Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Hai hari Jumaat

Assalamualaikum semua. Pada hari ini hari Jumaat yang penuh berkat ni, saya nak kongsi satu benda yang buat kita faham dengan mudah dan akan buat kita rasa AWESOME nya Islam.

Tahukah anda, apa dua perkara yang boleh menakutkan/menundukkan api neraka???
  1. Titisan air mata takutkan/terkenang dosa-dosa lalu
  2. Titisan darah syahid
So, you don't have to fake your tears.

Tapi cubalah cari masa untuk kita berdua - duaan dengan Pencipta kita. Pergi duduk kat mana - mana, berseorangan. Mula cakap melalui hati atau cakap je macam tengah cakap dengan orang. Sesunggahnya masa tu kita akan rasa sangat tenang dan insya Allah...ia akan buat kita terkenangkan sesuatu.  Ringkas saja cerita hari ni. Atirah baru tahu je benda ni...sebab tu yang nak kongsi ni.

Allah humma ajirna minan nar

Tuesday, March 13, 2012

Kita dan jin selalu berselisih..cuma tak nampak je

BIODATA MUSUH KITA
Nama: Iblis
Tempat kediaman: Hati yang lalai, tempat maksiat, tempat yang kotor.
Keluarga: Jin, syaitan dan taghut
Tempat kembali: Neraka Jahanman
Pangkat: Fasik kelas atas
Agama: Kufr
Tugas: Profesor dah pengarah bagi orang yang menyesatkan hamba Allah
Kerja: Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan
Tempoh berkhidmat: Sehingga hari kiamat
Pakaian: Pakaian yang tidak menutup aurat
Pasangan hidup: Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang
Sumber rezeki: Harta yang haram
Cita- cita: Mengkafirkan semua manusia
Benda yang menyedihkan baginya: Banyak bersujud kepada Allah
Makanan: Daging bangkai (mengumpat)
[Rujukan dari buku Dato’ Hj. Ismail Kamus]

Malam ni nak cerita sedikit sebanyak tentang jin. Percaya pada benda – benda ni tak, ke ia hanya satu kepercayaan dalam masyarakat Melayu? Kat TV berlambak gila cerita yang berkaitan dengan makhluk Allah ni.

Saya pun tak tahu banyak sangat tentang jin, tapi saya percaya. Berapa orang kat sini yang pernah alami kena tindih masa tidur? Ustaz saya cakap, ini memang perbuatan jin. Rasa kena tindih ni maksudnya, kita tak boleh nak bangun dari katil, tapi kita sedar(buka mata dah). Badan rasa berat sangat nak bangun. Nak bersuara pun tak boleh. Nak baca bissmillah pun tak keluar. Saya pernah alami benda ni. Orang – orang sains kata ini adalah sleep paralyzed.

Jadi, jangan tidur waktu – waktu ini;
  1. Selepas asar
  2. Ketika matahari naik dan ketika matahari terbit

Perempuan kalau boleh jangan tidur terlentang (kepala melihat atas). Ustaz Kabuye kata, “Jins can take advantage on you”. Bagi orang lelaki, jangan tidur dalam keadaan kelapa di bawah (meniarap). Sebelum tidur, pagar diri dengan membaca Al - Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul tu disertakan dengan doa tidur. Yakin Allah melindungi kita.

Satu lagi, orang – orang yang duk asrama suka buat megi kan, lepas tu selalu tapis tuang air panas dalam sinki atau toilet bowl. Atau pun bila nak basuk pinggan yang berminyak selalu je pergi ke water cooler ambil air panas, lepas tu tuang dalam sinki, kan? Sebenarnya bahaya buat macam tu. Bahaya di sini bukan yang kita nampak..sinki dan toilet bowl ni tempat bagi jin – jin. Jangan cari pasal.

Jadi cara untuk mengelak ‘membunuh dan melecurkan’ jin - jin yang mendiami tempat – tempat tu, digalakkan kita membaca “a ‘uzubillahi minassyaiton nirrajim” dulu sebelum tuang air panas.

Masa maghrib masuk, adalah lebih baik jika kita duduk dalam rumah, tutup pintu dan tingkap, dan tutup makanan minuman kita. Ini semua kerana nak elak daripada jin - jin yang lari cari tempat pesembunyian masa azan. Kalau diaorang ni sembunyi dalam air kopi kita yang tak ditutup, lepas tu kita minum, habislah diaorang beranak pinak dalam badan tu sampai kita malas(berat) nak beribadat dan mungkin akan memudaratkan kita. Nauzubillah. Cara nak elak, bacalah doa dulu sebelum minum.

Dari Jabir r.a katanya: "Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi tak ingat pulak bila nak menaip. Atirah ni teruk betul. Yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri yang lemah. Kalau ada nak kongsi pengalaman, tinggallah kat ruangan komen entri ni, insya Allah saya akan baca dan balas.

p/s: Baru tahu juga nih, tak hilang dara seorang perempuan itu jika dia disetubuhi oleh jin..wallahualam

Saturday, December 10, 2011

Kerana tidak ada manusia yang tiada kawan

Mahu kongsi dua situasi di sini.

Situasi pertama
Dua orang sahabat sama – sama berlari – lari menuju kepada Allah untuk dihisab. Nasib sahabat A baik, dia akan memasuki syurga. Tetapi nasib sahabat B tidak baik. Dia akan memasuki neraka. Maka, sahabat A memohon kepada Allah SWT, “Ya Allah, kau ambil lah separuh daripada timbangan ku ini dan beri lah kepada sahabat ku”. Allah pun menimbang semula amal- amal sahabat B tadi. Dan bernasib baiklah sahabat B tadi, mereka berdua berpimpinan tangan menuju ke syurga bersama – sama.

Situasi kedua
Seorang manusia ini berjalan dengan tenang menuju Allah untuk dihisab. Maka dia adalah sangat bernasib baik. Amalan dia banyak dan berat. Dia sangat gembira, dan berjalan lah dengan hati yang tenang menuju ke pintu syurga. Di sambilan itu, manusia selepas dia tidak bernasib baik, dan bakal memasuki neraka. Lalu berkatanya kepada Allah, “Ya Allah, dia adalah sahabat ku. Tapi dia tidak pernah mengajak aku untuk berbuat baik. Dia beramal kepadaMu tanpa mengajak aku.” Dengan kata – kata itu, maka kedua – dua mereka dihumbankan ke neraka. Nauzubillah min zalik.

