Friday, June 24, 2011

Masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12

Seekor kucing betina warna cokelat, berumur tujuh bulan, hidup selepas jatuh dari tingkat 12 sebuah flat di England. Masha Allah! Hebat gila kucing ni. Bertuah!
Flat tu

Kucing tu mengalami kecederaan ringan dan kucing tu kelihatan seperti menahan sakit ketika ditemui penduduk di situ. Diaorang kata mulut kucing itu berdarah kerana sebatang gigi patah. Selain itu, kucing tu ada kecederaan kecil di paha. Kesian kat meow meow tu.

Orang ramai percaya kucing tu jatuh akibat dilempar setinggi 120 kaki. Penduduk di tingkat tiga terdengar bunyi rempuhan kat tingkap bila kucing tu jatuh sebelum dia jatuh ke tanah. Disebabkan kejadian yang baru berlaku pada kucing tu, orang ramai panggil kucing tu dengan nama “Everest”.

Doktor haiwan yang merawat Everest, terkejut apabila mendapati, tulang badan Everest tak patah satu pun. Kalau diikutkan dengan ketinggian yang kucing tu jatuh, Everest mungkin tak boleh berdiri lagi. Boleh jadi jugak dia takkan survive dari kejatuhan tu. Doktor tu hanya jumpa gigi je yang patah.

Pengawai yang menyiasat kes ni kata, kejadian ni bukan satu kemalangan pada Everest, tapi, sebaliknya. Mungkin ada orang yang humban dia ke luar tingkap. Kesian kucing tu. Tuan dia mengamuk ke apa? Kalau kat luar negera, memang orang lindung haiwan – haiwan ni. Everest dipercayai ada tuan yang membela kerana dia memakai kolar ketika ditemui.

Sekarang, Everest terus mengagumkan staf – staf di klinik doktor haiwan dimana dia dirawat, dengan kesembuhan yang cepat. Terus usaha Everest!!
Hmmm sebab tu orang kata kucing ada sembilan nyawa ^_^



Rujukan dan gambar dari sini

Saturday, June 18, 2011

Hari Bapa

Nak buat post pasal Hari Bapa sebenarnya. Hari untuk mama saya buat, takkan untuk bapak tak buat? Memang nak ucap nak sambut, nak beli kek. Tapi bapak tak bagi sambut.

Bapak: Tak payah la sambut, ni semua agenda yahudi. Hampa kira nak ikut saja. Hari Ibu hari tu pun hari Mother Teressa tau dak?? Sepatutnya hampa buat baik dan layan mak bapak setiap hari. Bukan pada Hari Ibu dan Hari Bapa saja.



Buat Bapak,
Adik sangat sayang kat bapak. Bapak pembakaq semangat dan idola adik. Adik nak suami yang macam bapak. Bapak pandai pebaik kereta, motor, paip. Bapak up-to-date pasai teknologi. Bapak sayang binatang. Bapak tak berkira dengan binatang. Bapak tanggung 100% pembiayaan belajar kami. Paling penting, bapak dah membesarkan kami adik – beradik. Semoga kita semua bersama sampai ke syurga!

Atirah setuju bila bapak cakap, kita mudah ikut apa yang orang Barat buat. Kadang – kadang main tiru ja, tanpa usul periksa. Atirah pun terikut. Asal – usul Valentine’s day yang dah jelas tu pun masih ada lagi yang ikut kot. Selagi kita hidup dan berkesempatan ni, baiklah kita ‘pulang’ dan berbakti kepada ibubapa kita. Nanti kalau Tuhan dah ambil, kita tak boleh buat apa – apa dah. Jom jadi anak soleh dan solehah!

Assalamualaikum, bye.

Tuesday, June 14, 2011

Guest

Assalamualaikum. Alright, today I’ll be talking about… I want you to guess it. Can you guess it now? Guess,
guess,
guess,
guess.

Alright, alright. Today I want to share a bit about “guest”, you know what I mean. Guest or the plural, guests. They could be your cousins, uncles, aunts or friend or perhaps friends to your parents that come to your house at any times whether they are invited or not.

In Islam, we are supposed to/ ought to welcome, to give our warmest arms to our guest that come and visit our homes . In short, it is actually wajib. When we welcomed the guests to our house, it is almost like we had opened the door of rahmah to our homes itself. The more guests we have, the more rezeki we get.

"Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

‘Home’ here means anywhere you live at the moment. It does not matter if it is a room in a hospital or in a hotel. Toilet or bedroom is not one of the meanings to my topic here. I’m being relevant about this. Let say, if a guest comes to visit a patient, in a room at a hospital or at a house, you, as the owner/landlord/guardian/patron/ma’am to the place you lived, should welcome the guest to your place. Don’t chase them out even if you think it is not a good time to have a visitor.

