Monday, February 13, 2012

Hilang nikmat...

Baru – baru ni, ada kakak tu pesan kat saya, dia kata kita kena hargai nikmat yang kita ada. Allah bagi nikmat kat kita untuk kita guna ke arah kebaikan. Allah tak nak kita sia – sia kan nikmat itu. Atirah setuju sangat. Saya terasa dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Statement tu buat saya terfikir.

Cuba bayangkan yang kita kehilangan salah satu nikmat yang kita ada. Contohnya, nikmat adanya mata. Adakah kita guna mata kita untuk melihat kemaksiatan dan benda yang sia - sia? Macam mana kalau Allah marah dengan kita, dan Dia tarik nikmat kita tu secara tiba – tiba? Sanggupkah kita hidup lagi? Lagi – lagi kalau tak nampak. Boleh buat apa je? Kau nak berjalan pun susah, nak melangkap pun payah, nak sambung belajar di luar negara pun macam mustahil boleh pergi sorang – sorang.

Kebanyakkan dari kita adalah normal. Tiada kekurangan. Jarang kita fikir benda ni. Saya pun jarang fikir. Takutnya kalau tetiba kita bangun esok tanpa boleh melihat? Dulu boleh tengok semua benda, sekarang dah tak nampak satu benda pun ,semua gelap! Bagilah balik mata aku! Susahnya nak hidup.

Kauorang rasa orang yang buta sejak lahir tu pernah mimpi tak? Diaorang mimpi macam mana? Kita yang boleh lihat ni mimpi nampak orang, nampak ular, bunga, sungai, sekolah, kelas, kereta. Tapi orang buta ni mimpi fasal apa? Diaorang tak pernah nampak. Kerusi tu macam mana bentuknya, laptop tu bulat ke tiga segi ke? Diaorang tak tahu. Mungkin diaorang tak bermimpi. Atau mungkin hanya bermimpi bunyi – bunyian.

Orang buta lagi baik dari kita yang celik ni. Kita lagi banyak dosa. Mata kita ni punca semua kemaksiatan. Kadang- kadang kita terlihat sesuatu yang kita tak mahu tengok pun, tapi boleh bawak jadi dosa kalau kita asyik teringat – ingat.

Manusia ni mudah lupa. Lupa yang kita ni sempurna pancaindera. Dahla lupa, mensia – siakan pulak tu. Atirah tak cakap benda ni kat orang lain, Atirah tulis ni dengan luahan perasaan sendiri. I experienced it myself. Saya pun tergolong dalam orang yang mudah lupa dan rugi ni. Banyak sangat benda sia – sia. Asyik tengok konsert live lah, tengok movie lah. Tengok game lagi. Sia - sia kan?

Sebenarnya, Allah bagi mata kat manusia untuk kita lihat keagungan ciptaanNya. Cuba tengok langit. Siapa buat langit tu? Macam mana kita nak buat langit? Kejap cerah kejap gelap?

Cuba tengok tangan kita. Ada lima jari kan? Ada jari pendek ada jari panjang. Ada kuku gelas ada kuku cawan. Siapa yang bagi tu?

Esok bangun pagi - pagi, cakap benda yang elok - elok untuk diri dan tengok cermin. You will see the creation of Allah.

Fikirlah. Allah pilih saya untuk mendengar satu pesanan sampai buat saya terasa/terfikir. InsyaAllah kekal di ingatan. Dan Allah pilih kamu untuk baca apa yang saya tulis kat sini =)

4 comments:

  1. ya Allah...thanks...u know what..apa yg ko ckp..smua btol..bila bc..aku rasa..kekadng aku buat mcm tu...bukan kekadang dah..hr2...tgk movie..dgr lagu...tp bila bc ayat yg last skali tu..'Dan Allah pilih kamu untuk baca apa yang saya tulis kat sini' aku rasa mcm..ya ka?? ya Allah..mekasih...

    so.thanks again dude..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dude. Same goes with me here. I am a miserable slave.. Thanks for reading =')

    ReplyDelete