Renungkan perkara ini:

Kerana kawan, kita boleh masuk syurga. Kerana kawan juga kita boleh masuk neraka. Tuju pada diri, tuju pada semua. Jadi, pilihlah dan dampingilah orang – orang yang baik. Kita memang berhak untuk memilih dalam berkawan. Kalau kita rasa kita jahat, kawanlah dengan orang baik dan ikut lah perangai dia yang baik. Kalau ada kawan kita yang berbuat mungkar, kita kena saling mengingati. Memang nak saling mengingati ni susah, tapi tak mustahil. Saya sendiri pun rasa benda ni susah. Esok bangun Subuh awal, jangan lupa kejut kawan – kawan tau =)

Saturday, November 19, 2011

Don't think, just pray

Don’t think but just pray when you have problems and barriers in life

Thinking is tiring
Thinking isn't helping
Thinking too much about it
Won’t solve any of it

If you keep on thinking
You will just stay there
Going nowhere
And that’s so wasting

But when you keep on praying
You know He will do the job
And you will only see it ends
Awesomeness is happening

Have faith in Allah
He comprehends it all for wisdom
Buck up! HE IS TESTING YOU
Because that is how He loves

Surah Ibrahim 14: 39
....for truly my Lord is He, the Hearer of prayers!

Monday, November 14, 2011

Jumpa duit jangan ambil

Baru – baru ni pensel picit saya hilang. Saya sayang gila pensil picit tu. Tak tahu mana nak cari yang serupa macam tu. Sedih tak habis lagi sampai hari ni, tak tahu kenapa, pensel tu istimewa sangat bagi saya. Then, saya terfikir yang dulu saya ada jumpa duit RM1 kat jalan. Saya ambil duit tu, tanpa niat apa – apa. Saya hanya fikir tentang rezeki jangan ditolak. Saya simpan RM1 tu sekali dengan duit- duit saya yang lain dalam dompet.

Bila pensel picit saya hilang baru saya terfikir, saya terguna duit tu. Memang Tuhan bayar saya cash. Saya tahu saya tak patut guna/makan duit tu. Pensel saya lagi mahal dari RM1 yang saya ambil tu...memang tak berbaloi ambil pakai RM1 dan hilang pensel yang lagi mahal.

Hari terus berlalu. Hampir tiga kali saya asyik jumpa duit RM1 kat jalan. Tiga kali Allah duga! Saya tak ambil duit – duit tu. Satu hari tu saya jumpa RM10 pula. Memang nak ambil. Memang fikir lama kat situ. Saya pegang dengan “rezeki jangan ditolak”. Tapi takut nak ambil. Saya fikir RM1 pun dah hilang pensel saya sayang. Kalau ambil RM10 hilang telepon kot nanti. Jadi saya pun tak berani ambil.

Lepas tu saya cerita kat mama. Dia kata lain kali jangan pakai duit yang kita jumpa tu. Niat sedekah untuk tuan duit tu, pergi la sedekah duit yang kita jumpa tu kat mana – mana. Janji jangan guna. Mama pernah jumpa cincin bertatah sebutir delima. Mama simpan niat nak cari tuan cincin tu. Tapi lupa tentang cincin tu. Simpan sampai tak teringat. Sedar – sedar, cincin mama yang lagi cantik pula hilang. Dah merata cari tapi tak jumpa.

Jadi tajuk entri ni adalah nasihat daripada saya yang mengalami. Tuju pada diri, tuju pada semua. Kalau jumpa duit, ambil duit tu tapi jangan guna untuk kita. Pergi sedekah kat masjid, niat pahala untuk tuan duit itu. Kenapa kadang – kadang Allah beri balasan pada kita dalam masa yang singkat? Kau mencuri hari ni, esok barang kau hilang. Kenapa?

Ini kerana Allah sayang kita. Dia mahu kita terus sedar. Dia mahu kita terus alert yang benda tu tak patut kita buat. Sebab itulah, kalau orang tu jenis tak tinggal solat, tiba – tiba satu hari dia tertinggal, Allah lahirkan perasaan bersalah yang amat/tak senang duduk kat dia. Perasaan tu akan buat dia bingkas bangun untuk solat.

Kalau kita pilih untuk buat baik, Allah sentiasa akan buka hati kita untuk buat baik. Kalau hati dah tutup tu yang susah tu.

Wednesday, October 5, 2011

Cerita tentang ikhlas kita

Ini cerita hari Sabtu yang lepas.

Kelas halaqah kami hari Sabtu, pukul 10 pagi. Sabtu kan sepatutnya cuti? Mesti la ada yang nak balik rumah atau nak keluar jalan – jalan kan. Walaupun saya tak balik rumah hujung – hujung minggu, saya pun ada rasa malas juga nak pergi kelas pagi – pagi bila orang lain semua cuti. Malas nak serika baju, rasa rugi pakai baju kurung hanya untuk pergi satu kelas tu je!

Kalau tak datang kelas nanti markah kena potong pulak. Pergi kelas halaqah hari tu, sister tu pesan kat kami semua tentang keikhlasan datang ke kelas.

Ikhlas ni memang susah nak capai. Dalam hati kita ni sapa yang tahu kita ni ikhlas? Allah saja yang boleh tahu keikhlasan kita. Malaikat di kiri kanan kita pun tak boleh tahu dan tak dapat nak tahu. Terkejut tak dengan statement ni? Ok, Tirah pun baru je tahu fasal ni.


Ikhlas ni susah nak nampak, ibarat mencari semut hitam yang meniti atas batu hitam pada malam yang gelap. Berapa ramai yang niat pergi ke kelas ikhlas kerana Allah? Berapa ramai yang niat belajar tinggi – tinggi ikhlas kerana Allah? Atau berapa ramai yang kahwin dengan seseorang niat ikhlas kerana Allah?


Banyak orang buat sesuatu benda hanya untuk keuntungan diri. Susah nak kira berapa ramai yang betul – betul ikhlas kerana Allah. Diaorang boleh lah kata yang diaorang ikhlas, tapi dalam hati Allah saja yang boleh tentukan. Mulut kata ikhlas, hati belum tentu lagi.

