Sunday, February 20, 2011

Sukakan seseorang?

Malam tu pergi talk minggu Zikrul Maut. Tapi talk tu bukan pasal Zikrul Maut lah, talk tu bincang tentang cinta. Memang ramai yang datang dengar, yelah, semua orang yang datang tu mungkin yang tengah bercinta atau yang baru nak bercinta ke, ataupun yang baru merasa cinta ke, manalah tahu kan. Salah satu sebab saya pergi talk tu adalah kerana saya pun masih perlu belajar apa erti cinta sebenar. Tapi mata saya masa tu, memang meliar. Usha semua orang. Haish teruk betul, maksiat mata ni. Jadi, saya perlu betulkan niat saya pergi talk malam tu. Rasanya diterimalah kot.
Biasalah, ini kamera lekeh jer
Speaker yang dijemput malam tu Akhil Hayy dan Fatimah Syarha. Tapi saya bukan nak tengok dia orang tu, saya nak tengok moderator yang best tu, Ustaz 2012 tu, siapa yang kenal, kenal lah. Ada satu part yang mana saya rasa penceramah ni sangat pandai bila pendekatan yang dia guna tu sungguh menyentuh hati. Dia selami hati remaja saya, saya rasa sangat malu, seolah – olah apa yang dia cakap tu, dia sedang tujukan pada saya.

Katanya:
Apabila kita tertarik, tersuka, terminat, terpegun, tercinta pada seseorang itu, maka kita perlulah lalui empat benda ini:

1. Muhasabah diri

Kenapa suka? Kenapa cinta? Kenapa minat? Adakah ianya kerana nafsu? Adakah dia itu sangat cantik atau tampan? Dia alim, warak? Suka agama dia? Suka percakapan dia? Suka ilmu yang dia ada? Suka rupa dia? Suka badan ke? Semua ni kita kena tanya diri kita dulu. Apa faedah kalau suka kat orang itu? Dia bawa kita dekat pada Pencipta kita kah? Dia buat kita cinta Rasul kita kah? Tepuk dada tanya iman =)

2. Jaga ikhlas kita dengan Allah

Betulkan niat itu penting. Datang talk malam ni untuk apa? Adakah kerana dia yang kita suka tu pun mungkin datang, atau dia akan datang atau kedua- duanya sudah berjanji untuk datang bersama? Kita kena ikhlas kalau kita nak datang ke majlis ilmu ini, niat mesti suci. Ini memang part yang susah. Atirah mengaku. Susah sangat nak betulkan niat. Kena betul – betul fokus, jangan curi tengok dia langsung kalau boleh. Kalau kita tak ikhlas dengan Allah, takut nanti kita susah nak cari ikhlas bila tiba masa kita perlu keikhlasan tu. Sebab tu kadang – kadang, orang tu tak sedar yang dia kena tipu atau dipermainkan.

3. Tutup pintu – pintu fitnah

Jangan dekati zina dan maksiat. Jika orang yang kita suka tu menawarkan cinta dia dengan cara yang menghampiri maksiat, kita seeloknya jauhkan diri kita dari dia. Kalau betul – betul suka dan mahu, pilih jalan yang bermaruah. Terus pinang lah kan. Tak payah dating, mesej ke, tukar – tukar gambar ke. Itu semua boleh timbulkan fitnah saja.

4. Praktis "keromantikan" itu kepada keluarga dahulu

Pernah hantar mesej kat emak, tulis, “mama, I love you!” ataupun hantar mesej kat adik ke “Adik, akak rindu kat adik”? Tak pernah ke? Kadang – kadang sesetengah orang ni dia sangat teringin rasa romantik tu, sebab tu dia nak sangat dicintai. Kalau dengan family pun segan silu nak beromantik tak payah lah bercinta. Dengan family halal je kan, kalau dengan orang lain jadi haram pulak.

Okey, saya sangat seronok dapat kongsi benda ni dengan semua. Saya tulis ni sebagai peringatan buat diri saya jugak. Renung – renungkan, selalu beringat dan selamat bermuhasabah. =)

1 comment: