Friday, November 23, 2012

Exam cheater

When you have tried the best
Not to cheat or to gaze
But those dishonest people
They succeed better than the rest

How should you feel?
You know what they should get
They cheated at all will
But they got better number

One seer saw it all
And wish for their downfall
Without the greatest power
The seer scored lower

They have the result
In their hands
They questioned to consult
Extra mark is their demand

Why you still ask for more
From what you did
You cheated
And you still want more

I won’t say twice

Monday, November 5, 2012

Musibah brings you back to Allah

I lost my bag last week. Bag contains all my physical requirements and knowledge acquisition aids. Including a pair of shoe. Not to mention, few cookies and chocolate for my family too. I know it is not something anybody can get profit from, but I love my barang2. Some of it is gifts from my mum. I left the bag in a taxi and worst ever, I know nothing about the driver.

This is a musibah. Since this happened, I haven’t given up on it just yet. I really want it back. I keep on praying and hoping that the taxi driver get some kind of instinct to return my bag to my campus, to the guards at main gate or guards in my hostel. Anywhere! Just give it back to me! He knew who I am, he knew I’m a student here. Please, give it back. There’s nothing for you in there.

I believe in certain things and I know that this happened for reasons. As far as I concerned, I’m not seeing any reasons behind this. I thought about what I did recently. Have I wronged somebody in some ways? Or have I steal something or accidentally take something which isn’t mine? I don’t know, I can’t think. This is my first time. I never left anything before my eyes.

Suddenly I remembered. I once said to a friend, “I’m not the kind who left things and forget things easily.”

Is this the reason? I never thought this would become MY reality. This is not what I want. Am I wrong for making that statement? Or maybe it just happen without having any relationship to anything I did? I don’t know, I can’t tell.

Allah is testing me, okay I get that. Nobody is perfect, I get that too. But it makes me think sooooo damn hard. I never meant to say that I’m perfect or not the forgetful kind. I meant no harm. I just said it because I never do something like that before. Not because I want it to happen to me! Aish, I feel so sad and and and and I think I learn something from this.

Now since I've learn something, please just return the bag to me. Okay, I got my lesson already. Please Allah…forgive me. I really want my bag back. =’(

Surah Ibrahim 14:19
...for truly my Lord is He, the Hearer of prayers!

Thursday, September 27, 2012

Apa yang menarik?

Apa yang menarik sekarang? Tiada. Atirah ada banyak masa lapang tapi tak buka blog, tak baca buku, solat lambat, duduk dalam bilik main game Plants vs. Zombies. Apa? Sejak bila?

Entahlah. Dulu mana layan game budak – budak macam ni. Tapi dah ada dalam laptop, saya cuba main juga akhirnya. Selepas cuti hari tu, saya rasa mood belajar untuk semester baru ni lambat datang la. Saya main banyak, tak serius. Lecture pun tak berapa dengar, pergi je duduk kat kerusi depan, tapi telinga dan otak tak simpan apa – apa. Kenapa jadi macam ni? Entahlah.

Semester ni kena kuat. Kena rajin. Banyak subjek mencabar.
1. Family management & parenting
2. Islam, knowledge & civilization
3. Curriculum and instruction
4. Issues in TESL
5. Computer-assisted language learning
 6. Counselling skills for teachers
7. Internet applications in education
8. Introduction to computer programming
9. Bahasa Melayu untuk kerjaya

Universiti mana lagi yang ada subjek 1 dan 2 tu? Saya bertuah. Sekurang – kurangnya ada pengisian rohani. Exclusively di UIA.

Nama dia Joyah, mulut dia asyik mengunyah ja tak berhenti - henti selagi ada makanan.

Dalam kepala sekarang, saya hanya fikir nak balik rumah saja. Setiap hari duk kira nak balik rumah. Tak sabar tunggu cuti raya Haji. Rindu semua. Tapi tak luahkan rindu. Rindu juga pada kucing, arnab dan kura – kura kat rumah.

Nama dia Bino. Dia ni makan banyak gila.
Kata- kata semangat: Allah suka pada sesorang itu jika dia melakukan sesuatu, dia bersungguh – sungguh dan ikhlas keranaNya.

Wednesday, September 26, 2012

I can't believe I ate this!




What to do now?
I'm fine by the way. Nothing happened tough. No food poisoning, no diarrhea. 

Thursday, August 23, 2012

Tuluskan hati meminta maaf


Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidilfitri kawan - kawan. Cepatnya masa berlalu, dah raya kelima keenam dah sekarang. Blog ni pun dah bersawang sikit. 

Macam mana raya tahun ni, meriah ke? Kenalah meriah. Kami satu family ni pun sampai hari ni berjalan rumah adik beradik, kawan kawan. Kalau nak pergi semua rumah memang sebulan lah kami raya. =)

Tahun ni saya rasa lain sikit. Dulu emo bila dengar lagu balik kampung tu. Tapi tadi, saya terdengar lagu raya Dato Sharifah Aini, tajuk “Di Pintu Ampun”. Tersentuh dengar lagu tu. Atirah ni lambat sikit. Orang lain dah lama dengar lagu ni, saya baru dengar tadi. 