Saya bukan nak cakap yang saya ni lebih baik, kat sini. Saya pun masih mencari ‘ikhlas’ ni sebenarnya. Susah sangat. Atirah ni teruk. Terus terang saya cakap, saya belajar sebab saya nak kerja yang gaji banyak nanti, saya bangun Subuh awal pagi sebab malu kat roommate kalau bangun lambat, saya pergi kelas sebab nak kehadiran penuh, saya pergi talk sebab attendance co-curriculum ada markah dan saya macam – macam lagi lah.

Kawan saya cakap, kalau kita buat sesuatu niat kerana Allah, kita akan dapat pahala. Lagi satu kalau benda tu dapat bagi keuntungan pada kita, kita akan dapat dua benda extra, iaitu pahala dan keuntungan/kebaikan/keberkatan (dan yang sewaktu denganya) dengan mutlak.Lepas ni kenalah berubah. Semua orang kena cuba cari ikhlas ni.

Pergi kelas kat lab sebab situ boleh online
Dan saya sangat terasa bila sister kelas halaqah tu sebut hal ni. Saya rasa teruk sangat. Serius. Saya rasa macam tak pernah niat buat sesuatu ikhlas kerana Allah. Dalam niat puasa, niat solat ada je sebut lil lahi ta’ala tapi..…entah. Susah nak cerita. Tak rasa sedih ke?

Thursday, September 22, 2011

Sahabat Nabi yang kasih pada kucing

Assalamualaikum, salam sejahtera kawan - kawan! Mesti tengok tajuk entri ni dah boleh tahu kan siapa yang saya cuba maksudkan?

OK. Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi. Dia dikenali sebagai salah seorang ahli shuffah iaitu orang-orang yang tinggal di pondok masjid dan menjaga urusan masjid. Nama sebenar beliau adalah Abdul Rahman (I think so).

Ada satu hari tu, sahabat Nabi ni jumpa seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi berasa kesian pada anak kucing itu, lalu diambil dan diletak kucing tu di dalam baju beliau yang besar. Bila sampai di masjid, Nabi nampak Abdul Rahman ni lalu bertanya kepada beliau, apa yang ada dalam baju tu? Beliau menjawab, ini anak kucing yang kehilangan ibu, aku kesian tengok keadaan dia, aku pun bawalah dia bersama aku . Dari situ Baginda menggelar beliau dengan Abu Hurairah (bapa anak kucing).Gelaran itu sikitpun tak menjejaskan maruah dan reputasi beliau, malah inilah gelaran yang paling disukai bila orang ramai menyebut namanya. Lagipun, ini kan gelaran yang Nabi sendiri bagi.

Orang – orang yang pelihara kucing, mesti kenal dengan perangai - perangai kucing. Ada yang suka cakar karpet, selalu tidur, tak suka air, yang malas buka mulut bila mengiau, yang bila berbunyi bising gila, pandai kejut orang bangun tidur dan ada juga kucing yang suka urut - urut. Saya suka sangat bila kucing tu bunyi “purrrrr” (bunyi macam ni kami panggil "ada enjin") masa saya pegang dia. Kenapa suka? Sebab itu situasi yang sangat comel dan diaorang tengah manja.

Ada satu kajian pernah dilakukan di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi. Dan kajian mendapati keluarga yang memelihara kucing ni lebih rendah risiko untuk ada tekanan darah yang tinggi berbanding keluarga yang tidak membela kucing.

Jadi, mari kita contohi Abu Hurairah yang sentiasa menyayangi kucing. Jangan hanya pada kucing, semua binatang pun termasuk jugak. Bila kita kasih pada haiwan, hati kita akan jadi lagi mulia dan ihsan kita terhadap haiwan tu akan menebal. Sampai satu tahap tu, kita seolah – olah boleh berkomunikasi dengan haiwan tu, boleh faham apa yang haiwan ni nak dan apa yang diaorang rasa. Bukannya rugi pun kalau buat baik pada haiwan tu… kita dapat pahala lagi adalah!

Hadis Bukhari-Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Abu Hurairah pernah bawa kucing yang baru ditemui di tepi jalan di dalam lengan jubahnya. Ada juga orang cerita yang dia letak anak kucing dalam poket jubah dia dan dia bawa kucing tu bersiar-siar sebelum dia bawa balik kucing tu ke rumahnya semula. Sweet kan dia? Ada lagi ke orang macam ni zaman sekarang?? Susah gila nak jumpa.

p/s: rindu kucing- kucing saya kat rumah…..rindu serindu – rindunya =)

Monday, August 8, 2011

Ganjaran Solat Terawikh

Peringatan : Rujuk dan peroleh dari SINI 
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada seksaan kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan pahala seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Berfirman Allah kepadanya, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar,Aku tuhanmu dan engkau hambaKu.

p/s: Dulu kat kampus selalu nampak pamphlet tentang ni kat papan notis. Kadang - kadang saya hanya aim malam - malam yang best saja untuk pergi terawikh. Jahat gila... Jangan tiru perbuatan ini okey. 

Tuesday, June 14, 2011

Guest

Assalamualaikum. Alright, today I’ll be talking about… I want you to guess it. Can you guess it now? Guess,
guess,
guess,
guess.

Alright, alright. Today I want to share a bit about “guest”, you know what I mean. Guest or the plural, guests. They could be your cousins, uncles, aunts or friend or perhaps friends to your parents that come to your house at any times whether they are invited or not.

In Islam, we are supposed to/ ought to welcome, to give our warmest arms to our guest that come and visit our homes . In short, it is actually wajib. When we welcomed the guests to our house, it is almost like we had opened the door of rahmah to our homes itself. The more guests we have, the more rezeki we get.

"Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

‘Home’ here means anywhere you live at the moment. It does not matter if it is a room in a hospital or in a hotel. Toilet or bedroom is not one of the meanings to my topic here. I’m being relevant about this. Let say, if a guest comes to visit a patient, in a room at a hospital or at a house, you, as the owner/landlord/guardian/patron/ma’am to the place you lived, should welcome the guest to your place. Don’t chase them out even if you think it is not a good time to have a visitor.

"Sesungguhnya apabila tetamu masuk ke rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

When I was small, couldn’t remember how old I was. We, the whole family went to our so-called-relatives’ house..I think so. I’m not sure either. I remember one time, when I had finished my meal they prepared. I walked to the sink and I noticed a paper on the wall saying “ Sila basuh pinggan – pinggan selepas menggunakannya. Harap maklum.” I was like, “wow, this is weird” but I don’t mind to wash my own dishes that time, I don’t think a crap about it.

