Wednesday, May 23, 2012

No one ever see...

I forgot how I did this before
Almost giving up the life
When everything is so impossible
Cry, cry, cry inside
Madness is so in me
Force to try and stay strong
And do the best
Forget everything
No foods no music no chat no sleep
Just working my butt off
Freaking out alone
Breaking my head with stone
Sacrificing my indulgence
All of my time, energy and basic need
Not a single count on being selfish
So painful so excruciating
I do it for myself
Please bless me, Allah

Wish me luck please, please.

Wednesday, May 2, 2012

Siapa yang cipta kerja berkumpulan ni?

Assalamualaikum semua. Lamanya tak tulis kat sini. Jadi hari ini nak lepas geram habis-habisan. Okey, saya nak cerita tentang kerja berkumpulan.
Apa tanggungjwab kita bila kita bekerja secara berkumpulan? Apa? Apa? Apakah???
Ramai yang suka kerja secara berkumpulan sebenarnya. Kenapa?
  • Sebab, saya tak pandai, tapi sorang group mate ni pandai, jadi markah saya akan tinggi sebab ada orang yang arif tentang topic tu. 
  • Sebab, dalam kumpulan saya ada orang yang rajin, biar dialah buat semua 
  • Sebab, markah saya dengan group mates yang lain sama ja walaupun saya tak contribute

OK INI SALAH! Kau jangan nak berangan nak dapat 4flat la kalau perangai kau macam ni.

Masalah yang timbul daripada rakan sekumpulan: 
  1. Tak bekerjasama dan tidak hadir masa discussion Bila datang discussion, tak fokus– masa tulah mereka nak download itu ini dan bergosip 
  2. Malas dan cincai – tak bawa laptop, bila buat sendiri, buat kerja sambil lewa (banyak kesalahan eja, penanda wacana, tiada jarak, eja ringkas, grammar terabur) 
  3. Tak cuba/berusaha buat slide untuk presentation – kau nak present part tu kaulah kena buat slide. Bagi makan kaki kang! 
  4. Langsung tak sumbang duit untuk print dan binding 
  5. Buat kerja tanpa rujukan – tulis ikut suka dan salah! 
  6. Tahu cara nak buat website citation tapi cite salah (malas buka internet, malas refer tarikh/author dll) 
  7. Tak sependapat – bila kita nak submit sebagai draft dulu, dia taknak. Katanya “Finalize jelah. Malas nak fikir dah”. What #@%* 
  8. Dan sebagainya. 
Saya tak kata kita tak boleh santai - santai masa bekerja, tapi tolong jangan merapu lama - lama. Kauorang tak pernah rasa? Kalau dah rasa, kauorang mesti faham apa rasanya. Biar saya jelaskan secara terus terang. Kita jangan buat macam ni kat kawan – kawan sekumpulan kita. Masing – masing ada tanggungjawab sendiri. Jangan ambil ringan dan jangan ambil kesempatan kat kawan yang lain. Tak malu ke markah yang kita dapat tu bukan hasil/sumbangan kita?

Memanglah seronok kan, kau tak buat kerja tapi markah kau cantik. Rasa dunia ni sangat indah dah. Saya taknak doa pelik – pelik. Tapi Tuhan tu maha adil. Kalau kau tak ada usaha, kau takkan dapat markah elok. Kalau bab bahagian kerja berkumpulan ni, memang markah kau akan cantik. Masa kau sorang jawab final exam, kau usaha mana pun, result mungkin tak sebaik usaha kau. Kalau benda tu tak berlaku sekarang, ia akan berlaku pada masa lain dan dalam bentuk yang lain.

Atirah ni untung la sikit sebab groupmates semua rajin. Cuma saya banyak dapat aduan daripada kawan – kawan seperjuangan yang lain. Makin banyak dah mula rasa. Kat university lah kita kenal kawan – kawan kita tu macam mana. Mangsa dalam hal ni, selalunya terpaksa buat sendiri kerja tu sorang – sorang sampai habis. Yelah, itu kan markah dia jugak. Dia tak ada pilihan lain. Akhirnya,dialah yang makan dalam, hati menangis dan menjerit.

Bagi sesiapa yang menjadi mangsa, kauorang jangan berdiam diri. Terus terang ja. Kalau takut kawan – kawan lain lari atau bermasam muka, kauorang cerita terus kat lecturer tanpa pengetahuan orang lain. Tapi jangan sebut nama diaorang, cerita betul – betul, jangan tokok tambah jangan fitnah orang. Cerita derita yang kita rasa. Kalau boleh minta untuk buat kerja seterusnya secara individu.

Kita kena bagi pengajaran kat orang yang macam ni. Mana aci, orang lain punya ketidaksungguhan, markah kita pun terjejas. Kita buat sungguh - sungguh, tapi ada mangkuk dalam group kita buat cincai, buruk lah markah nanti! Jangan fikir nak kerja cepat habis je.

Atirah harap sangat ada lecturer baca entri ni. Saya faham kenapa lecturer suka suruh buat assignment in group. Dia pun tak lah perlu mark banyak – banyak nanti. Boleh juga jimat duit dan jimat kertas. Bila situasi macam ni berlaku, kita rasa diri kita ni dipergunakan. Dari sini mahasiswa – mahasiswa akan hilang kualiti dan tak berguna untuk masyarakat atau agama. Tolonglah fikir. Tuju pada diri, tuju pada semua. Berlaku adil lah antara satu sama lain.