit there and join the adults. 

Senior: Then, when will you go? After you find your husband?

Me: Yea, that would be better.

Friend: At least, we’re qualified enough to join the course. 

Senior: It would be very embarrassing to go with your partner. Can you imagine? Sit there together, watch the show together and listen to the same thing together? Isn’t it embarrassing? Gosh, you can’t handle it, believe me!

Me: Hmm. That’s quite true. 

Us: (after imagining it) Gosh??????!!!!!!!!! Yikes!!!!!!!!

Me: But…no way. Not now! I won’t go now. I’ll wait until 20’s alright. I’m not yet 20. I just feel something is not right for me to join it now.

Actually, I don’t really know what it is about the pre – marriage course. What is the content, what would they discuss about, what will they show and all that. I don’t doubt my curiosity. I think I know some. But I am a bit shy to ask my senior about the real content. Seriously. I can’t handle what might the answers be. So the thing is, this is not really important right? We will attend it when we feel like going to. My cousin also suggests me to go now, because she said, I can boast around to the adults that I just join the course for nothing. Ala, saja je pergi seronok – seronok. I kinda like the idea. Ekekekeke.

Wednesday, December 15, 2010

Perpustakaan impian

Dah pergi kelas, saya lajak ke perpustakaan UIA. Ish ini kan kali pertama saya jejak tempat ni. Jadi benda ni buat saya jadi jakun sikit. Saya sebenarnya takut nak masuk mula – mula tu, tapi brother tu kata boleh guna temporary matrik card. Bila tengok library ni saya banding dengan library kat luar negara. Library sini rak dia besi aja. Kalau kat luar negara rak dia buat dari kayu dan ditempah khas untuk universiti tu. Sebab itu library orang sana cantik dan sangat klasik. Saya suka yang macam tu!

Okey jadi, hari ini saya nak cerita angan – angan merapu saya. Kalau lah saya designer library UIA ni, saya pun akan tempah jugak rak – rak buku ni. Saya akan design cantik – cantik, warnakan warna kayu tu gelap sikit, letak buku sama tinggi sama warna dan sediakan lampu – lampu yang menarik serta terang. Tak nak lampu yang malap – malap bagi orang tidur tu.
 
Guna rak kayu memang akan nampak cantik


Library kat luar negara, rak – raknya tinggi. Sangat tinggi. Tapi negara kita tak nak buat ke? Saya suka kalau rak tinggi – tinggi. Nampak buku macam banyak aja. Tapi nama pun library kan, memang lah buku kena banyak. Tadi saya pergi, ada ja rak – rak yang kosong. Entah mana semua buku pergi. Tak pa. Abaikan. Dan tidak juga dinafikan, library UIA ni besar. Sangat luas dan tidak semak.


Jadi saya akan letak rak buku yang tinggi – tinggi. Letak lah ladder sekali kan. Lepas tu saya akan sediakan meja yang panjang, macam dalam cerita Harry Potter, meja makan Hogwart tu, dan letak kerusi panjang (juga) untuk orang duduk – duduk membaca kat library. Lepas tu saya nak library yang ada tingkap besar. Besar dan tiada langsir atau blind. Baru seronok nampak pemandangan luar.
Ada tangga ni untuk capai buku yang tinggi - tinggi

Meja dan kerusi panjang dalam Harry Potter

Tingkap yang besar, elegan serta moden

Dalam library tu, saya akan design lantai yang sangat klasik. Mahu letak lantak ala – ala lantai istana punya. Lantai batu. Apa orang panggil? Masonry? Aa lebih kurang macam tu lah. Dinding dalaman pun saya nak dinding bata – bata. Orang putih panggil “brick wall”. Tak lupa juga, saya mahu siling yang tinggi. Boleh lah letak rak tinggi banyak – banyak dan ladder boleh lalu - lalang. Library tu mesti nampak macam istana punyalah. Baru seronok nak baca buku.
 Brick wall - classy right?
Siling yang tinggi

Bagi saya, library UIA ni cantik. Bukan tak cantik. Ada basement lagi. Dah la canggih. Ada mesin pinjam dan pulang buku automatik. Ada lif, ada wireless, ada leisure area, ada video room, ada discussion room macam – macam lah. Nak cari buku pun senang sangat. Guna OPAC saja. Akronim OPAC tu apa entah. Lupa =)

Tuesday, December 14, 2010

Menangis kerana kawan

Kerana aku sayang pada kamu
Kerana aku berharap pada kamu
Kerana aku suka pada kamu
Kerana aku mahu disisi kamu
Kerana aku mahu belajar dengan kamu
Kerana aku mahu menangis bersama kamu
Kerana aku peduli akan kamu
Kerana aku mahu lindung kamu
Kerana aku mahu syurga itu tempat kamu
Kerana aku berkorban buat kamu
Kerana aku senang dengan kamu
Kerana aku tenang dengan kamu
Kerana aku terkenang akan kamu
Kerana aku sunyi tanpa kamu
Kerana aku ketawa dengan kamu
Kerana aku percaya pada kamu
Kerana aku berjalan di tepi kamu
Kerana aku tidak berkira dengan kamu

Dan aku mahu kamu tahu
Aku menangis kerana kamu
Kerana aku berdoa untuk kamu
Supaya kamu tidak hilang rasa malu
Supaya kamu kekal dengan aku
Supaya kamu sentiasa dalam rahmat Tuhanmu
Supaya kamu berjaya selalu

Sunday, December 12, 2010

Cita - cita dahulu

Minggu ini, saya dengan rasminya telah menjadi pelajar ijazah UIA. Orentasi dah habis, lepas ni pergi kelas la pula kerjanya. Hidup saya kembali seperti biasa. Ya Allah, takutnya nak lalui. Mesti nanti lagi banyak cabaran. Kat CFS pun asyik nangis sembunyi – sembunyi aja. Biasalah kan. Macamlah orang lain tak pernah buat. Dah rindu kat rumah la pula sekarang ni. Nak balik tengok kucing kejap boleh? Rindu.

Sekejap sangat masa berlalu. Saya rasa macam baru habis SPM ja. Tapi dah dua tahun dah lepas SPM. Cepatnya. Tahun depan, saya jadi 19, tahun depan lagi saya jadi 20. Ish, dah masuk 20 ni bunyi pun tak sedap. Orang nak kekal belasan ja. Tak nak puluh – puluh. Bila kenang masa kecik – kecik dulu, saya teringat balik saya ni ada macam – macam cita – cita. Kejap itu kejap ini.