But then, when I grew older, and started to think of the humanity in welcoming the guest to our house. Is it really a good manner to show to the guest? How would you feel when somebody does this right to your face?

Seriously, I won’t let my guests wash the dishes after they finish their meals. I know sometimes they want to help and being polite, but I rather not let them come to the kitchen to help. But if they insist, I’ll let them.

Man, you have no idea how old that memory was. But Allah made me remember it until now. And I come to think that, it was not an accident. It was planned by the owner/landlord/guardian/patron/ma’am of the place we visited. Maybe they received too many visitors at one time, and they have wrinkly hands after washing so many dishes. Perhaps.

EDITED: Maybe that notice paper was meant for their children, NOT US =D

Alright, I admit this. Sometimes I do feel like “this is not a good time to have visitors”, but knowing this knowledge, made me welcome everybody to my house. I tried to be sincere and I will do my best to find it. I don’t want to hurt anybody’s feeling. I want rahmah. I know Allah is observing me at all time.

Now, lessons of the story/topic are:

  1. Do welcome your guests to your place
  2. Greet and give salaam
  3. Invite them in
  4. Prepare them some foods or rooms, whatever possible
  5. Smile, be sincere and don’t hurt their feeling
Later on, Allah will welcome you to his Paradise insya Allah.
The dwarfs are already inside =p
 "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

I really am, thankful to the people (anybody) that prepared us foods when we visited their residences. May Allah provide you more rezeki in future. Insya Allah.

Tuesday, June 7, 2011

Kenduri banyak

Musim cuti kali ni banyak gila dapat jemputan kenduri. Walimatul urus terutamanya. Empat haribulan haritu saja ada lapan kenduri kot. Serius, rosak diet saya. Orang buat kenduri hari – hari cuti ni mestilah sebab diaorang nak orang ada masa untuk penuhi jemputan tu.

Kenapa ada kenduri kahwin ni? Perlu ke sebenarnya? Walimatulurus ni sunat saja, dan tujuannya adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan dan mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu. Selain itu, saudara mara kita dapatlah menyaksikan sendiri pernikahan pasangan tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga pasangan pengantin.

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadinya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setahu saya, sebagai orang Islam, kita tak boleh tak pergi ke jemputan kahwin melainkan kita uzur dan ada sebab – sebab kukuh yang tak dapat dielakkan. Nanti bila masa kita, atau anak kita pulak yang buat kenduri, orang tak datang, apa kita rasa? Haaaa.

Tapi kan, kadang – kadang Atirah pun malas – malas nak pergi kenduri kahwin kawan – kawan mama dengan bapak. Atirah malas nak serika baju. Tapi saya pergi juga bila mama asyik ajak. Saya pun kena berubah juga ni, alasan malas serika baju tu bukan satu alasan yang kukuh. Atirah memang teruk.

Kenduri makngah haritu boleh dikatakan satu kejayaan yang besar, syukur Tuhan permudahkan semua urusan, adalah hujan kejap, tapi tak jadi masalah pun. Sejuk sikit. Kedah sekarang panas kot. Duk saja – saja kat rumah pun boleh berpeluh kadang – kadang tu.
Seronok jugak kan duduk atas ni =D

Masa makan – makan kat tempat kenduri tu, macam – macam lah dengar makbapak orang tu orang ni cerita sibuk nak daftar anak – anak sambung belajar cuti ni. Semua mengeluh. Anak satu per satu pergi belajar, sampai kat rumah tu jadi sunyi. Tinggallah dua orang, suami isteri saja kat rumah. Bila anak – anak dah besar, semua tinggalkan rumah pergi buat hal masing – masing.

Samalah dengan yang dah berkahwin ni. Semua pergi haluan masing – masing, tinggallah mak ayah di rumah. Semua orang akan merasa kesunyian ni. Nanti bila kita tua dan jika kita ada anak pun kita pula yang rasa. Bagi siapa – siapa yang suami atau isteri dah tak ada tu lagi lah. Duduk aja sorang – sorang kat rumah bila anak – anak pergi sambung belajar atau anak sudah mendirikan masjid. Kesian tu memang kesian, tapi kalau keadaan memaksa apa boleh kita buat.

Okey, sampai di sini dulu lah kot. Insya Allah kalau rajin saya update. Memang kebelakangan ini saya sangat malas nak buka internet. Buka laptop main game saja.

Assalamualaikum!

Saturday, May 21, 2011

What you give, you'll get back

Kalau masa hayat kita ni kita guna dengan berbuat baik, insya Allah, semua yang kita lalui akan menjadi menyenangkan dan diberkati. Sebab tu orang kata, kalau seorang anak tu menderhaka pada ibubapanya, esok lusa, bila dia menjadi orang tua, anak dia sendiri akan buat balik benda yang dia buat kat ibubapa dia dulu. Kita bagi barang elok, orang balas pada kita pun dengan barang elok jugak. Kenapa jadi macam ni? Sebab inilah kitaran hidup manusia, kalau tidak kita tak ke mana betul tak? Kalau kita doakan orang dalam kubur sekalipun tapi pahala tak dapat, bukankah itu namanya tak adil?

Sini ada satu cerita…

Seorang anak muda tengah termenunug dan akibat terlalu lama dia tidak buat apa- apa, dia terconteng duit kertas bernilai RM1 tanpa disedari. Dia sedar, duit itu dah hilang nilainya kerana orang ramai mungkin susah nak terima duit yang diconteng. Kalau diri dia sendiri pun dia tak mahu.
Dia tak mahu simpan duit kertas yang dah hilang nilai tu, dia pun mengambil keputusan untuk beli apa – apa barang menggunakan duit itu. Dia beli buah langsat RM4, dia selitkan duit yang diconteng itu di bawah duit – duit lain. Pekedai tu pun, ambil duit tadi dan terus simpan tanpa melihat.
Selang beberapa hari, anak muda tadi keluar pergi membeli barang keperluan. Dia pergi menaiki bas awam. Belah baliknya, dia mahu bayar tiket untuk perjalanannya itu. Semuanya sebanyak RM4. Dia mengeluarkan duit RM5 dan bayar kepada pemandu bas tersebut. Pemandu itu pun menghulurkan baki dan anak muda itu pun keluar dari bas.
Bila anak muda itu sampai di rumah, dia mahu membasuh baju. Dia pun mengambil seluar yang dipakainya siang hari tadi untuk mengosongkan poket. Dia rasa dalam poket ada duit kertas, dia tarik dan melihat, rupa – rupanya, dia tengah pegang duit yang dia conteng dahulu…

Tamat.