Jom tengok lirik lagu ni.

1: Lirik lagu
2: Sambungan lirik. Sini penuh maknanya.

Apa pendapat kauorang? Lagu raya sekarang ni tak banyak sebut tentang ketulusan meminta rahmat dan keampunan. Benda ni adalah antara kita manusia sesama manusia dan juga Tuhan. Kita semua, harap – harap janganlah minta maaf kat mulut saja. Hati pun kena niat benda yang sama. Kata orang hidup kita tenang dan awet muda kalau kita selalu memaafkan orang. Siapa taknak nampak muda? Hahaha. Ok. Tuju pada diri, tuju pada semua yang membaca. 

Gambar ambil di sini

p/s: Sebenarnya, banyak lagu raya dulu – dulu lagi best, lagi terkesan. Kan?

Monday, July 23, 2012

Rasa macan nak buat kuih raya la

Assalamualaikum semua. Bagaimana puasa tahun ini? Penat? Saya nak ambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua kawan – kawan di sini.

Di bulan yang mulia yang datang setahun sekali ini, hendaklah kita berusaha untuk menjaga hubungan kita dengan Allah dan manusia sekelling. Cuba yang terbaik untuk jaga tindak – tanduk kita, jaga mulut, jaga mata semualah. Semua orang tahu benda ni kan?

Bagi yang perempuan – perempuan tu, masa inilah kita patut tolong mak kita. Saya pun kadang –kadang tolong juga. Tak mengapa kalau tak buat semua, tapi janganlah tak buat langsung.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi antara yang terbaik kita lalui. Banyakkan amalan. Cuba, cuba, cuba. Tuju pada diri, tuju pada semua.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem ^_^

Saturday, June 30, 2012

Muda - muda dah berduit

Siapa yang tak suka benda keduniaan ni kan? Ataupun, tak berapa suka, tapi bila tengok orang lain ada banyak je kita rasa macam “ala, nak juga macam tu”. Kan? Mungkin juga saya seorang je rasa macam tu.

Cerita kali ni nak kaitkan dengan penyanyi – penyanyi, pelakon muda yang kaya dan berjalan jauh. Macam Yuna, J. Bieber, CN Blue, atau One Direction. Diaorang sangat muda. Dahla muda, duit banyak, pergi merata – rata tempat pula. Seronok kan? Cemburu gila. Nak juga bertuah macam tu.

Dalam One Direction, ahli yang paling tua sebaya dengan saya. Dalam CN Blue, ahli yang paling muda tu pun sebaya dengan saya. Diorang tu dah berjalan rata dunia dah, duit pun banyak, orang taja itu ini. Henpon mahal, laptop mahai, baju pun mahal. Kadang – kadang, bila saya fikir sorang – sorang, senang gila kerja diaorang. Menyanyi saja dapat duit dan merantau rata – rata. Kalau orang biasa susah sangat nak dapat duit senang – senang macam tu. Nak merantau jauh – jauh lagi la susah.

Pelakon sekarang pun mudah dapat peluang pergi berlakon kat luar negara. Cerita Melayu dah banyak shoot kat luar negara sekarang. Orang taja pula tu. Tengok – tengok berlakon sampai ke Paris, kejap – kejap Australia. Pelajar – pelajar kita sekarang pun susah nak dapat tajaan belajar ke luar negara, melainkan kalau kau betul – betul pandai, cerdik, geliga, top student. Artis – artis ni top students kot. 

Biasiswa pun susah nak dapat sekarang. Dunia sekarang ni makin mencabar. Siapa yang tak nak senang? Siapa yang tak suka pergi jalan – jalan kat luar negara? Haish…tak boleh fikir bab ni lama – lama. Rasa cemburu tu makin kuat. Sebenarnya bukan cemburu sangat. Cuma teringin nak merasa je. Ala, saya tahu, ramai kat luar sana berpendapat macam saya. Kan kan kan? Jadi, usahlah politik-kan apa – apa. Ini sekadar luahan pendapat.

p/s: Sukan Olimpik London dah dekat. Jadi atlet pun boleh travel. Tapi, mana ada kerja yang senang zaman sekarang. Menyanyi pun susah. Rezeki tu di tangan Tuhan =)

Saturday, June 16, 2012

Kerja masa cuti

Sekarang tengah cuti semester. Cuti yang panjang. Sekejap sangat masa berlalu. Dulu, assignment banyak gila. Stress, kurang makan dan tak cukup tidur.


Masa cuti ni, ada jugak kerjanya. Jadi pemeriksa.

