Okey, bersedia. Isu panas ni.
Wahai kaum wanita sekalian, lepas belajar dan menikah, kamu nak jadi fulltime housewife ke career woman?
Jawab dalam hati je.Saya ada dua penjelasan/jawapan, dan mungkin kauorang akan suka dan mungkin juga tak suka.
Jadi suri rumah sepenuh masa
Saya mahu jaga makan minum suami dan anak – anak saya sendiri. Saya taknak cari bibik. Saya nak saya sendiri yang mendidik dan mengasuh anak – anak saya. Saya nak saya sendiri yang basuh, lipat, sidai dan serika baju suami saya. Jadi kenapa saya belajar tinggi – tinggi? Saya boleh didik anak- anak saya baca Quran dengan betul dan saya boleh tolong diaorang siapkan kerja – kerja sekolah yang rumit. Saya boleh juga ajar anak – anak jiran saya nanti. Kan dapat pahala tu.
Jadi wanita berkerjaya
Saya nak cari pegang duit sendiri. Kalau suami saja yang ada gaji, nanti saya membebankan dia pula. Dia nak jaga mak ayah dia lagi, dan juga akan jaga adik atau kakak dia lagi (jika ada). Lagi satu, saya kena ada backup plan juga, kalau jadi apa – apa pada rumah tangga saya, saya taklah terkontang- kanting, dengan takda duit sendiri dan umur sudah terlalu tua untuk mencari kerja baru. Saya bukan berdoa, tapi dalam dunia ni, nobody can guarantees anything. Saya pun ada mak ayah nak kena jaga. Saya juga mahu berbakti kepada mak ayah saya, hantar diaorang duit setiap bulan hasil titik peluh saya.
Okey. Saya taknak paksa sapa – sapa pilih mana – mana antara dua tu. Kita fikir sendiri lah, ikut logik masing – masing. Apa yang saya tulis tu, semuanya pandangan saya dan orang lain. Saya tanya kak – kak senior, saya tanya diri saya. Semua orang ada pandangan berbeza.
Ada sorang akak tu cakap, susah kalau minta duit kat suami zaman sekarang. Contohnya dia kata“bila akak nak beli barang emas buat anak perempuan akak, kalau minta duit kat suami, dia cakap “tak payahlah, diaorang bukan perlu pun”. Lepas tu bila hari – hari raya datang, akak lah yang emo, tengok anak – anak saudara semua cantik berhias, anak kita tak. Akak bukan apa, akak nak bagi apa yang akak dapat waktu kecik dulu kat anak akak juga”.
Ada juga sorang akak tu cakap, “duk kat rumah jaga suami dan anak, akan menjamin kebahagiaan rumah tangga kita. Dan kita taklah buat dosa banyak nanti. Duk kat luar kan, kita cenderung nak mengumpat, berhias berlebihan, menayang harta benda dan sebagainya”.
Tuju pada diri pada semua tak kira lelaki atau perempuan, fikir – fikir lah.
No comments:
Post a Comment