Kalau kita bagi sedekah, rezeki kita Tuhan gandakan
Kalau kita derhaka pada ibubapa, esok anak kita derhaka pada kita
Kalau kita memfitnah orang, Tuhan akan mendedahkan kebenarannya
Kalau kita benci pada orang, orang benci pada kita balik
Kalau kita senang dengan orang lain, orang akan senang dengan kita
Kalau kita kongsi ilmu dengan orang, orang akan kongsi ilmu dengan kita
Kalau kita jaga air muka orang lain, orang akan jaga air muka kita
Kalau kita tipu orang, nanti kita kena tipu balik
Kalau kita jaga hati Allah, Allah jaga hati kita balik.
Betul tak? 


p/s: Oh yea, my blog is pretty famous in KL recently =D

Tuesday, May 10, 2011

Let them in

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah HATI” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


I am a door puller
In a red house called soul
Which located inside the door puller
She’s very weak and powerless
But the things now getting clearer
She noticed that she’s a pretender

She is a door puller
She let things running in
Made the red house getting bigger
She had consumed too much air
Things nobody hardly to care
She thought they care

So she let them in as a door puller
She wants everyone think she’s stronger
Too many hearts she decides to care
Even when the things are not right
She decides hearts have to be treated right… 

p/s: It's okay if I hurt so much because of them, for I must not make them hurt because of me. I'm okay with that. 

Wednesday, March 23, 2011

Wise sayings

Situation 1 


Keith: Why Muslim women have to wear hijab? They don’t look nicer. They are prettier without it.
Daud: (Thinks for a few seconds) Watch this. 
(He takes out two candies and unwrap one of it. He throws down the unwrapped candy and the wrapped candy on the ground that is covered with sands. )
Then he asks the man,
Daud: Which would you rather eat?
Keith: (He bent down and takes the wrapped candy) Of cause this one. This is clean!
Daud: That is similar with our women wise man. They are not supposed to be like the “unwrapped candies”.
Keith: *how beautiful the answer is, it is so true yet relevant*
*Daud and Keith here don't represent anybody, I just 'invented' them.*

Situation 2

British man: Why can’t we shake hands with the women?
Sheikh: Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British: Of cause not! It is not for everybody.
Sheikh: Same with the women, they are our queens. They do not shake hand with strange men (ajnabi)

Why don't cover your head pretty ladies? Are you not thinking something when you read these? Take times then. These are the stories I heard tonight, in Linguistics Class! I’m so delightful hearing these!! Don’t you feel the same people???

Wednesday, March 2, 2011

Dasar manusia lemah!

Dasar manusia cetek iman memang selalu tewas dek godaan syaitan nirrojim
Sumpah gua cakap lu gua antara manusia yang selalu ditewaskan
Tolong daku tolong imanku tolong jangan biar diriku menjadi kejam
Dulu pernah bertaubat, tapi kenapa masih ada hati nak mendekati dosa kelmarin
.
.
.

Malam ni saya tak patut online langsung. Niat awal nak main game jer, tapi dah nak tengok FB sangat sampai dah melalut – lalut benda yang jumpa tu. Tak guna. Tak pasal saja buat dosa. Internet memang jahat. Google paling jahat. Tahu la kerja dia just keluarkan apa saja keyword yang kita tulis tu, tapi tak perlu la tunjuk benda yang tak elok. Internet jahat!!! Eh internet tu hanya lah satu sistem rangkaian global, apa yang jahat sebenarnya?

Diri sendiri la jahat kan? Betul ke tidak? Semua jahat! Elektrik jahat, broadband jahat, laptop jahat, internet jahat, google jahat, youtube pun! Atirah, tolonglah, jangan buat lagi. Malu pada Tuhan tak sekarang? Cerita kat blog tak malu pulak? Kenapa cerita kat blog ni? Nak bagitahu apa? Nak bagitahu yang saya dah buat dosa, sekarang rasa sangat takut jika saya mati esok pagi saya mati dengan dosa ini. Haish.. Lain kali tolong istiqamah lebih! Atirah memang teruk!

Mesej sebenar: Ustaz kata, kalau kita solat tapi masih buat benda berdosa, itu maknanya solat kita tak berkualiti. Atirah tak perlu salahkan benda lain. It’s you. It’s YOU!

Sunday, February 20, 2011

Sukakan seseorang?

Malam tu pergi talk minggu Zikrul Maut. Tapi talk tu bukan pasal Zikrul Maut lah, talk tu bincang tentang cinta. Memang ramai yang datang dengar, yelah, semua orang yang datang tu mungkin yang tengah bercinta atau yang baru nak bercinta ke, ataupun yang baru merasa cinta ke, manalah tahu kan. Salah satu sebab saya pergi talk tu adalah kerana saya pun masih perlu belajar apa erti cinta sebenar. Tapi mata saya masa tu, memang meliar. Usha semua orang. Haish teruk betul, maksiat mata ni. Jadi, saya perlu betulkan niat saya pergi talk malam tu. Rasanya diterimalah kot.
Biasalah, ini kamera lekeh jer
Speaker yang dijemput malam tu Akhil Hayy dan Fatimah Syarha. Tapi saya bukan nak tengok dia orang tu, saya nak tengok moderator yang best tu, Ustaz 2012 tu, siapa yang kenal, kenal lah. Ada satu part yang mana saya rasa penceramah ni sangat pandai bila pendekatan yang dia guna tu sungguh menyentuh hati. Dia selami hati remaja saya, saya rasa sangat malu, seolah – olah apa yang dia cakap tu, dia sedang tujukan pada saya.

Katanya:
Apabila kita tertarik, tersuka, terminat, terpegun, tercinta pada seseorang itu, maka kita perlulah lalui empat benda ini:

1. Muhasabah diri

Kenapa suka? Kenapa cinta? Kenapa minat? Adakah ianya kerana nafsu? Adakah dia itu sangat cantik atau tampan? Dia alim, warak? Suka agama dia? Suka percakapan dia? Suka ilmu yang dia ada? Suka rupa dia? Suka badan ke? Semua ni kita kena tanya diri kita dulu. Apa faedah kalau suka kat orang itu? Dia bawa kita dekat pada Pencipta kita kah? Dia buat kita cinta Rasul kita kah? Tepuk dada tanya iman =)

2. Jaga ikhlas kita dengan Allah

Betulkan niat itu penting. Datang talk malam ni untuk apa? Adakah kerana dia yang kita suka tu pun mungkin datang, atau dia akan datang atau kedua- duanya sudah berjanji untuk datang bersama? Kita kena ikhlas kalau kita nak datang ke majlis ilmu ini, niat mesti suci. Ini memang part yang susah. Atirah mengaku. Susah sangat nak betulkan niat. Kena betul – betul fokus, jangan curi tengok dia langsung kalau boleh. Kalau kita tak ikhlas dengan Allah, takut nanti kita susah nak cari ikhlas bila tiba masa kita perlu keikhlasan tu. Sebab tu kadang – kadang, orang tu tak sedar yang dia kena tipu atau dipermainkan.

3. Tutup pintu – pintu fitnah

Jangan dekati zina dan maksiat. Jika orang yang kita suka tu menawarkan cinta dia dengan cara yang menghampiri maksiat, kita seeloknya jauhkan diri kita dari dia. Kalau betul – betul suka dan mahu, pilih jalan yang bermaruah. Terus pinang lah kan. Tak payah dating, mesej ke, tukar – tukar gambar ke. Itu semua boleh timbulkan fitnah saja.

4. Praktis "keromantikan" itu kepada keluarga dahulu

Pernah hantar mesej kat emak, tulis, “mama, I love you!” ataupun hantar mesej kat adik ke “Adik, akak rindu kat adik”? Tak pernah ke? Kadang – kadang sesetengah orang ni dia sangat teringin rasa romantik tu, sebab tu dia nak sangat dicintai. Kalau dengan family pun segan silu nak beromantik tak payah lah bercinta. Dengan family halal je kan, kalau dengan orang lain jadi haram pulak.

Okey, saya sangat seronok dapat kongsi benda ni dengan semua. Saya tulis ni sebagai peringatan buat diri saya jugak. Renung – renungkan, selalu beringat dan selamat bermuhasabah. =)

Monday, February 14, 2011

Makan dalam tandas?

Okey sebenarnya saja saja la google pasal tandas tengahari ni. Tengok- tengok ada gambar pinggan bentuk jamban kat restoran di Taipei. Dan, dan, kawan saya kata, kat Penang, Malaysia pun ada restoran tandas ni. Sumpah, sangat geli. Masak pun dalam bekas yang berbentuk jamban, pinggan pun, pemanis mulut pun bentuk macam najis. Apa motif restoran “Modern Toilet” ni? Nak bagi orang kenyang ke nak bagi orang muntah?

Kreativiti tu memang sangat unik. Tapi bagi saya tak patutlah buat orang singgah tempat makan tu macam singgah tandas? Kat rumah pun kalau boleh tempat makan atau meja makan kita jauhkan dari ruang nak pergi tandas kan? Tula. Pelik jugak setengah orang ni. Yang saya tahu, motif restoran ni hanyalah nak bagi “crappy experience” buat pengunjung. Tahu tak, orang yang makan kat restoran tu pun duduk atas mangkuk tandas duduk kot. Memang macam tandas. Cuma yang jadi cantiknya (?), penutup jamban tu ceria dengan gambar- gambar hiasan je lah. Benda ni memang sangat baru bagi saya, tak tahu lah kot ada yang dah tahu pasal ni. Atirah memang lambat.
Pencuci mulut yang...

Dan saya rasa restoran ni macam nak ajar kita bagi biasa dengan najis – najis kotoran tu semua je. Tahu tak ada Fear Factor kat Jepun suruh orang makan najis untuk menang 1juta yen tu? Mungkin inspirasi dari restoran nilah kot. Restoran ni macam nak ajar kepada kita, kata boleh makan dalam tandas. Kalau budak - budak tengok mesti dia orang faham benda lain. Dalam Islam mana boleh makan dalam tandas. Tandas tu kotor, dahla tu tempat jin dan syaitan lepak.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tandas itu tempat yang sering didatangi jin. Oleh itu bila kamu masuk ke tandas, berdoalah dengan doa: Ya Allah, aku berlindiing kepada-Mu dari syaitan laki-laki mahupun syaitan perempuan."

Macam tak bertamadun je makan duduk atas tu

Haish, tak faham lah orang yang macam ni. Tak rasa kotor ke? Atirah baca juga blog orang – orang yang melawat restoran tu, kebanyakkannya kata “It makes me feel like shit”. Saya bukan nak mencarut kat sini, saya cuma nak cerita. Saya rasa, orang makan kat situ pun sekali tu saja, lepas tu dah tak pergi dah. Serik kot.

Bacaan lain tentang restoran ini: Klik sini
Nak tengok Fear Factor Jepun cabar makan najis

Thursday, January 20, 2011

Pencuri Barang VS Pencuri Iman

Lusa lepas dan kelmarin kelas sikit satu hari tu. Bosan lah duk kat bilik. Jalan – jalan kejap kat UIA. Lepak kat perpustakaan. Baca buku budak Laws. Nama buku tu, “The Modern Law of Trusts”, Ninth Edition. Nama penulis, tak tahu pula. Dari buku ni saya jumpa tafsiran pencuri;

By means of theft: No man may benefit from crime in relation to theft since a theft acquire no title to the property which he steals and so is normally unable to pass any title to any third party.

Lepas baca benda ni, saya teringat satu gambar saya jumpa dalam facebook tu. Ini gambarnya. Kelik untuk besar.


Bagus tak kalau betul lah ada orang buat macam ni? Gambar ni menceritakan tentang pencuri iman. Bacalah dialog kat situ. Sangat mulia orang – orang macam ni. Saya pertama kali jumpa benda yang sangat menyentuh hati. Apasal menyentuh hati pula? Ini tersentuh yang takjub, bukan tersentuh yang sedih tu. Tak tahu pulak kita boleh berdoa macam ni. Doa ni sangatlah suci. Sweet!

Tengok buku Laws tadi, dia kata pencuri tu tak boleh ambil “title” kepunyaan atas barang – barang yang dia curi tu, dan begitu juga keadaannya bila barang tadi tu terlepas pada pihak ketiga. Dalam gambar tadi, mesej dia adalah tentang pencuri iman. Sama ke pencuri iman dan pencuri barang ni? Pada pendapat saya, saya kata benda ni sangat berbeza antara satu sama lain. Kenapa?

Pencuri iman:
Diri sendiri adalah penyebab iman seseorang dicuri. Diri sendiri tu pun tak mahu biar benda ini berlaku sebenarnya. Diri sendiri tidak sengaja. Diri sendiri tak buat apa – apa. Tetapi iman orang yang pandang seseorang tercuri kerana goyah iman orang tu akibat memandang.

Pencuri barang:
Diri sendiri yang menentukan samada hendak mencuri ataupun tidak. Tiada penyebab dari mana – mana, diri sendiri yang mahu melakukan benda keji tersebut. Ini memang disengajakan oleh diri sendiri. Tiada unsur faktor luar, ini adalah faktor dalaman. Kesimpulannya, ini adalah kemahuan diri sendiri.

Lain kan? Dua benda ni berbeza hanyalah kerana cara mencuri tu berbeza. Buku Laws tadi tu tak boleh diaplikasikan bagi kes pencuri iman. Dalam kes pencuri iman mana ada third party. Ada ke? Saya rasa tak ada. Orang yang mencuri barang tu sah – sah la dapat dosa kan? Habis, pencuri iman tak dapat dosa? Topik hari ni sangat seronok. Atirah berkobar – kobar gila. Apakata kita sambung esok lah bincang topik ni? Macam panjang je.

Tak payah lah. Habiskan hari ni sajalah. Okey. Pencuri iman tak berdosa sebenarnya, melainkan, dia tu memang sengaja nak bagi iman orang lain goyah. Contohnya, dia sengaja pakai baju yang mendedahkan ke, ataupun dia sengaja pakai mekap yang ekstrim. Tapi saya sekarang ni nak cerita pasal orang yang tak sengaja curi iman orang. Faham kot ek?

Sebenarnya macam ni. Pencuri iman ni nama saja pencuri. Tapi bukan dia yang curi iman dan simpan atau guna iman tu untuk dia. Takkan lah dia boleh curi iman orang? Mana boleh nampak pun. Mana boleh dia sorok dalam beg pun. Lagi satu, dia takkan sedar yang dia dah buat iman orang dikeliling dia tercuri.

Aduh, susah juga nak cerita ni. Pencuri barang ni dia simpan dan guna barang yang dia curi tadi. Pencuri iman ni, dia tak sedar pun dia dah curi iman orang. Orang yang tergoyah iman tu saja yang sedar. Jadi, pencuri iman yang tak sengaja ni tak berdosa lah macam pencuri barang tu. Dua kata nama khas ini mempunyai definisi yang sangat berbeza.

Saya ni teruk sikit orangnya. Saya memang suka meliarkan mata tengok – tengok orang. Iman saya banyak dah kena curi. Hehehe. Nak berubah, tapi entah lah. Orang kata ini fitrah. Memang susah nak buang. Sebenarnya, tujuan entri ini adalah untuk mengenengahkan tentang kewujudan pencuri iman. Doa tu pun bagus. Kalau suka, amalkan lah. Huraian kat sini berdasarkan rasionaliti yang saya faham lah. Kalau kau orang nak tambah, sila lah komen. Atirah pun nak tahu yang lain jugak.

Sunday, January 9, 2011

Selalu baca surah apa dalam solat? =)

Seronok haritu pergi kelas Fardhu Ain, orang lain Study Circle, saya ni Fardhu Ain saja. Dalam kelas tu ustazah tanya lah tentang surah apa yang selalu kami baca dalam solat. Lepas tu, ramai lah jawab, surah Al – Ikhlas, An – Nas, Ad – Dhuha, Al – Kauthar, semua surah – surah pendek lah. Ustazah tu bagus lah, dia pandai kaitkan benda ni dengan benda umum yang manusia selalu hadapi.

Ustazah kata, kalau kita pergi rumah mak mertua, kita mesti akan bawa buah tangan kan? Lepas tu, kalau kita bawak mi rebus harini, ibu mertua seronok lah nanti. Dia kata “bagusnya menantu aku ni, teringat jugak dia kat aku”. Kalau lusa bawak mi rebus juga, mertua kata “eh, mi rebus lagi, tak pe lah kot”. Minggu depan bawak mi rebus lagi, mertua kata “asal asyik mi rebus je ni??”, minggu – minggu depan pun bawak mi rebus. Akhirnya, mak mertua tu mesti mengata belakang kat kita kan? Kita akan dapat malu nanti. Selalunya, orang tak buat benda ni. Orang boleh fikir la. Takkan nak bawak benda yang sama aja. Mesti tukar – tukar jugak.

Samalah, bila kita solat. Jangan asyik baca surah yang sama saja. Ini solat Subuh, baca Al – Ikhlas, solat Zohor pun Al- Ikhlas, solat Asar, Maghrib pun sama. Kan kita layan tak sama rata dah? Dengan manusia kita boleh pula takut malu, dengan Tuhan? Tahu tak, apa yang ustazah cerita ni, sangat terkesan kat Atirah. Saya pun asyik baca surah yang sama jugak. Tapi tak lah dalam setiap waktu solat, kadang – kadang ada je dalam setiap waktu tu saya baca benda yang sama. Sebab nak cepat *oopps*. Jangan tiru saya!

Jadi, sama – sama lah kita berubah ye kawan – kawan. Kita kena belajar malu dengan Tuhan, walaupun kita tak nampak Dia. Ini sajalah dulu, pendek saja. Ada benda nak cerita nanti, saya cerita lagi. Till fingers meet keyboard.

Thursday, January 6, 2011

Kita kena bersyukur

Semalam saya berbual dengan senior pasal masalah yang saya ada sekarang ni. Nak berbual lebih lama sebenarnya, tapi dah fikir harini kelas mula 8.30, jadi plan nak tidur awal lah. Takut mengantuk dalam kelas pulak. Tapi tak lah awal sangat pun saya tidur semalam, pukul 2 pagi kot baru tidur. Hasilnya saya overslept lah. Dah solat subuh tidur balik pulak, bangun – bangun dah pukul 8 pagi tepat. Pagi ni semuanya cincai!

Selepas sharing moment semalam baru saya sedar satu benda. Rupa – rupanya saya ni memang tak reti nak bersyukur. Nak itu nak ini, semua nak aja. Tapi tak berserah tak tawakal, lepas tu macam mana Tuhan nak makbul doa. Kita sendiri tak percaya kat dia. Atirah ingat Atirah dah buat yang terbaik, rupanya tak. Saya masih lagi tak betul. Saya memang tak reti bersyukur. Saya sedar, bila saya berdoa, saya demand sangat.

Saya: Kenapa pulak kita tak boleh demand? Katanya masa depan tu boleh diubah dengan doa? Salahkah cara Tirah meminta – minta kat Tuhan. DIA kata DIA akan makbul samada cepat atau lambat je.

Kak Senior: Itu betul. Tapi kadang – kadang yang kita minta tu tak elok untuk kita. Kita jangan demand sangat. Bila kita berdoa tu jangan ego. Kita kena sebut benda yang kedua tu. Iaitu, pertama, Ya Allah aku mahu benda ini jadi milik aku. Kedua, Ya Allah jika ia bukan untuk aku maka aku redha dengan penentuan Mu itu. Kita selalu lupa nak sebut benda kedua tu. Kita minta aja, tapi kita tak berserah kat dia.

Saya: Tirah tak doa macam tu sebab Tirah takut benda tu bukan milik Tirah. Tirah takut nak sebut, sebab Tirah nak sangat – sangat benda tu.

Kak Senior: Itula, kita kena sebut jugak benda tu. Benda tu bermaksud kita ni tawakal dan berserah. Bila kita berserah kat Tuhan, benda tu dapat ke tak dapat ke, kita akan rasa tenang. Kalau kita tak sebut, kita ni mengharap sangat. Bila tak dapat kita marah Tuhan, nauzubillah. Kita tahu minta aja, tapi kita tak tahu benda tu baik ke tidak.

Saya: Tirah rasa benda tu baik je untuk Tirah…

Kak Senior: Mana Tirah tahu? Allah knows best laa.

Tirah: Tirah pegang Tuhan tu tak kejam. Benda yang kita tak suka dia takkan bagi…

Kak Senior: Sebab tu penting nya kita qana’ah. Tak semestinya benda kita suka tu baik.Tahu qana’ah?

Tirah: Tak tahu.

Kak Senior: Qana’ah tu bersyukur. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. Letak sudut positif dalam setiap benda yang kita alami. Kalau kita bersyukur, kita tak demand sangat bila berdoa. Kenapa kita ada rasa tak bersyukur? Sebab kita ni selalu bandingkan diri kita dengan orang lain. Kenapa kita bandingkan? Sebab tak bersyukur lah. Kalau kita letak orang tu di tahap yang tinggi (sebab kecantikan, kepandaian, kekayaan dia) semestinya lah kita akan cemburu. Kita rasa kita banyak kekurangan. Lepas tu doa kat Tuhan nak macam ni macam tu. Berdoa dengan demand pula, sebab kita nak sangat benda tu. Jadi apa guna kita doa kalau kita tak berserah? Kita boleh demand, minta lah apa pun. Yang penting kita kena tawakal. Memanglah kita lain dari orang lain, itu kita kena belajar untuk faham. Letak semua orang sama rata saja, jangan amal sifat dengki – dengki ni. Jangan ego dengan Tuhan. Minta doa elok – elok serta berserah saja kat DIA. Kalau benda tu baik DIA bagi kalau tak baik tak bagi lah. Bila DIA tak bagi, kita jangan pula putus asa nak minta lagi. Just keep on praying.. HE is listening.

Mulai hari ni, Atirah nak berdoa dengan adab yang betul. Kalau dulu memang betul saya ni demand dalam berdoa. Lepas tu tak tawakal. Rupanya, saya baru faham, kalau tak tawakal, maksudnya kita tak berserah pada Allah. Ish teruk lah Atirah ni. Ada ke saya berdoa tapi tak tawakal dan tak percaya pada Tuhan? Padahal DIA lah yang boleh memenuhi doa tu.

Sesungguhnya, saya sangat suka surrounding UIA. Memang selama saya duduk kat sini, orang yang ada di keliling saya orang baik – baik. Itu peluang Tuhan bagi kat saya. Sungguh saya berdoa. Ya Allah ya Tuhanku, bagilah diri ku ini dikelilingi oleh orang – orang yang baik – baik. Sesungguhnya diriku ini masih perlu belajar dan perlu berubah untuk mengenali Mu dengan lebih dekat. Saya tahu saya tak reti nak rasa bersyukur dengan apa yang saya ada.

Friday, December 31, 2010

Jumaat, hari terakhir Disember 2010

Hari ni hari terakhir bulan Disember. Dan hari ini adalah hari JUMAAT, ketua segala hari - hari. Sebelum kita memasuki tahun baru, 2011, saya nak cerita pasal hari Jumaat ni.

  • Kiamat mungkin berlaku pada hari Jumaat. Jangan over enjoy sangat ok
  • Kita kena banyakkan berdoa, doa hari Jumaat mustajab dan akan dimakbulkan
  • Allah mencipta Nabi Adam AS pada hari Jumaat
  • Allah menurunkan Nabi Adam AS ke bumi pada hari Jumaat juga
  • Pernikahan antara Nabi Adam AS dengan Siti Hawa
  • Nabi Adam wafat pun pada hari Jumaat
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha
  • Pernikahan antara Nabi Musa AS dengan Shafrawa
  • Pernikahan Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali AS dengan Siti Fatimah
  • Solat Jumaat pun ada =)

Hari Jumaat ni, hari yang baik. Jadi jangan buat benda yang tak senonoh pula masa count down tahun baru nanti. Tuhan itu maha melihat. Dah baca apa saya tulis sini, jangan buat – buat tak tahu pulak. Tak adalah, saya bergurau saja. Kita masing – masing berjaga – jaga lah. Kita semua ada batas – batas dan hukum – hukumnya, yang penting jangan keterlaluan. Saya minta maaf jika saya ada kesalahan samada saya sedar atau tidak. Jadikan tahun baru ini sebagai permulaan hidup baru yang diberkati Allah. Best wishes~