Jangan salah tafsir. Atirah bukan cikgu, cuma tolong mark exam paper ja pun.

p/s: Tokwan saya sudah kembali ke rahmatullah 11 jun haritu. Al- Fatihah.

Wednesday, May 23, 2012

No one ever see...

I forgot how I did this before
Almost giving up the life
When everything is so impossible
Cry, cry, cry inside
Madness is so in me
Force to try and stay strong
And do the best
Forget everything
No foods no music no chat no sleep
Just working my butt off
Freaking out alone
Breaking my head with stone
Sacrificing my indulgence
All of my time, energy and basic need
Not a single count on being selfish
So painful so excruciating
I do it for myself
Please bless me, Allah

Wish me luck please, please.

Wednesday, May 2, 2012

Siapa yang cipta kerja berkumpulan ni?

Assalamualaikum semua. Lamanya tak tulis kat sini. Jadi hari ini nak lepas geram habis-habisan. Okey, saya nak cerita tentang kerja berkumpulan.
Apa tanggungjwab kita bila kita bekerja secara berkumpulan? Apa? Apa? Apakah???
Ramai yang suka kerja secara berkumpulan sebenarnya. Kenapa?
  • Sebab, saya tak pandai, tapi sorang group mate ni pandai, jadi markah saya akan tinggi sebab ada orang yang arif tentang topic tu. 
  • Sebab, dalam kumpulan saya ada orang yang rajin, biar dialah buat semua 
  • Sebab, markah saya dengan group mates yang lain sama ja walaupun saya tak contribute

OK INI SALAH! Kau jangan nak berangan nak dapat 4flat la kalau perangai kau macam ni.

Masalah yang timbul daripada rakan sekumpulan: 
  1. Tak bekerjasama dan tidak hadir masa discussion Bila datang discussion, tak fokus– masa tulah mereka nak download itu ini dan bergosip 
  2. Malas dan cincai – tak bawa laptop, bila buat sendiri, buat kerja sambil lewa (banyak kesalahan eja, penanda wacana, tiada jarak, eja ringkas, grammar terabur) 
  3. Tak cuba/berusaha buat slide untuk presentation – kau nak present part tu kaulah kena buat slide. Bagi makan kaki kang! 
  4. Langsung tak sumbang duit untuk print dan binding 
  5. Buat kerja tanpa rujukan – tulis ikut suka dan salah! 
  6. Tahu cara nak buat website citation tapi cite salah (malas buka internet, malas refer tarikh/author dll) 
  7. Tak sependapat – bila kita nak submit sebagai draft dulu, dia taknak. Katanya “Finalize jelah. Malas nak fikir dah”. What #@%* 
  8. Dan sebagainya. 
Saya tak kata kita tak boleh santai - santai masa bekerja, tapi tolong jangan merapu lama - lama. Kauorang tak pernah rasa? Kalau dah rasa, kauorang mesti faham apa rasanya. Biar saya jelaskan secara terus terang. Kita jangan buat macam ni kat kawan – kawan sekumpulan kita. Masing – masing ada tanggungjawab sendiri. Jangan ambil ringan dan jangan ambil kesempatan kat kawan yang lain. Tak malu ke markah yang kita dapat tu bukan hasil/sumbangan kita?

Memanglah seronok kan, kau tak buat kerja tapi markah kau cantik. Rasa dunia ni sangat indah dah. Saya taknak doa pelik – pelik. Tapi Tuhan tu maha adil. Kalau kau tak ada usaha, kau takkan dapat markah elok. Kalau bab bahagian kerja berkumpulan ni, memang markah kau akan cantik. Masa kau sorang jawab final exam, kau usaha mana pun, result mungkin tak sebaik usaha kau. Kalau benda tu tak berlaku sekarang, ia akan berlaku pada masa lain dan dalam bentuk yang lain.

Atirah ni untung la sikit sebab groupmates semua rajin. Cuma saya banyak dapat aduan daripada kawan – kawan seperjuangan yang lain. Makin banyak dah mula rasa. Kat university lah kita kenal kawan – kawan kita tu macam mana. Mangsa dalam hal ni, selalunya terpaksa buat sendiri kerja tu sorang – sorang sampai habis. Yelah, itu kan markah dia jugak. Dia tak ada pilihan lain. Akhirnya,dialah yang makan dalam, hati menangis dan menjerit.

Bagi sesiapa yang menjadi mangsa, kauorang jangan berdiam diri. Terus terang ja. Kalau takut kawan – kawan lain lari atau bermasam muka, kauorang cerita terus kat lecturer tanpa pengetahuan orang lain. Tapi jangan sebut nama diaorang, cerita betul – betul, jangan tokok tambah jangan fitnah orang. Cerita derita yang kita rasa. Kalau boleh minta untuk buat kerja seterusnya secara individu.

Kita kena bagi pengajaran kat orang yang macam ni. Mana aci, orang lain punya ketidaksungguhan, markah kita pun terjejas. Kita buat sungguh - sungguh, tapi ada mangkuk dalam group kita buat cincai, buruk lah markah nanti! Jangan fikir nak kerja cepat habis je.

Atirah harap sangat ada lecturer baca entri ni. Saya faham kenapa lecturer suka suruh buat assignment in group. Dia pun tak lah perlu mark banyak – banyak nanti. Boleh juga jimat duit dan jimat kertas. Bila situasi macam ni berlaku, kita rasa diri kita ni dipergunakan. Dari sini mahasiswa – mahasiswa akan hilang kualiti dan tak berguna untuk masyarakat atau agama. Tolonglah fikir. Tuju pada diri, tuju pada semua. Berlaku adil lah antara satu sama lain.

Friday, April 20, 2012

Hai hari Jumaat

Assalamualaikum semua. Pada hari ini hari Jumaat yang penuh berkat ni, saya nak kongsi satu benda yang buat kita faham dengan mudah dan akan buat kita rasa AWESOME nya Islam.

Tahukah anda, apa dua perkara yang boleh menakutkan/menundukkan api neraka???
  1. Titisan air mata takutkan/terkenang dosa-dosa lalu
  2. Titisan darah syahid
So, you don't have to fake your tears.

Tapi cubalah cari masa untuk kita berdua - duaan dengan Pencipta kita. Pergi duduk kat mana - mana, berseorangan. Mula cakap melalui hati atau cakap je macam tengah cakap dengan orang. Sesunggahnya masa tu kita akan rasa sangat tenang dan insya Allah...ia akan buat kita terkenangkan sesuatu.  Ringkas saja cerita hari ni. Atirah baru tahu je benda ni...sebab tu yang nak kongsi ni.

Allah humma ajirna minan nar

Monday, April 9, 2012

Kerja kat zoo

Hari tu pergi Zoo Negara, ikut serta program kerja amal kat situ. Wah, pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Saya pergi pun memang sebab nak tengok binatang- binatang kat situ secara dekat. Nasib saya baik. Saya diberi tugas cuci kandang beruang, bagi beruang makan dan bagi memerang makan.

Part cuci kandang beruang tu sangat mencabar. Puas tahan nafas kat situ, berbau yang amat. Beruang situ sangatlah jinak. Manja dan cerdik lagi. Beruang situ makan roti mahal kot. Roti whole-grain lah roti choc-raisin lah. Roti yang nak bagi kat beruang tu gumpal – gumpal bagi bulat. Lepas tu tunjuk kat beruang bagi dia nampak. Bila beruang nampak, baling terus kat beruang. Beruang tu pandai sambut. Gila bagus pihak Zoo Negara jaga permakanan dan sediakan makanan macam tu kat binatang – binatang ni. Lepas tu bagi buah – buahan pulak kat beruang. Banyak makan betul.
Buah untuk beruang

Tapi, ada sorang keeper binatang kat situ sangat garang. Suara kuat gila. Suka jerit – jerit kat binatang yang degil. Saya kesian tengok binatang - binatang yang kena marah tu. Ada memerang seekor tu kena marah bila dia cuba rebut ikan kat memerang lain. Bila keeper tu jerit marah, memerang tu lari sambil buat muka kesian. Tsk tsk tsk, kesian dia kena marah. Dahla memerang comel. Macam kucing, cuma dia pandai berenang je.

Kawan – kawan yang lain ada yang dapat tugas bagi makan kat kambing dan rusa. Ada yang cuci kandang tapir, capybara dan seladang. Ada yang cuci sangkar keluang. Dan kami semua dapat merayau – rayau lagi dalam zoo lepas buat kerja. Sebenarnya sangat penat. Tapi dah dapat masuk zoo secara percuma, tunggu apa lagi, gagahkan juga lah melangkah pergi tengok semua binantang.

Seronok bila teringat aktiviti yang kami buat kat sana. Ada juga yang kelakar. Tapir kat situ malas sangat. Lepas keluar kandang saja, tidur tak bangaun – bangun. Tahu tak? Saya dapat pegang ular, pegang lembu, pegang kuda, pegang kambing. Pegang lembu paling seronok. Lembu baik sangat. Oh rambut kuda sangat kasar, saya baru dapat merasa. Semua binatang yang saya hampiri busuk gila terutamanya kambing. Tapi kambing pun comel juga.
Antara yang terlibat =)

Kalau orang buat program macam ni kat zoo, pastikan kauorang semua turut serta. Program macam ni bagus dan menguntungkan. Bagi pencinta haiwan, lagi lah patut untuk rebut peluang macam ni. Siapa lagi nak bawa kita pergi? Takkan nak pergi sorang. Datang lah ramai – ramai. Cadang kat persatuan ke? Sumpah program macam ni seronok.


EDITED on APRIL 11TH

Saturday, March 31, 2012

Kunyah lah 40 kali dulu

Atirah nak tulis pendek - pendek je ni. Tajuk post kali ni sangat jelas. Kunyah sebanyak 40 kali tu kan amalan Nabi Muhammad? Sebenarnya, ada banyak kebaikan kalau kita kunyah bagi lumat -lumat dulu baru telan.
Ada satu buku, ditulis oleh orang Jepun, published tahun lepas. Dia ada buat kajian. Dia kata mulut kita akan mengeluarkan sejenis enzyme yang tak mungkin jumpa kat mana - mana kalau kita kunyah sebanyak 40 kali. Dalam kunyahan yang ke 30 enzyme tu akan keluar. Dari kunyahan yang ke 40 dan lebih, enzyme tu akan menjadi lebih banyak dan kuat. Enzyme tu berkuasa melawan serangan cancer.
Hebat kan? Tunggu apa lagi. Kalau makan nanti kunyahlah sebanyak 40 kali. Setiap apa yang Nabi kita pesan tu sebenarnya sangat lah berguna.  Lagi satu, ini sebenarnya mangajar kita supaya lebih sopan dan sabar bila menjamah makanan.

p/s: kunyah chewing gum tu tak tau la enzyme ada ke tak -_-

Nak ambil kesempatan untuk share gambar menarik ni. Semua orang dan warga yu ai eh jemputla datang =)

Tuesday, March 13, 2012

Kita dan jin selalu berselisih..cuma tak nampak je

BIODATA MUSUH KITA
Nama: Iblis
Tempat kediaman: Hati yang lalai, tempat maksiat, tempat yang kotor.
Keluarga: Jin, syaitan dan taghut
Tempat kembali: Neraka Jahanman
Pangkat: Fasik kelas atas
Agama: Kufr
Tugas: Profesor dah pengarah bagi orang yang menyesatkan hamba Allah
Kerja: Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan
Tempoh berkhidmat: Sehingga hari kiamat
Pakaian: Pakaian yang tidak menutup aurat
Pasangan hidup: Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang
Sumber rezeki: Harta yang haram
Cita- cita: Mengkafirkan semua manusia
Benda yang menyedihkan baginya: Banyak bersujud kepada Allah
Makanan: Daging bangkai (mengumpat)
[Rujukan dari buku Dato’ Hj. Ismail Kamus]

Malam ni nak cerita sedikit sebanyak tentang jin. Percaya pada benda – benda ni tak, ke ia hanya satu kepercayaan dalam masyarakat Melayu? Kat TV berlambak gila cerita yang berkaitan dengan makhluk Allah ni.

Saya pun tak tahu banyak sangat tentang jin, tapi saya percaya. Berapa orang kat sini yang pernah alami kena tindih masa tidur? Ustaz saya cakap, ini memang perbuatan jin. Rasa kena tindih ni maksudnya, kita tak boleh nak bangun dari katil, tapi kita sedar(buka mata dah). Badan rasa berat sangat nak bangun. Nak bersuara pun tak boleh. Nak baca bissmillah pun tak keluar. Saya pernah alami benda ni. Orang – orang sains kata ini adalah sleep paralyzed.

Jadi, jangan tidur waktu – waktu ini;
  1. Selepas asar
  2. Ketika matahari naik dan ketika matahari terbit

Perempuan kalau boleh jangan tidur terlentang (kepala melihat atas). Ustaz Kabuye kata, “Jins can take advantage on you”. Bagi orang lelaki, jangan tidur dalam keadaan kelapa di bawah (meniarap). Sebelum tidur, pagar diri dengan membaca Al - Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul tu disertakan dengan doa tidur. Yakin Allah melindungi kita.

Satu lagi, orang – orang yang duk asrama suka buat megi kan, lepas tu selalu tapis tuang air panas dalam sinki atau toilet bowl. Atau pun bila nak basuk pinggan yang berminyak selalu je pergi ke water cooler ambil air panas, lepas tu tuang dalam sinki, kan? Sebenarnya bahaya buat macam tu. Bahaya di sini bukan yang kita nampak..sinki dan toilet bowl ni tempat bagi jin – jin. Jangan cari pasal.

Jadi cara untuk mengelak ‘membunuh dan melecurkan’ jin - jin yang mendiami tempat – tempat tu, digalakkan kita membaca “a ‘uzubillahi minassyaiton nirrajim” dulu sebelum tuang air panas.

Masa maghrib masuk, adalah lebih baik jika kita duduk dalam rumah, tutup pintu dan tingkap, dan tutup makanan minuman kita. Ini semua kerana nak elak daripada jin - jin yang lari cari tempat pesembunyian masa azan. Kalau diaorang ni sembunyi dalam air kopi kita yang tak ditutup, lepas tu kita minum, habislah diaorang beranak pinak dalam badan tu sampai kita malas(berat) nak beribadat dan mungkin akan memudaratkan kita. Nauzubillah. Cara nak elak, bacalah doa dulu sebelum minum.

Dari Jabir r.a katanya: "Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi tak ingat pulak bila nak menaip. Atirah ni teruk betul. Yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri yang lemah. Kalau ada nak kongsi pengalaman, tinggallah kat ruangan komen entri ni, insya Allah saya akan baca dan balas.

p/s: Baru tahu juga nih, tak hilang dara seorang perempuan itu jika dia disetubuhi oleh jin..wallahualam

Monday, March 12, 2012

Isteri...

Okey, bersedia. Isu panas ni.

Wahai kaum wanita sekalian, lepas belajar dan menikah, kamu nak jadi fulltime housewife ke career woman?

Jawab dalam hati je.Saya ada dua penjelasan/jawapan, dan mungkin kauorang akan suka dan mungkin juga tak suka.

Jadi suri rumah sepenuh masa
Saya mahu jaga makan minum suami dan anak – anak saya sendiri. Saya taknak cari bibik. Saya nak saya sendiri yang mendidik dan mengasuh anak – anak saya. Saya nak saya sendiri yang basuh, lipat, sidai dan serika baju suami saya. Jadi kenapa saya belajar tinggi – tinggi? Saya boleh didik anak- anak saya baca Quran dengan betul dan saya boleh tolong diaorang siapkan kerja – kerja sekolah yang rumit. Saya boleh juga ajar anak – anak jiran saya nanti. Kan dapat pahala tu.

Jadi wanita berkerjaya
Saya nak cari pegang duit sendiri. Kalau suami saja yang ada gaji, nanti saya membebankan dia pula. Dia nak jaga mak ayah dia lagi, dan juga akan jaga adik atau kakak dia lagi (jika ada). Lagi satu, saya kena ada backup plan juga, kalau jadi apa – apa pada rumah tangga saya, saya taklah terkontang- kanting, dengan takda duit sendiri dan umur sudah terlalu tua untuk mencari kerja baru. Saya bukan berdoa, tapi dalam dunia ni, nobody can guarantees anything. Saya pun ada mak ayah nak kena jaga. Saya juga mahu berbakti kepada mak ayah saya, hantar diaorang duit setiap bulan hasil titik peluh saya.

Okey. Saya taknak paksa sapa – sapa pilih mana – mana antara dua tu. Kita fikir sendiri lah, ikut logik masing – masing. Apa yang saya tulis tu, semuanya pandangan saya dan orang lain. Saya tanya kak – kak senior, saya tanya diri saya. Semua orang ada pandangan berbeza.

Ada sorang akak tu cakap, susah kalau minta duit kat suami zaman sekarang. Contohnya dia kata“bila akak nak beli barang emas buat anak perempuan akak, kalau minta duit kat suami, dia cakap “tak payahlah, diaorang bukan perlu pun”. Lepas tu bila hari – hari raya datang, akak lah yang emo, tengok anak – anak saudara semua cantik berhias, anak kita tak. Akak bukan apa, akak nak bagi apa yang akak dapat waktu kecik dulu kat anak akak juga”.

Ada juga sorang akak tu cakap, “duk kat rumah jaga suami dan anak, akan menjamin kebahagiaan rumah tangga kita. Dan kita taklah buat dosa banyak nanti. Duk kat luar kan, kita cenderung nak mengumpat, berhias berlebihan, menayang harta benda dan sebagainya”.

Tuju pada diri pada semua tak kira lelaki atau perempuan, fikir – fikir lah.

Thursday, March 1, 2012

Don't sleep too much if you don't need it

Students get tired a lot right? I met so many people that sleep after attending classes. They will say “Arrhhhh nak balik tidur lah” for so many times. They’ll just return to their rooms and go to bed without even taking lunch.

To be truth, I am preventing myself from sleeping too much this semester. I hate fluffy face. So, that’s my reason.

Got online today, in the library, I typed “is too much sleep harmful” in the search engine. And I read, read and read site by sites. Then I got shocked, mumbled alone, freaked out like crazy. I was like “this can’t be serious??!!”

Now let me tell you. Please allow me to spread the knowledge. If any of you wake up tired after sleeping for 8 hours or longer, more sleep is NOT what you need. Unless if you're stress or suffering diabetes.

In fact excessive sleep is actually another form of insomnia. Yes it is, because you're not achieving the right kind of rest. This is why you find it so heavy to get up, or sometimes you have problems with sleepiness during the day.

Oversleeping once in a while doesn't present serious health risks, those experts/researchers say.

But if you habitually sleep excessively, it could be the result of an underlying health problem. And it could be CUTTING into your life span. Does that come to your senses?

And ultimately, researchers warn, getting the WRONG amount of sleep increases mental and physical decline and can even lead to early death. (Well I'd say, death is in the hands of God)

Getting too much sleep, meaning, more than 8 hours a night, also appears to be linked to SPEEDING the brain’s aging process. This might be a problem if you are a STUDENT and YOUNG.

Why so many uppercased words here? I’m not shouting, I’m emphasizing it. You probably don’t care about this, because you enjoy your sleep so much. But I just, find it a bit shocking. Some will say don’t trust everything from the internet. But I think this is true.

They said too little sleep and too much sleep, are both harmful. Go read more to your heart’s content. And think twice. Wassalam.
Thanks Google Image

p/s: Sleeping after Asar is very bad...it'll make you crazy, literally.

References: Here, and here

Friday, February 17, 2012

Demi masa, sesungguhnya MANUSIA itu dalam kerugian.

Sedih sangat bila masuk je FB, jumpa banyak group - group yang kutuk agama Islam. Sebut yang bukan - bukan, permainkan zikrullah, nabi, kisah - kisah nabi, dan nama - nama Allah (paling seram bila nak baca). Kita takkan marah kalau diaorang buat group untuk agama diaorang. Ianya jadi masalah bila diaorang tu mengutuk dan menghina agama orang lain. Tolonglah. Tak perlu lah buat macam tu.

Semua agama ajar tentang hormat. Cuba amal hormat - menghormati antara satu sama lain. Kita semua akan mati dan kita semua akan dihisab. Semua orang tahu tentang tu bukan? SEGALA BENDA YANG KITA BUAT KAT DUNIA NI AKAN DIHITUNG. Masa tu, kita tak boleh nak kata apa - apa. Mata, tangan, mulut kita yang bercakap bagi pihak kita. Kalau dulu tangan kita yang menari - nari tulis caci maki dalam blog atau akaun mana - mana, nanti tangan kita itulah yang mengaku awal - awal.

Teguran ini adalah dari saya yang lemah. Yang buruk - buruk itu dari saya dan yang baik - baik itu hanya dari Allah. One more thing. What you give, you'll get back. This is logic. Easy as pie.

SURAH AL-KAFIRUN
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”


Keratan akhbar Harian Metro 17 Feb

Monday, February 13, 2012

Hilang nikmat...

Baru – baru ni, ada kakak tu pesan kat saya, dia kata kita kena hargai nikmat yang kita ada. Allah bagi nikmat kat kita untuk kita guna ke arah kebaikan. Allah tak nak kita sia – sia kan nikmat itu. Atirah setuju sangat. Saya terasa dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Statement tu buat saya terfikir.

Cuba bayangkan yang kita kehilangan salah satu nikmat yang kita ada. Contohnya, nikmat adanya mata. Adakah kita guna mata kita untuk melihat kemaksiatan dan benda yang sia - sia? Macam mana kalau Allah marah dengan kita, dan Dia tarik nikmat kita tu secara tiba – tiba? Sanggupkah kita hidup lagi? Lagi – lagi kalau tak nampak. Boleh buat apa je? Kau nak berjalan pun susah, nak melangkap pun payah, nak sambung belajar di luar negara pun macam mustahil boleh pergi sorang – sorang.

Kebanyakkan dari kita adalah normal. Tiada kekurangan. Jarang kita fikir benda ni. Saya pun jarang fikir. Takutnya kalau tetiba kita bangun esok tanpa boleh melihat? Dulu boleh tengok semua benda, sekarang dah tak nampak satu benda pun ,semua gelap! Bagilah balik mata aku! Susahnya nak hidup.

Kauorang rasa orang yang buta sejak lahir tu pernah mimpi tak? Diaorang mimpi macam mana? Kita yang boleh lihat ni mimpi nampak orang, nampak ular, bunga, sungai, sekolah, kelas, kereta. Tapi orang buta ni mimpi fasal apa? Diaorang tak pernah nampak. Kerusi tu macam mana bentuknya, laptop tu bulat ke tiga segi ke? Diaorang tak tahu. Mungkin diaorang tak bermimpi. Atau mungkin hanya bermimpi bunyi – bunyian.

Orang buta lagi baik dari kita yang celik ni. Kita lagi banyak dosa. Mata kita ni punca semua kemaksiatan. Kadang- kadang kita terlihat sesuatu yang kita tak mahu tengok pun, tapi boleh bawak jadi dosa kalau kita asyik teringat – ingat.

Manusia ni mudah lupa. Lupa yang kita ni sempurna pancaindera. Dahla lupa, mensia – siakan pulak tu. Atirah tak cakap benda ni kat orang lain, Atirah tulis ni dengan luahan perasaan sendiri. I experienced it myself. Saya pun tergolong dalam orang yang mudah lupa dan rugi ni. Banyak sangat benda sia – sia. Asyik tengok konsert live lah, tengok movie lah. Tengok game lagi. Sia - sia kan?

Sebenarnya, Allah bagi mata kat manusia untuk kita lihat keagungan ciptaanNya. Cuba tengok langit. Siapa buat langit tu? Macam mana kita nak buat langit? Kejap cerah kejap gelap?

