Friday, February 25, 2011

Tak BOLEH kawal

Contoh situasi:
Tangkap gambar dengan orang terkenal selesai
Saya: Eh satu lagi satu lagi (dengan riang sambil mengangkat jari telunjuk sehingga terlanggar bahu orang terkenal di sebelah)
Habis tangkap gambar rasa malu menebal dalam hati. “Aish, asal la gedik sangat tadi??? Malu gila!!”
Tamat.

Susah bila kita tak boleh kawal diri kita kan? Pernah tak rasa menyesal atau malu dengan tindakan kita selepas benda tu dah berlalu? Perasaan tu sangat tidak selesa. Atirah rasa malu sangat sekarang ni. Pasal benda macam ni lah (bukan seperti situasi di atas). Dah buat kot kelakuan tu, tapi sekarang ni tengah menyesal dan rasa malu sangat. Saya akan menjerit perlahan dan nyaring, lepas tu merengek dan mengeluh, mengigit baju dan menampar dahi bila perasaan macam ni melintasi otak saya.

Macam mana kita nak kawal perangai yang kita tak sengaja buat ni? Saya benci rasa macam ni.

Memang otak saya dah tafsir bahawa perangai tu memang tak patut dilakukan di hadapan mana – mana orang kecuali dengan orang yang kita lama dah kenal. Tapi benda ni terjadi dengan sangat pantas seolah – olah saya tidak pernah fikir apa orang di sekeliling akan akan kata lepas menyaksikannya. Memang tak guna. Tolong la. Banyak kali dah benda macam ni berlaku. Buat macam ni lepas tu rasa menyesal.

Saya tak patut buat benda tu (bukan seperti situasi di atas). Benda tu bukan teladan yang baik. Benda tu memalukan. Aduh, kita tak boleh patah balik masa masalahnya sekarang. Kalau boleh saya dah buat dah. Kalau teringat benda tu, mesti saya rasa macam nak jerit, rasa malu sangat, rasa macam nak nangis. Gosh, I just need to unwind in my time machine.

2 comments:

  1. Boleh jer. Tapi aku tak pegang CD tu. Kau ok ke aku bawak next semester?

    ReplyDelete