Polis
Saya pernah kot teringin jadi polis. Entah apa yang seronok jadi polis entah waktu tu. Bila dah besar, boleh fikir, terkata pula polis ni macam bosan aja kerjanya. Hehehe

Doktor haiwan
Yang ini boleh diterima lah. Saya memang nak sangat – sangat jadi veterinar. Seronok. Boleh pegang dan tolong kucing, harimau, lembu, kerbau, orang utan, beruang, musang, kambing, zirafah semua lah. Seronoknya. Saya pencinta haiwan, seronok kalau boleh duduk dekat dengan haiwan – haiwan. Semua comel – comel mulut kumat kamit. Tapi yelah, tak kesampaian hajatnya.

Juru terbang
Ini pun memang hampir membuat saya jadi gila. Nak sangat jadi juru terbang. Sampai sekarang, masih ada lagi keinginan tu. Juru terbang seronok. Boleh jalan – jalan jauh. Tengok negara orang. Merantau melancong. Nanti bila banyak duit, boleh beli jet peribadi sendiri. Nak pergi overseas. Senangnya travel kalau ada jet sendiri. Saya rasa teringin pulak nak ambil lesen kapal terbang ni.

Sekarang saya dah sah jadi pelajar Kuliyyah of Education. Saya nak pergi overseas. Kan nak jadi juru terbang tak boleh. Belajar Inggeris pun boleh apa nak sambung kat overseas. Mungkin saya akan jadi pendidik la. Sebenarnya saya tak mahu jadi cikgu, ini keluarga yang cadangkan. Tapi saya tahu, masa depan nanti susah nak cari kerja. Cikgu mungkin senang. Setiap tahun sekolah dan IPT dibina, setiap tahun pelajar masuk, setiap tahun orang belajar Bahasa Inggeris, Insya Allah, saya mudah dapat kerja nanti. Kalau saya ambil Biologi, bukan setiap sekolah ada subjek tu kan? Ini Bahasa Inggeris, semua sekolah ada.

Eh, ini bukan entri nak pujuk suruh jadi cikgu tau. Saja aja, nak pujuk diri saya ni. Saya bukan nak bagi kauorang keliru. Jangan keliru . Belajar saja. Kalau ada rezeki, nanti kita semua kerja lah.Takkan lah kita belajar susah - susah lepas tu tak dapat kerja? Tuhan maha pemurah. Dia akan tentukan nasib kita. Percaya pada DIA.

Lebih suka diam

Dah habis ta`aruf ni, baru perasan ada setengah orang hairan yang saya boleh duduk diam berjam – jam tanpa sepatah perkataan dalam dewan dengar briefing. Saya ni memang lebih suka diam. Saya bukan dengar briefing pun. Kadang – kadang saya berangan. Kadang – kadang usha orang. Kadang – kadang dengar mp3. Kadang – kadang memang malas nak cakap. Nak cakap apa? Cakap pasal kucing boleh jugak. Hmmph.

Dulu saya memang pernah jadi seorang yang banyak cakap. Saya tak tahu, kenapa sekarang dah jadi lain. Saya malas nak cakap. Kadang – kadang jumpa orang yang saya kenal pun, saya tegur “hai” saja. Tak ada lebih – lebih. Saya tahu, ada orang kata saya sombong dan tak pandai bergaul. Masalahnya, saya selesa macam ni. Saya tak reti nak buat – buat mesra. Tapi saya rasa saya ramah aja. Dengan kawan rapat saya cakap la macam biasa.

Saya harap saya tak sakitkan hati sesiapa. Saya tak tahu lah nak buat macam mana. Kat rumah boleh aja saya cakap gelak – gelak. Mungkin saya tak dapat sesuaikan diri lagi kot. Saya baru lagi kat sini. Jurusan saya ni pun kawan sikit. Kawan saya banyak jurusan lain. Saya tak kisah, rasanya saya boleh tahan ja. Tuhan akan temukan saya seorang kawan baru yang sama jurusan nanti. Saya tunggu aja. Saya juga masih berdoa.

Atirah bukan kesunyian. Saya berkawan bila kena masanya. Kalau dah tak mood nak cakap, saya tak cakap lah. Kalau dalam SMS, memang nampak macam saya cakap banyak. Jumpa depan – depan saya terdiam. Macam lah dalam blog, saya ramah aja menulis kat sini. Entahlah. Lagi satu, saya ni dah mula memilih sikit bila nak berkawan. Saya nekad mahu jadi orang baik. Saya nak kawan dengan orang yang boleh bawa saya ke syurga.

Orang baik – baik, dia jaga maruah dia. Kalau tergelak kuat – kuat mengilai tu elok ke? Perempuan memang suka gelak kuat nyaring – nyaring. Ish tak nak lah cerita pasal perempuan gelak kuat - kuat. Ciri – ciri orang baik selalunya dia hanya bercakap bila perlu. Kalau tak ada benda untuk kita berdakwah, lebih baik diam. Saya sebenarnya masih banyak kekurangan. Tapi saya nak cuba jadi orang baik yang ada maruah. Baik saja tanpa maruah tak guna jugak.

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, December 6, 2010

Perompak di jalan raya

Malam tadi kami satu famili pergi makan dekat Kuala Perlis, makan ikan bakar. Sedap! Dah kenyang semua kami balik lah, tunggu buat apa. Dah la sejuk. Angin banyak. Tepi laut kan? Sejuk sangat. Dalam perjalanan balik tu kami balik dekat highway. Lalu saja bawah jejantas tu, bedebuk bunyi benda jatuh atas bumbung kereta. Kami sangat terkejut. Dahla naik kereta baru. Semua panik.

Kami tengok kat belakang, nak tengok belah apa. Tapi habuk pun tak nampak. Bapak nak berhenti kat tepi, saya jerit, “jangan pak, setan kot!”. Bapak cakap, “tak kira, ingat aku takut!!!”. Kami pun berhenti kat tepi, tapi agak jauh lah dari jejantas tadi. Bapak keluar, abang keluar, tinggal saya, mama dan adik saja dalam kereta. Adik menangis, dia kata dia nampak bayang budak kecil. Saya baca ayat Kursi kat dia.

Bapak tunggu lama juga kat luar, mama keluar tanya. Bapak cerita ada benda jatuh atas bumbung kereta. Memang kotor kat bumbung kereta tu. Bapak cakap selut. Dah selesai periksa, semua masuk balik dalam kereta. Bapak cakap dengan adik, jangan takut dengan benda – benda yang dia nampak. Itu mungkin ilusi dia. Saya tahu bapak tak mahu dia takut.

Okey, mungkin apa yang kami lalui malam ni adalah satu benda yang baru bagi kami. Kat highway tu tak lah sunyi pun. Kereta banyak aja yang lalu lalang. Kami buat kesimpulan, mungkin ada orang nak buat jahat kat kami. Tapi kami berhenti jauh sangat, diaorang batal sajalah niat tu. Nasib baik kami ramai waktu tu. Ada lima orang dalam kereta. Dan kami berhenti jauh pulak tu.

Sebenarnya, selut tu mengikut teori bapak, dia kata orang tu ikat dalam plastik. Lepas tu orang tu main lepas aja dekat kereta yang lalu kat bawah. Mungkin nak bagi cermin kereta kotor la kan. Tapi selut tu kena kat bumbung kami. Kat cermin ada titisan selut aja. Mungkin juga selut tu dah separa beku, sebab itu ada bunyi bila dia jatuh kat bumbung. Siot lah, kuat jugak bunyi tu. Macam langgar orang kot.

Orang nak rompak kat jalan ni macam – macam cara dia guna. Guna telur pun pernah jadi. Orang tu akan buang telur dari atas, target betul – betul bagi kena cermin. Telur ni tahu la kann. Kena cermin terus kelabu. Kalau lap dengan wiper lagi la teruk. Jadi mangsa akan berhenti kat tepi jalan. Masa ini lah perompak jalanan ni bertindak. Mangsa tengah susah payah tenyeh kain cuci cermin perompak datang ugut dengan pisau.

Yang kami kena baling selut ni mungkin lah satu proses orang nak merompak kot. Minta simpang jauh – jauh lah. Minta Tuhan lindung. Kalau sesiapa kena benda – benda kotor jatuh bila lalu kat jejantas, jangan berhenti dekat – dekat. Diaorang guna telur kalau duit tengah banyak, guna selut bila tak ada duit. Kalau kena jangan turun kereta lagi – lagi kalau tengah sorang – sorang. Kalau ramai dan rela makan penumbuk, turun lah lap cermin. Tapi tak payah lah cari penyakit. Elak kalau boleh. Malam ni kami bernasib baik sebab cermin tak kotor.

Orang jahat kalau dah terdesak, apa cara pun dia buat. Kadang – kadang orang macam ni pandai terlebih. Bab – bab belajar tak pandai pun. Bodoh mereput. Maaf, tapi itu bahasa yang paling sesuai untuk diaorang.

Saturday, December 4, 2010

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.



Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

P/S : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam... InsyaAllah..

DIPETIK DARI : HARAKAH DAILY

Tuesday, November 30, 2010

Alamak, dah nak habis

Tak seronok lah cuti dah nak habis. Lepas ni kena bangun awal, serika baju, pergi kelas, buat assignment, ada periksa, macam biasa. Saya suka duk kat rumah. Kat rumah boleh jaga kucing – kucing saya. Boleh masak bihun pama. Boleh main game lama – lama. Boleh dengar lagu kuat – kuat. Boleh pergi main badminton dengan kawan kat Kedah. Duk kat kampus nanti, macam terkawal aja. Asyik dengan baju kurung je. Kena belajar. Ada curfew lagi. Ada mak guard yang bising – bising lah.

Banyak benda yang saya fikir bila nak pergi Gombak nanti. Dalam kampus nak naik basikal ke motorsikal? Kalau naik motorsikal jauh tak nak pergi cari minyak? Kalau naik basikal, takkan nak berbaju kurung? Kalau terselak kena denda pula? Ada orang bagitahu first year tak boleh lagi bawa kereta ataupun motor. Hari tu pergi ambil ujian Medsi tak nampak pun orang naik basikal. Ishh… kena jalan kaki lah kan? Ataupun naik bas UIA aja. Kalau hujan mesti kena ada payung. Kalau tak mesti basah punya. Ingat dekat ke kelas dengan bilik macam kat CFS?

Lagi satu, barang – barang selamat tak masa taaruf nanti? Saya orang jauh. Saya akan bawa semua barang sekali gus. Tak ada ulang alik dah. Laptop, broadband semua tu selamat ke nak simpan dalam bilik? Dengar kata, kita main masuk saja mana – mana bilik yang ada kosong. Maknanya kita yang junior ni kongsi bilik dengan senior dan super senior. Junior pergi taaruf, senior dalam bilik. Boleh harap ke diaorang tu? Ada orang cakap kena bawak tirai lah. Bilik tu bentuk macam mana pun saya tak tahu.

Sebenarnya tak banyak pun masalah dia. Tapi saya betul – betul tak tahu pasal benda yang saya cerita kat atas tadi. Dan saya rasa saya nak tahu sangat – sangat. Saya tak mahu laptop hilang. Jadi siapa yang tahu tu kongsi lah dengan saya. Komen ya.

Monday, November 29, 2010

Suka dengan berlian?

Orang kata berlian tu teman baik perempuan. Betul ke? Tak kot. Cuma ramai yang suka berlian ja. Berlian kan mahal dan berkilau. Kalau lelaki bagi cincin yang bertatah berlian tu maknanya dia sayang. Tapi bagi cincin tak ada berlian pun maknanya sayang jugak. Keliru kan? Tak semua orang puja berlian. Orang putih banyak la suka. Orang Melayu kurang. Kenapa? Mahal dan buang duit aja. Orang yang berdagang dengan berlian ni tahu benda ni mahal. Untuk mengekalkan keuntungan yang dia dapat, macam – macam dia cipta untuk berlian ni. Berlian murah kot kat tempat orang putih.

Kita pernah dengar kan pasal telefon bimbit berlian. My gosh, cantik gila. Tapi kalau ikut logik berani ke nak pakai telefon macam tu pergi rata – rata? Mesti tak berani punya. Tempah maut? Pernah dengar gaun yang diselaputi berlian? Yang tu lagi gila. Takutnya nak pakai. Katakanlah orang nak curi gaun tu, sekali dengan pemakai tu boleh mati. Kalau telefon bimbit tu setakat luka tangan atau beg tangan hilang ja kot. Orang putih ni berani mati kan? Terlalu mengejar kemewahan. Eh ada ke orang nak beli benda – benda cantik yang membawa maut tu?

Saya pun minat jugak nak tahu kot – kot ada lagi benda gila yang bertatah dengan berlian. Mana tahu ada jamban berlian ke? Jadi semua gambar bawah ini ehsan google la ye.
Ini guna berlian betul, bukan berlian plastik yang boleh pelekat tu

Baju ni nak dekat 30million kot, world's most expensive dress
Ini biasa punya. Siapa kata tak wujud jam ber- berlian ni
Hair clip ni boleh guna selit kat selendang, jadi shawl clip

Cantik kan? Berlian betul tu...

 Pen pun diorang reka bagi ada berlian, ini 1 million Euro

Boleh jamin ke berlian tu tak tanggal? Risau saya

Okey ini sangat gila. Ada orang kata ni berlian tipu je. Ada jugak kata ni berlian betul
Memang semua tempat dia letak berlian!

Kelik pada gambar untuk gambar yang jelas. Tengok! Benda ni pun jadi mahal sebab ada berlian. Padahal nak membuang jerr.. Tapi rasanya bukan untuk dijual kot. Ini mesti single edition ataupun limited edition je.

Saya tak minat berlian. Tapi, saya harap suami saya nanti bagi saya cincin berlian lah. Satu berlian je pun dah okey. Bagi saya, emas tak cantik dipadankan dengan berlian putih. Emas putih cantik la. Emas sesuai dengan delima, zamrud apa lagi entah yang warna biru tu. Apa - apa ajalah, bukan masanya lagi nak fikir pasal benda - benda ni. Entri ini hanyalah untuk tatapan yang tidak serius. Okey? Eh, kenapa nama dia "BERLIAN" ek? Bila sebut banyak - banyak kali macam pelik pun ada. Atirah ni memang!

Sampai bertemu lagi

Dulu tak mahu tulis blog tentang keluar dari CFS. Sekarang baru rasa selesa nak tulis. Dulu rasa macam kurang selesa nak cerita, nanti ada paper yang tak lepas kan jadi tak best. Nasib baik semua lepas dengan baik. Syukur padaMu Tuhan. Dah pergi main campus nanti mesti banyak benda yang saya akan rindu di Nilai. Banyak kenangan kat sana. Ini pun tengah rindu - rindu dekat dorm mates lama. Diaorang baik sangat. Akak – akak dorm mates pun best – best.

Saya suka kucing – kucing kat CFS. Comel dan cantik – cantik belaka. Dah la jinak je.
Sedikit tentang gambar kucing oren ni : Nama dia Burger Cheese. Tapi budak bilik lain panggil dia Kuning. Rasanya kucing ni banyak nama lah. Dia sangat jinak dan manja. Suara dia kuat. Dia jantan dan dia tinggal di asrama perempuan. Saya rindu dia, dia baik. Saya selalu main dengan dia. Dia selalu tumpang minum air dekat washroom kami. Dia suka tidur atas kasut. Dia sangat comel.

 Tentang gambar: Kucing ni tak ada nama. Dia pun jinak jugak. Kami tengah berborak kat kerusi batu tu tetiba saja dia datang join sekali. Dah tu buat comel pulak duk bergolek - golek kat situ.

Dia ni tak berapa ramah sangat. Kucing ni diberi nama Siberian. Bulu dia cantik macam harimau Siberian =)

Ini semua kucing yang tak berapa jinak. Asyik lepak kat bawah je.

Masjid Baru Nilai ni pun akan dirindui. Sangat banyak memori di sini. Tumpang solat, pergi talk lah, buka puasa lah, pergi exam lah.

Sesungguhnya saya akan merindui CFS IIUM Nilai ni. Tempatnya tak lah hebat sangat. Dah duduk ramai - ramai dekat sini, pergi situ sini sama -sama, kelas sama - sama, makan sama - sama, ulangkaji sama - sama, exam sama - sama, solat sama - sama, semua benda kita buat rasa seronok sangat. Insya Allah kita akan bertemu lagi jika hadir kebenaran Illahi.

Friday, November 26, 2010

Kids & Baby Photo Contest


Saya di tag untuk join satu contest oleh kawan baru saya Cik Imanis Aini. Terima kasih kerana sudi memperlawa saya. Ini kali pertama saya join contest untuk blogger. Yelah, saya masih baru dan masih belajar berblog. Mula – mula nak tolak, tapi rasa tak seronok pulak. Ala..kita buat aja.. Seronok juga benda ni!

Selepas baca semua syarat – syarat penyertaan, saya terus mencari gambar – gambar budak kecil yang best – best. Macam nak ambil gambar adik saja. Gambar Imran okey jugak. Masa tu kami baru pindah ke rumah baru. Adik tu belum bersekolah lagi, sangat suka main bedak nyonya. Gambar ni biasa saja. Adik gemuk masa tu. Sekarang adik dah 12 tahun, dia kurus pulak.

 Kepada sesiapa yang nak join contest ni sila baca syarat – syarat penyertaan di blog kawan kita Safiyyah Osman (http://sweetlikekisses.blogspot.com/)

Dan hadiah yang bakal dimenangi ialah Earring dari Lazo Diamond Jewellery, white gold.

Di umumkan contest ini sudah pun ditutup pada 29 November  2010  
Sekarang saya pula nak tag kepada  Azreen  Salwa  Khadijah  Eyka  Shakirah  Masniza  Elya  Syafiq

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Thursday, November 25, 2010

This is madness

This is madness. I bought RM1++.90 brand new boot to wear in main campus. Ya Allah, I know, it such a waste to buy it that expensive. But I couldn’t think. I really want it since last year. Yet, I love boots so much. I adored people who wear boots. But it’s not really fit for muslimah. People wear boots when they are in skirt, just to emphasize their legs in the boots. High boots are not for baju kurung. Ankle boots probably make sense. So my new boot is an ankle boot.

Then we went to Padang Besar, and I bought that RM2 thing. I feel like turning to little girl a little bit. So yes, I bought that thing. And I play it with my cats. They loved it. They keep trying to catch the bubbles.
 Road to Padang Besar - across Ladang Pokok Getah
This is the thing that makes bubbles

It is always like this when I’m in the verge of returning to campus after the break. I will become half – crazy and I’ll do stupid things. Like screaming to my cats or being emotional with computer games. I don’t know why. My mum noticed these. She told me before.

I’m not ready to go to the main campus but I also can’t wait to go there. I want to go there but at the same time I am afraid. Dude, we’re going to further to degree man, this is a serious thing! We have to pay attention, no more fun times. And yes, I’m getting old. Why can’t I stay 18?

God! Atirah is driving herself crazy =)

Wednesday, November 24, 2010

Dunia tak kejam, manusia yang kejam

Kelmarin bapak cerita, dia tengok video orang tak berperasaan sakiti binatang. Binatang tu macam beruang, tapi bukan beruang. Beruang besar, binatang tu kecil saja. Orang – orang jahat tu, potong tangan dan kaki dia, lepas tu siat terus kulit binatang tu. Binatang tu masih hidup weh. Binatang tu menangis, bunyi bertalu – talu, kesian sangat. Kenapa lah orang jahat dan tak berhati perut sangat? Kesian dia sakit. Dah la potong tangan kaki dia, lepas tu siat kulit dia terus. Tahulah nak ambil bulu dia, tapi dia tengah bernyawa kau siat kulit dia. Dia sakit wehhh. Itu dah seksa namanya.

Bapak cakap, binatang tu akan mati, tapi perlahan – lahan. Ish kesian kat dia, dia sakit. Ya Allah!! Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni! Atirah tak mahu cari video tu, tak sampai hati nak tengok. Bapak cerita pun saya dah bergenang air mata. Saya pencinta binatang. Binatang pun ada perasaan, ada rasa sakit. Kenapa kita yang berakal ni nak menyakiti binatang yang tak berakal tu? Ish, tahu tak binatang ni berdoa kat kita kalau kita buat baik kat dia.

Banyak kot orang sekarang ni suka sakiti binatang. Kes kucing bernama Hero tu mangsa kekejaman orang Malaysia sendiri. Orang potong tangan dia sebab dia curi ikan? Alah weh, itu kan fitrah kucing. Dia lapar. Dah dia curi dan makan kau nak boleh buat apa dah? Kau potong tangan dia kau dapat balik ke ikan kau? Nasib lah ada hamba Allah yang berjiwa penyayang tu ambil rawat dia. Ada haritu pernah tengok video perempuan (bukan dalam Malaysia) tu bunuh kucing guna kasut tumit tinggi dia. Kejam gila. Kucing tu buat apa kat kau? Saya rasa perempuan tu memang suka bunuh kucing. Kalau tak buat apa dia record video tu lepas tu bubuh dalam internet. Bangga sangat ke boleh bunuh kucing. Kau dapat berapa juta?

Manusia ni ada akal, tapi tak guna akal anugerah Tuhan tu. Puas ke tengok binatang tu sakit? Kalau kami buat kat kauorang macam tu, nak ke? Kami potong tangan kaki lepas tu siat kulit kau hidup – hidup, kau sakit tak? Ish, itu pun tak boleh fikir. Mestilah sakit kan? Memang sakit! Habis kenapa sakiti binatang yang tak berdaya tu? Kita yang kuat ni suka sakiti binatang yang lemah ke? Kalau macam tu kauorang memang bodoh, tak layak hidup. Kecik – kecik tak mau nak mampus, besar – besar menyusahkan orang.

For those people that accidentally access to my blog, I’d be pleased asking you to join me to stop animal abuse. I’m not creating a campaign here. I want you to create the sense of ‘loving towards animals’ in you. We are not stupid like those who hurt animals. People who abuse animals shouldn’t live on earth. They don’t belong here. They acted like morons. They belong in hell. Veterinarians are not included. They are here to help those helpless animals. Animals should be treated the way they should be. We are not supposed to ‘kill’ their life. Don’t be inhumane. Have heart. Do remember, God will punish you with what you did. And hell is waiting to roast you up.

Watch Legless Cat Is Ready for Another Life

Friday, November 19, 2010

Sakit kala belajar

Selepas tengok keputusan final exam hari tu, saya rasa macam tak puas hati pun ada. Entah lah kenapa. Kadang – kadang bila saya belajar, saya akan tengok orang keliling saya belajar macam mana. Atirah jenis yang suka stay up untuk belajar. Jadi perangai ni sebenarnya, semua orang ada. Kebanyakkannya pelajar lah. Tapi bukan semua orang boleh stay up. Ada tu dia niat nak bangun belajar, tapi tak bangun – bangun. Kat asrama saya banyak tolong kejut kawan – kawan yang pesan suruh kejut bangun belajar.

Saya rasa hanya satu saja kenapa saya tak puas hati dengan keputusan saya. Yelah, kan dah jadi adat kita, bila dah tengok keputusan, kita mesti tanya – tanya kawan yang lain pasal benda tu. Jadi bila dah tahu pasal keputusan orang lebih baik dari kita, mesti lah ada rasa tak puas hati kan? Okey, saya nak cerita duka hati saya yang tak puas hati ni. Saya tahu saya belajar macam mana. Dan saya perhati kawan – kawan saya yang lain belajar macam mana. CAM saya baik saja. Final exam saya target tinggi. Tapi saya tak dapat capai target saya pun. CAM saya semua okey. Jadi tak salahkan kalau saya pasang target berdasarkan CAM. Saya rasa yakin dengan apa yang saya jawab dalam exam. Tapi entahlah, tak ada rezeki dalam tu.
 Lokasi: Library UIA Nilai

Keputusan saya tak lah teruk, mama bapak saya puji je. Saya lah yang bermasalah. Saya suka belajar sendiri bukan ramai - ramai. Dan saya bandingkan usaha saya dengan kawan – kawan saya. Sumpah saya cakap, saya rasa usaha saya paling baik. Maaf lah, bunyi pun macam tak sedap di baca aja. Tapi benda dah bukan rezeki saya, nak buat apa lagi. Saya rasa usaha saya tak sesuai dan tak patut dengan keputusan yang saya dapat. Kenapa Atirah ni tak bersyukur sangat? Susah benda ni. Saya kata saya bersyukur, tapi hati saya fikir dalam – dalam. Sampai saya ni ada perasaan prasangka kat Tuhan pulak. Saya tak boleh salahkan Tuhan. Saya tahu.

Sebab kenapa saya tak puas hati yang satu tu adalah, kawan lain lebih baik dari saya. Saya usaha juga macam kawan – kawan yang lain. Saya tahu belajar ni susah. Mana ada benda senang dalam dunia ni. Belajar ini pun satu ibadah, kita akan dapat pahala. Dan bila kita belajar bersama ni, tipu lah jika tak ada rasa bersaing langsung. Saya bersaing dengan kawan – kawan dalam belajar ni. Kawan – kawan pun buat benda yang sama. Saya tahu susah kita nak buat tak hairan saja bila tengok orang lain lebih bagus dari kita. Kita pun belajar, bukannya tidur, kenapa kita tak dapat benda yang sama? Kenapa kenapa kenapa?

Mungkin sebab saya target tinggi kot. Jadi bila tak capai target tu saya sakit sangat. Sakit tu seronok. Sakit tu buat saya rasa sangat marah dan mahu balas balik supaya lain kali benda tu tak akan berulang. Sakit tu buat saya merintih pada Tuhan. Saya tak mahu salahkan sesiapa. Ustazah dan mama saya cakap, jangan tinggal solat Subuh. Kalau tinggal atau lambat solat subuh, rezeki kita kurang. Solat Subuh ni bagi rezeki kita murah. Saya pegang itu. Saya akan buat lebih baik nanti.

Dan saya mengaku lah, cuti – cuti ni Subuh saya bangun lambat. Jarang bangun awal. Paling awal pernah saya bangun pun 6.15am saja. Saya pernah juga tertinggal Subuh, bila bangun baru qada’ balik. Atirah memang teruk. Jadi sebab itu rezeki saya lari. Saya tak mahu prasangka pada Allah. Allah tak menzalimi hambaNya, dia hanya mahu beri pengajaran saja. Tolonglah ya Tuhan ku, jangan biar aku berprasangka terhadap Mu lagi.

Wednesday, November 17, 2010

Kita kena ajar

Waktu dalam perjalanan nak pergi KL, petang tu kami satu keluarga singgah kat R&R. Kat mana tak ingat pulak. Dah pilih meja tengok orang sebelah makan mi kari. Tapi masa tu, otak saya tafsir benda tu mi rebus. Atirah ni memang teruk. Mi rebus dan mi kari pun lupa. Jadi saya pergilah pesan makanan kat kedai tu, pesan mi rebus RM3.50. Pekedai tu masukkan mi dan kuah dalam mangkuk, saya renung mi tu. Macam pelik saja ,bukan ni. Alah, salah pesan! Ini mi rebus, bukan mi kari. Dah la nampak tak sedap. Marah kat diri sendiri.

Dah siap mi, pekedai tu letak depan saya, saya hulur duit RM10.

Pekedai: Tak duit kecik ke?
Saya: Hah? Tak da rasanya.
Pekedai: Tak de ke? Dah beli air?
Saya: Belum…
Pekedai: Pergi beli air dulu, ada duit kecik datang sini balik ye.
Saya: dalam hati (pala bapak hang, banyak cantik muka tok nenek moyang hang!)

Tahu tak, saya macam kena pukau. Saya keluar barisan, undur – undur pergi ke meja, tanya mama pasal duit kecil. Dan saya berhenti sedar. Saya kata kat mama, “boleh dak tak mau beli mee tu”, mama jawab “ikut suka hang”. Saya pandang belakang, pergi semula ke kedai tadi dengan muka tak ada perasaan kata kat pekedai “you know what, I cancel it. I don’t have small change.” Ambil kau bahasa berlagak aku.


Saya di sini nak tegaskan kat kawan – kawan, jangan bagi muka kat pekedai/peniaga macam ni. Amboi suka hati dia kerja macam ni. Peniaga kena sedar, kau hidup sebab orang ramai melanggan kedai kau. Bayar barang kau. Jangan nak buat benda bagi kau saja senang. Kita kena ajar, bagi pengajaran. Kita bukan kejam. Tapi kalau kita tak buat macam ni, orang macam tu tak akan tahu yang dia buat tu salah. Pelanggan macam mana pun ada hak kat mana – mana saja. Boleh saja nak tegur peniaga pun. Peniaga kena faham.

Sebenarnya banyak juga saya jumpa peniaga macam ni. Selalunya peniaga kecil, jual tepi jalan, kat pasar, kat R&R. Peniaga kena lah peka, dah berniaga satu hari pun takkan lah tak ada duit kecil? Sungguh, saya memang tak percaya, takkan lah tak ada duit kecil langsung. Kalau nak tunggu duit syiling dari pelanggan memang kau tak reti berniagalah. Peniaga lah kena sediakan. Ada ke dia suruh saya beli air dulu? Memang kurang ajar.

Ada jugak stail meniaga letak harga tipu. Saya pergi pasaraya hari tu beli barang asrama (takkan saya nak bagitahu kot pasaraya mana). Tulis beli susu ini harga RM5.99. Sekali saya bayar naik kat komputer lain harga pulak. Alah, biar lah, mungkin saya salah tengok. Hari lain pergi beli deodorant. Saya memang tengok dia tulis besar benda tu harga RM4.99. Sekali pergi bayar, harga jadi RM6.88. Agak – agak la nak mahal pun. Mahal sampai RM2 siapa mahu beli. Saya dah bajet cukup – cukup. Memang lah saya marah. Saya bagitahu cashier tu “situ tulis ini RM5. Asal jadi RM7? Sudah, saya tak nak benda tu. Potong dalam resit sekarang.” Memang saya tak tunggu lama – lama. Padan muka. Memanglah benda ni bukan salah cashier tu. Tapi dia kena tahu dah kena kemaskini harga - harga barang dalam komputer dia supaya orang lain tak kena.

Saya bab – bab duit ke membeli ke memang saya demand habis. Saya bagi RM10, bukan RM50. Tak banyak pun. Tak ada 50sen? Susah sangat kenapa? Keluarga tahu perangai saya. Kawan - kawan tak berapa tahu. Kawan saya, Sya pernah nampak saya buat macam tu. Kita pelanggan memang boleh buat apa saja bila kita tak puas hati dengan khidmat, barang dan mungkin dengan bahasa peniaga tertentu. Alaa,tak berani ke? Nanti korang dapat kekuatan tu bila korang marah. Atirah tak takut pun bila buat benda – benda macam ni. Kita kan tak salah…

Thursday, November 11, 2010

Scream until we lose control and run away

Actually I now have no idea what to write here today. I’ll be off to KL for MEdSI Test. Yes, I don’t even know what that is. They said it’s an IQ test. Some said that it is a collection of Form 5 questions. The test consists of 300 questions with four sections. You have to answer it in one hour duration. Yes, I know. You will never make it. We only have 12 seconds for every question. Do not turn back, no time for checking. Just circle the answer and move on.

I don’t make any preparation for this. I don’t know how. I’m in Kedah. They ordered me to sit for the test this Friday. They inform me about this on 8th. Yes, I am not prepared. And I am so rush. Print out the form, the slip, the email, bank in the money, yes its stupid! Some roads are closed due to the flood. Man, what are you thinking you’re doing? My mom and dad are working. They need their car. I have to wait for them to return home first. I am scare to ride the motorbike to Alor Setar alone. Just, what to do. It needs to be pushed. Time won’t wait.

Pre – reg is a scene. I don’t know that we can register at 12am. I thought it starts at 5pm onward this 11th, as usual! See, now there are no more vacancies for this and that. I don’t know what to do. We’re going to KL this afternoon. I don’t know that I can register it or not.

P/S: Habis aku kena heret laptop broadband semua tu pi KL buka internet dalam kereta memang nak bagi aku muntah! Menyusah betul.

Monday, November 8, 2010

Tak mungkin muda saja

Pagi ni memang sejuk. Tengok kat luar berkabus. Semalam hujan lebat. Tapi air hujan tu kecil sangat. Sampai nampak macam kabus kot. Dan hasilnya, pagi ni sangat sejuk dan selesa. Saya pun macam malas – malas ja. Hari ni rasa – rasanya nak cerita pasal orang – orang tua. Macam pelik kan? Orang nak kekal muda lah. Mesti kawan -kawan ingat nak cakap pasal wan. Tak. Bukan pasal wan. Tapi pasal orang - orang tua lah.

Kita selalu bayangkan, orang tua ni selalunya ilmu agama dia bagus. Tapi yang ilmu dia tak berapa bagus pun wujud jugak di kalangan yang ada ni. Kita selalu tak sedar benda ni. Faham kan apa saya cuba nak cerita ni. Saya jumpa dua jenis golongan ini dalam hidup saya. Orang tua yang berilmu ni masih rasional la, bukan maksud kata dia gila ka apa. Tapi selalunya orang tua yang macam ni boleh dikira matang lagi dari orang tu yang ilmu tak berapa bagus.
Orang tua bagus dalam ilmu agama ni selalunya kalau lelaki lah, suka lepak kat masjid, jadi orang kuat kat masjid dan kadang – kadang jadi tok kadi. Yang perempuan, dia suka pergi ceramah, tolong orang masjid masak untuk jemaah ke dan mungkin juga jadi orang kuat antara jemaah perempuan. Pagi – pagi bangun awal tengok Tanyalah Ustaz, solat Jumaat tak tinggal, selalu dakwah cucu, cucu pulak selalu tanya diaorang tentang agama, sembahyang pun betul lagi, boleh jadi imam, boleh ajar cucu baca quran dan hokum tajwid dia. Selalunya masih boleh diharap, mungkin beri itik makan ke, tak lupa tambat lembu ke, beli makanan rumah ke, dan mungkin masih boleh bersenam ringan.

Kalau orang tua ilmu agama tak berapa bagus ni, tak kira lelaki atau perempuan, selalunya perangai dah macam budak – budak. Dia merap, dia mudah kecil hati, dia merajuk pun ada. Kadang – kadang cakap pun macam budak – budak. Maksud saya, cakap benda kosong, bergurau benda yang sangat bosan, kadang – kadang dia ingat cucu dia masih kecil jadi dia pun beli gula – gula setiap kali keluar. Ada jugak yang dah tak berapa rasional. Contohnya sembahyang di luar waktu, kata dah masuk, padahal kita tak dengar azan pun lagi. Atau selalu buat benda bukan – bukan macam pakai baju hujan di tengahari, pakai kain sarung terbalik, tanggal gigi palsu depan orang ramai, suka makanan sejuk – sejuk lembik- lembik, minum air luah balik dan minum balik la, macam – macam lagi.

Orang tua ilmu agama bagus ni kan saya cakap masih matang. Selalunya bab – bab bahagi harta pusaka bagi kat orang tua macam ni lah. Lagipun sifat menyibuk orang tua ni ada sikit dalam diri, tambah ilmu yang dia ada lagi lah boleh diharap bukan? Kalau orang tua ilmu agama kurang bagus ni, bab – bah harta ni dia dah tak boleh urus. Kadang – kadang dia lupa, tanah yang mana lah, rumah yang siapa lah, semua dia dah tak berapa ingat. Ada masa dia ingat, tapi bila kita tanya balik hari lain, dia cakap benda yang berlainan pula. Orang tua macam nilah selalu buat masalah miscommunication.

Dalam hidup saya memang dua golongan orang tua macam ini wujud. Sejujurnya, orang tua yang ilmu agama kurang bagus ni agak meloyakan, eh apa ni? Bukan. Orang tua macam ini agak memeningkan kepala, kadang – kadang nak tengking pun ada. Tapi saya TAK AKAN buat! Saya ada adab lah. Kan saya tak tua lagi? Masa saya akan tiba.

P/S: Internet connection pagi ni macam bodoh! Banjir kot.. lekeh gila Streamyx. Eventually, Broadband saves the day.

Thursday, November 4, 2010

Dosa gugur tatkala sakit

DARIPADA ABDULLAH B MAS'UD R.A, KATANYA: SAYA MASUK KE TEMPAT RASULULLAH S.A.W KETIKA BELIAU SEDANG MENDERITA SAKIT. SAYA USAP, SAPU – SAPU BAGINDA DENGAN TANGAN SAYA, LALU SAYA BERKATA: YA RASULULLAH, PENYAKIT ANDA AMAT BERAT. RASULULLAH S.A.W MENJAWAB: BENAR, PENYAKIT SAYA SAMA DENGAN PENYAKIT DUA ORANG ANTARA KAMU. SAYA BERKATA: DEMIKIAN KERANA ITU, ANDA MENDAPAT PAHALA DUA KALI GANDA. RASUL MENJAWAB: BENAR!! SETELAH ITU BELIAU BERKATA: SETIAP ORANG ISLAM YANG MENDAPAT BENCANA PENYAKIT DAN LAIN - LAIN", MAKA TUHAN MENGGUGURKAN (MENGAMPUNI) KESALAHANNYA SEBAGAIMANA POHON KAYU MENGGUGURKAN DAUNNYA (SAHIH BUKHARI)

Ramai kenalan yang saya kenal bekelakangan ini sakit – sakit kecil. Sakit perut lah, selsema, demam, ada juga yang kena ulcer mulut. Tadi kita baca hadith tadi kan, kat situ dia cerita yang Rasulullah kata, setiap orang Islam yang dapat dugaan sakit, maka Tuhan gugurkan dosa kita ibarat daun - daunan di pokok. Rasa sakit ini janganlah kita cela, tetapi harus yakin ia sebagai penebus dan penghapus dosa dan noda jiwa. Perempuan yang sakit sengugut teruk – teruk tu janganlah asyik merungut. Dosa kita tengah gugur tu. Tak teruk mana pun sebenarnya. Sakit ada hikmahnya.

 Kita selalu jumpa orang yang berusia sakit – sakit sebelum dia meninggal kan? Cuba kita fikir balik. Sebelum dia meninggal, dia sakit – sakit. Orang tua, biasalah kan. Kadang – kadang sakit kencing manis. Buat pembedahan itu, luka lambat nak sembuh. Lepas tu, meningitis pulak, lepas tu, tuberculosis pulak, macam – macam lagi lah. Dah pembedahan yang pertama pun luka tak lega lagi, kaki makin hitam, darah tak sampai. Potong kaki ingat boleh sembuh. Lepas tu dia nazak. Dan meninggal. Macam – macam kan dia sakit? Bayangkan berapa banyak dah dosa dia gugur. Banyak sebenarnya. Tuhan sayang setiap hambaNya yang pasrah dan redha. Orang tadi tu pasrah dia sakit. Dia rela sakit. Kat akhirat nanti, insya Allah, Tuhan akan tolong dia.

Saya cerita pasal orang tua tadi tu berdasarkan pengalaman. Tahu tak orang tua tadi tu meninggal pagi Jumaat. Dan dia dikebumikan sebelum solat Jumaat. Saya dengar meninggal hari Jumaat ni baik. Bukan calang – calang orang dapat. Kemungkinan besar, orang yang meninggal hari Jumaat dan dikebumi sebelum solat Jumaat ni akan terlepas dari seksaan kubur, insya Allah. Benda ni pun, orang yang beritahu saya. Saya rasa betul, takkan orang tu tipu saya kot bab – bab ni. Bagi saya, inilah habuan dia bila dia banyak sakit sebelum meninggal.

Kalau kita sakit sampai tak boleh makan pun janganlah kita maki – maki orang. Ada satu cerita nabi – nabi, dulu ada orang tu sakit teruk sangat. Sampai badan dah berbau akibat penyakit yang dia ada tu. Ada orang tanya dia, “kenapa kau tak berdoa kat Allah, kau orang baik, Allah mesti makbul punyalah doa kau”, orang sakit tu jawab, “aku redha dengan penyakit ni. Lagipun dah berapa tahun aku sihat saja. Aku sakit ni baru berapa lama. Aku sihat lagi banyak dari aku sakit.” Tak semua orang ada kekuatan macam tu bukan? Siapa suka sakit? Saya faham. Kadang – kadang saya juga merungut. Tapi saya akan cuba. Tak mahu lah buat perangai macam ni lagi. Saya sudah tahu, dosa saya gugur tatkala saya sakit.

P/S: Masa kita berwuduk pun dosa gugur bak daun - daunan =)

Tuesday, November 2, 2010

Angan - anganku setinggi ISS

Saya ada jugak masa – masa tertentu saya berangan. Kali ini, saya berangan yang saya ni seorang pemandu kapal terbang peribadi yang masih muda tapi kaya raya. Jadi, lesen kapal terbang tu saya dapat selepas membayar RM500,000 untuk kelas latihan memandu dan kelas mengemudi kapal terbang. Okey. Saya ditugaskan untuk membawa sekumpulan doktor – doktor pergi ke Palestine untuk selamat dan merawat sesiapa yang cedera di sana. Hanya saya seorang saja yang ditugaskan untuk membawa tiltrotor ini tanpa co-pilot. Kapal terbang ini kecil saja, penumpang boleh enam hingga 40 orang saja setahu saya.
 Inilah Tiltrotor

 Setelah sampai di Palestine ni, saya mendarat dekat dengan hutan (entah la sana ada hutan ke tak), saya turunkan penumpang dan barang – barang. Tiltrotor ini tak perlukan landasan, jadi saya mendarat sesuka hati sahaja. Okey, doktor – doktor buat kerja masing – masing. Ramai juga mangsa letusan bom kat situ. Tiba – tiba kami diserang. Kedengaran bunyi bom meletup berkali – kali. Orang yang dari depan lari ke belakang mencari tempat berlindung. Semua huru – hara. Saya memberi arahan kepada doktor – doktor dan orang ramai supaya lekas naik ke dalam kapal terbang untuk lari selamat kat diri.

Arahan diterima, saya pun bersedia untuk berlepas. Keadaan sangat kelam – kabut. Penumpang menjadi ramai dalam kapal terbang. Saya tak izin diorang pakai tali pinggang keselamatan. Saya sedar saya sudah melanggar protokol kapal terbang. Tetapi kalau satu kerusi seorang saja yang duduk mesti yang lain tak muat nak masuk. Doktor semua dah naik. Pesakit pun ada yang dah naik. Saya sudah menukar mood kapal terbang kepada auto – pilot. Saya dengar perempuan tua minta tolong. Saya cari dan saya tolong ibu tua itu naik ke dalam kapal terbang. Dia meminta saya tarik anak dia naik.

Ibu Tua: Please, take my ibnatun along. Please, I beg you. Don’t leave her.
Saya: Alright, just stay here with them. I’ll bring your ibnatun.
Ibu Tua: Just don’t leave her. She’s still young.
Saya: Show me which your ibnatun is.
Ibu Tua: There!
Saya: Okay you stay inside. I'll go get her. (pergi depan passenger door) Hey ukhti, ummuki is inside. Come, grab my hand!
Ukhti/Ibnatun: (tries to reach my hand)

Kan kapal terbang dah set auto-pilot, jadi kapal terbang sudah sedikit terapung dalam empat kaki dari tanah. Empat kaki lebih kurang sama dengan dua kali ganda tinggi sofa kita kat rumah. Tiltrotor tak taxiing untuk take off. Tiltrotor ni ada kebolehan macam helikopter. Terbang tanpa taxiing atas landasan.

Saya: Jump! (dan saya dapat pegang ketat tangan dia)
Ukhti/ibnatun: Arghhh! (sakit ditarik Yahudi kat bawah)
Saya: Don’t let go! Hold on ukhti habibi..

Tinggi kapal terbang sekarang dah cecah enam kaki dari tanah.

Ukhti/ibnatun: Let go. I’ll be fine. Just ask ummi to allow me to syahid here. Please tell her not to cry for me. Just let go and fly away..
Saya: No..I can't ( suara serak dan mata berkaca)
Ukhti/ibnatun: Arghh.. (kesakitan) They will shoot your plane. Let my hand go ukhti, let go.. It hurts.
Saya: …

Okey, saya nak kongsi satu benda sebenarnya. Memang kita tak pernah alami benda ni. Bila saya berangan macam ni, saya terfikir. Saya nak lepas tangan dia tak sanggup. Apa saya nak jawab kat mak dia nanti. Saya tak boleh tengok budak muda mati dengan hati yang rela. Tapi lepaskan mungkin boleh. Saya akan hormati permintaan dia. Dia nak shahid. Dia masuk syurga, bukan? Mungkin bagi setengah orang, lepaskan tangan dia itu adalah satu tindakan yang tidak kemanusiaan.

Jadi, benda yang saya kata saya nak kongsi ni ialah, saya akan lepaskan tangan dia. Saya orang Islam, saya faham bila dia sangat mahu masuk syurga. Saya juga mahu. Dosa saya sangat banyak. Silap – silap, saya juga akan terjun meludah Yahudi semua kat bawah tu. Syahid ini suci. Susah nak syahid. Kadang – kadang kita nampak macam dia mati syahid, tapi bagi penilaian Tuhan belum tentu lagi.

Jadi inilah akibatnya bila cita – cita saya nak jadi juru terbang tak kesampaian. Berangan sudah memadai. Maaf bahasa di sini sangat rojak atas sebab saya tak dapat memelayukan sesetengah bahasa Inggeris di atas. Saya guna Inggeris untuk dialog kerana saya berangan pun dalam bahasa Inggeris jugak. Saya tak mahir Bahasa Arab. Saya hanya tahu yang asas saja. Semoga penderitaan saudara - saudara kita di Palestine berakhir.

Saturday, October 30, 2010

What more can I do?

 The Sims 3

You know, I played games a lot this holiday. I know it is a waste of precious time, but I can’t help it. I got nothing to do besides looking after my grandpa and the cats. I did chores of course but still I need something to play with. Like I said, I can’t help it, I mean it. After posting this update, I will play The Sims 3. Yes, it is addictive! I can feel the heat from my laptop when I play games.

Left 4 Dead 2 (google's pictures)

Sometimes, I play Left 4 Dead 2. Sometimes, I play Grand Theft Auto. I spend the whole night just to play games. My mom said that I can’t control it. No, I just can’t help it. I want it. And I think I can handle my time wisely for ibadah. I will keep on playing games whenever I have spare times. I don’t even eat when I play games. I think it’s good that I don’t eat. I want to lose some weight.

So, it’s up to you. You can say I’m a game geek now =)