"Sesungguhnya apabila tetamu masuk ke rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

When I was small, couldn’t remember how old I was. We, the whole family went to our so-called-relatives’ house..I think so. I’m not sure either. I remember one time, when I had finished my meal they prepared. I walked to the sink and I noticed a paper on the wall saying “ Sila basuh pinggan – pinggan selepas menggunakannya. Harap maklum.” I was like, “wow, this is weird” but I don’t mind to wash my own dishes that time, I don’t think a crap about it.

But then, when I grew older, and started to think of the humanity in welcoming the guest to our house. Is it really a good manner to show to the guest? How would you feel when somebody does this right to your face?

Seriously, I won’t let my guests wash the dishes after they finish their meals. I know sometimes they want to help and being polite, but I rather not let them come to the kitchen to help. But if they insist, I’ll let them.

Man, you have no idea how old that memory was. But Allah made me remember it until now. And I come to think that, it was not an accident. It was planned by the owner/landlord/guardian/patron/ma’am of the place we visited. Maybe they received too many visitors at one time, and they have wrinkly hands after washing so many dishes. Perhaps.

EDITED: Maybe that notice paper was meant for their children, NOT US =D

Alright, I admit this. Sometimes I do feel like “this is not a good time to have visitors”, but knowing this knowledge, made me welcome everybody to my house. I tried to be sincere and I will do my best to find it. I don’t want to hurt anybody’s feeling. I want rahmah. I know Allah is observing me at all time.

Now, lessons of the story/topic are:

  1. Do welcome your guests to your place
  2. Greet and give salaam
  3. Invite them in
  4. Prepare them some foods or rooms, whatever possible
  5. Smile, be sincere and don’t hurt their feeling
Later on, Allah will welcome you to his Paradise insya Allah.
The dwarfs are already inside =p
 "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

I really am, thankful to the people (anybody) that prepared us foods when we visited their residences. May Allah provide you more rezeki in future. Insya Allah.

Tuesday, June 7, 2011

Kenduri banyak

Musim cuti kali ni banyak gila dapat jemputan kenduri. Walimatul urus terutamanya. Empat haribulan haritu saja ada lapan kenduri kot. Serius, rosak diet saya. Orang buat kenduri hari – hari cuti ni mestilah sebab diaorang nak orang ada masa untuk penuhi jemputan tu.

Kenapa ada kenduri kahwin ni? Perlu ke sebenarnya? Walimatulurus ni sunat saja, dan tujuannya adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan dan mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu. Selain itu, saudara mara kita dapatlah menyaksikan sendiri pernikahan pasangan tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga pasangan pengantin.

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadinya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setahu saya, sebagai orang Islam, kita tak boleh tak pergi ke jemputan kahwin melainkan kita uzur dan ada sebab – sebab kukuh yang tak dapat dielakkan. Nanti bila masa kita, atau anak kita pulak yang buat kenduri, orang tak datang, apa kita rasa? Haaaa.

Tapi kan, kadang – kadang Atirah pun malas – malas nak pergi kenduri kahwin kawan – kawan mama dengan bapak. Atirah malas nak serika baju. Tapi saya pergi juga bila mama asyik ajak. Saya pun kena berubah juga ni, alasan malas serika baju tu bukan satu alasan yang kukuh. Atirah memang teruk.

Kenduri makngah haritu boleh dikatakan satu kejayaan yang besar, syukur Tuhan permudahkan semua urusan, adalah hujan kejap, tapi tak jadi masalah pun. Sejuk sikit. Kedah sekarang panas kot. Duk saja – saja kat rumah pun boleh berpeluh kadang – kadang tu.
Seronok jugak kan duduk atas ni =D

Masa makan – makan kat tempat kenduri tu, macam – macam lah dengar makbapak orang tu orang ni cerita sibuk nak daftar anak – anak sambung belajar cuti ni. Semua mengeluh. Anak satu per satu pergi belajar, sampai kat rumah tu jadi sunyi. Tinggallah dua orang, suami isteri saja kat rumah. Bila anak – anak dah besar, semua tinggalkan rumah pergi buat hal masing – masing.

Samalah dengan yang dah berkahwin ni. Semua pergi haluan masing – masing, tinggallah mak ayah di rumah. Semua orang akan merasa kesunyian ni. Nanti bila kita tua dan jika kita ada anak pun kita pula yang rasa. Bagi siapa – siapa yang suami atau isteri dah tak ada tu lagi lah. Duduk aja sorang – sorang kat rumah bila anak – anak pergi sambung belajar atau anak sudah mendirikan masjid. Kesian tu memang kesian, tapi kalau keadaan memaksa apa boleh kita buat.

Okey, sampai di sini dulu lah kot. Insya Allah kalau rajin saya update. Memang kebelakangan ini saya sangat malas nak buka internet. Buka laptop main game saja.

Assalamualaikum!