Cuba tengok tangan kita. Ada lima jari kan? Ada jari pendek ada jari panjang. Ada kuku gelas ada kuku cawan. Siapa yang bagi tu?

Esok bangun pagi - pagi, cakap benda yang elok - elok untuk diri dan tengok cermin. You will see the creation of Allah.

Fikirlah. Allah pilih saya untuk mendengar satu pesanan sampai buat saya terasa/terfikir. InsyaAllah kekal di ingatan. Dan Allah pilih kamu untuk baca apa yang saya tulis kat sini =)

Sunday, February 5, 2012

The hardest part...

بسم الله الرحمن الرحيم

I desperately want some more space
I soon will be back to the place
I don’t hate it but I hate the race
That every day I must face

I know this would happen
I hate to come back
‘Cause I know I will feel reluctant
To go back

I don’t want to go
I want to stay
I wish I could stay
Please don’t let me go

I wish I could bribe somebody
So they'll help me to avoid this tragedy
I wish that I have magic
So I could stop from feeling so pathetic

I don’t know if my words are making any difference
I had so many good times here
Believe me, I just trying to make sense
My pain getting so much severe...

1st sweetest memory in 2012 with family - in Langkawi
p/s: Salam Maulidur Rasul, banyakkan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita. Ingat, Baginda lah yang mengambil sedikit rasa sakit ketika mati tu buat semua umatnya, yang kita akan rasa nanti tu bukan yang total.

Sunday, January 22, 2012

Just another frog

Tiny huh? Anak katak puru ni hehehe. Hitam gila warnanya. 

His name is Baba. Dia tengah sakit time ni. Dada dia bengkak, tak tahu kena apa. Gambar ni ada motif sebenarnya, sekarang kan banyak limau Mandarin? Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Thursday, January 19, 2012

Tulis ringkas - ringkas boleh tak?

Assalamualaikum semua. Lama jugak tak kemaskini blog ni. Sekarang dah kat rumah tercinta, jadi faham – faham lah kan.

Hari ni nak cerita tentang buku dan pendapat, dan semestinya lah tanpa niat nak memburukkan sapa – sapa. Kat sini ada la buku – buku ilmiah/islamik yang tajuknya best – best. Cuma satu saja yang saya tak suka. Kenapa semua buku ni huraian nya panjang melebar dan dalam perenggan. Tolonglah faham.

Tajuk buku dah menarik kot, 'Konspirasi Yahudi' lah 'Rahsia Jin' la. Ada sekali tu saya teringin nak baca buku “Biografi Malaikat” tu, selak kat dalam, fuh! Hilang minat nak baca. Saya dah ada niat kot nak baca buku tu. Tapi yang saya nampak tu, hitam putih je.. sangat bosan.

Pada pendapat saya, buku – buku macam ni bukan orang – orang tua je nak baca. Budak – budak remaja pun teringin nak baca. Cuba buat bagi menarik sikit. Macam saya, saya suka dalam point. Tak payah elobrate panjang sangat. Tak menarik. Straight to the point je. Dalam points pun boleh faham kan?

Lagi satu, bagi lah banyak warna sikit. Ini tidak. Hitam dan putih, cover buku je cantik. Saya bukan apa. Saya nak baca buku tu, isi masa lapang. Tapi malas yang amat bila tengok berperenggan – perenggan tuh. Panjang gila aduh mak.

OK, ini sahaja buat hari ni. Jangan emo – emo, ini entri kongsi pendapat ja. Ma 'as salamah wa ilal li qa'.

Tuesday, January 3, 2012

Frogs have it easy, they can eat what bugs them

Look! This is the frog live near us. I always see him there, patiently waiting for a girl to kiss him and turn him out into a prince perhaps. I never missed to take his picture if nobody’s there watching. He'll just sit there and curse me for 'poking' his eyes with the flash kahkahkah.

8th December 2011
10:28PM

 10th December 2011
9:42PM
11th December 2011
9:29PM
13th December 2011
11:03PM
15th December 2011
1:27AM - he lied flat to get some sleep
 1st January 2012
8:53PM
Date taken is IMPORTANT

What I know about frogs? Some frogs can jump so high at a time. I’ve found one tiny frog, that jump at the height of my head. Some frogs can change their skin colour day and night. They eat bugs, of course. I heard their urine can make you blind. If you want to hold them for the first time, ensure that they’re facing you (to avoid them from peeing on your eyes or your skin).
Ask for the correct way of holding a frog from the experts. This is just my humble experience.

Toad like this one, can’t do high jump, I saw him crawling instead of jumping. Toads are very fat, and have no teeth at all. Look at his skin. He’s pretty right? Very!

I'd kiss a frog even if there was no promise of a Prince Charming popping out of it. I love frogs – Cameron Diaz