Friday, February 17, 2012

Demi masa, sesungguhnya MANUSIA itu dalam kerugian.

Sedih sangat bila masuk je FB, jumpa banyak group - group yang kutuk agama Islam. Sebut yang bukan - bukan, permainkan zikrullah, nabi, kisah - kisah nabi, dan nama - nama Allah (paling seram bila nak baca). Kita takkan marah kalau diaorang buat group untuk agama diaorang. Ianya jadi masalah bila diaorang tu mengutuk dan menghina agama orang lain. Tolonglah. Tak perlu lah buat macam tu.

Semua agama ajar tentang hormat. Cuba amal hormat - menghormati antara satu sama lain. Kita semua akan mati dan kita semua akan dihisab. Semua orang tahu tentang tu bukan? SEGALA BENDA YANG KITA BUAT KAT DUNIA NI AKAN DIHITUNG. Masa tu, kita tak boleh nak kata apa - apa. Mata, tangan, mulut kita yang bercakap bagi pihak kita. Kalau dulu tangan kita yang menari - nari tulis caci maki dalam blog atau akaun mana - mana, nanti tangan kita itulah yang mengaku awal - awal.

Teguran ini adalah dari saya yang lemah. Yang buruk - buruk itu dari saya dan yang baik - baik itu hanya dari Allah. One more thing. What you give, you'll get back. This is logic. Easy as pie.

SURAH AL-KAFIRUN
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”


Keratan akhbar Harian Metro 17 Feb

Monday, February 13, 2012

Hilang nikmat...

Baru – baru ni, ada kakak tu pesan kat saya, dia kata kita kena hargai nikmat yang kita ada. Allah bagi nikmat kat kita untuk kita guna ke arah kebaikan. Allah tak nak kita sia – sia kan nikmat itu. Atirah setuju sangat. Saya terasa dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Statement tu buat saya terfikir.

Cuba bayangkan yang kita kehilangan salah satu nikmat yang kita ada. Contohnya, nikmat adanya mata. Adakah kita guna mata kita untuk melihat kemaksiatan dan benda yang sia - sia? Macam mana kalau Allah marah dengan kita, dan Dia tarik nikmat kita tu secara tiba – tiba? Sanggupkah kita hidup lagi? Lagi – lagi kalau tak nampak. Boleh buat apa je? Kau nak berjalan pun susah, nak melangkap pun payah, nak sambung belajar di luar negara pun macam mustahil boleh pergi sorang – sorang.

Kebanyakkan dari kita adalah normal. Tiada kekurangan. Jarang kita fikir benda ni. Saya pun jarang fikir. Takutnya kalau tetiba kita bangun esok tanpa boleh melihat? Dulu boleh tengok semua benda, sekarang dah tak nampak satu benda pun ,semua gelap! Bagilah balik mata aku! Susahnya nak hidup.

Kauorang rasa orang yang buta sejak lahir tu pernah mimpi tak? Diaorang mimpi macam mana? Kita yang boleh lihat ni mimpi nampak orang, nampak ular, bunga, sungai, sekolah, kelas, kereta. Tapi orang buta ni mimpi fasal apa? Diaorang tak pernah nampak. Kerusi tu macam mana bentuknya, laptop tu bulat ke tiga segi ke? Diaorang tak tahu. Mungkin diaorang tak bermimpi. Atau mungkin hanya bermimpi bunyi – bunyian.

Orang buta lagi baik dari kita yang celik ni. Kita lagi banyak dosa. Mata kita ni punca semua kemaksiatan. Kadang- kadang kita terlihat sesuatu yang kita tak mahu tengok pun, tapi boleh bawak jadi dosa kalau kita asyik teringat – ingat.

Manusia ni mudah lupa. Lupa yang kita ni sempurna pancaindera. Dahla lupa, mensia – siakan pulak tu. Atirah tak cakap benda ni kat orang lain, Atirah tulis ni dengan luahan perasaan sendiri. I experienced it myself. Saya pun tergolong dalam orang yang mudah lupa dan rugi ni. Banyak sangat benda sia – sia. Asyik tengok konsert live lah, tengok movie lah. Tengok game lagi. Sia - sia kan?

Sebenarnya, Allah bagi mata kat manusia untuk kita lihat keagungan ciptaanNya. Cuba tengok langit. Siapa buat langit tu? Macam mana kita nak buat langit? Kejap cerah kejap gelap?

Cuba tengok tangan kita. Ada lima jari kan? Ada jari pendek ada jari panjang. Ada kuku gelas ada kuku cawan. Siapa yang bagi tu?

Esok bangun pagi - pagi, cakap benda yang elok - elok untuk diri dan tengok cermin. You will see the creation of Allah.

Fikirlah. Allah pilih saya untuk mendengar satu pesanan sampai buat saya terasa/terfikir. InsyaAllah kekal di ingatan. Dan Allah pilih kamu untuk baca apa yang saya tulis kat sini =)

Sunday, February 5, 2012

The hardest part...

بسم الله الرحمن الرحيم

I desperately want some more space
I soon will be back to the place
I don’t hate it but I hate the race
That every day I must face

I know this would happen
I hate to come back
‘Cause I know I will feel reluctant
To go back

I don’t want to go
I want to stay
I wish I could stay
Please don’t let me go

I wish I could bribe somebody
So they'll help me to avoid this tragedy
I wish that I have magic
So I could stop from feeling so pathetic

I don’t know if my words are making any difference
I had so many good times here
Believe me, I just trying to make sense
My pain getting so much severe...

1st sweetest memory in 2012 with family - in Langkawi
p/s: Salam Maulidur Rasul, banyakkan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita. Ingat, Baginda lah yang mengambil sedikit rasa sakit ketika mati tu buat semua umatnya, yang kita akan rasa nanti tu bukan yang total.