Baru – baru ni pensel picit saya hilang. Saya sayang gila pensil picit tu. Tak tahu mana nak cari yang serupa macam tu. Sedih tak habis lagi sampai hari ni, tak tahu kenapa, pensel tu istimewa sangat bagi saya. Then, saya terfikir yang dulu saya ada jumpa duit RM1 kat jalan. Saya ambil duit tu, tanpa niat apa – apa. Saya hanya fikir tentang rezeki jangan ditolak. Saya simpan RM1 tu sekali dengan duit- duit saya yang lain dalam dompet.
Bila pensel picit saya hilang baru saya terfikir, saya terguna duit tu. Memang Tuhan bayar saya cash. Saya tahu saya tak patut guna/makan duit tu. Pensel saya lagi mahal dari RM1 yang saya ambil tu...memang tak berbaloi ambil pakai RM1 dan hilang pensel yang lagi mahal.
Hari terus berlalu. Hampir tiga kali saya asyik jumpa duit RM1 kat jalan. Tiga kali Allah duga! Saya tak ambil duit – duit tu. Satu hari tu saya jumpa RM10 pula. Memang nak ambil. Memang fikir lama kat situ. Saya pegang dengan “rezeki jangan ditolak”. Tapi takut nak ambil. Saya fikir RM1 pun dah hilang pensel saya sayang. Kalau ambil RM10 hilang telepon kot nanti. Jadi saya pun tak berani ambil.
Lepas tu saya cerita kat mama. Dia kata lain kali jangan pakai duit yang kita jumpa tu. Niat sedekah untuk tuan duit tu, pergi la sedekah duit yang kita jumpa tu kat mana – mana. Janji jangan guna. Mama pernah jumpa cincin bertatah sebutir delima. Mama simpan niat nak cari tuan cincin tu. Tapi lupa tentang cincin tu. Simpan sampai tak teringat. Sedar – sedar, cincin mama yang lagi cantik pula hilang. Dah merata cari tapi tak jumpa.
Jadi tajuk entri ni adalah nasihat daripada saya yang mengalami. Tuju pada diri, tuju pada semua. Kalau jumpa duit, ambil duit tu tapi jangan guna untuk kita. Pergi sedekah kat masjid, niat pahala untuk tuan duit itu. Kenapa kadang – kadang Allah beri balasan pada kita dalam masa yang singkat? Kau mencuri hari ni, esok barang kau hilang. Kenapa?
Ini kerana Allah sayang kita. Dia mahu kita terus sedar. Dia mahu kita terus alert yang benda tu tak patut kita buat. Sebab itulah, kalau orang tu jenis tak tinggal solat, tiba – tiba satu hari dia tertinggal, Allah lahirkan perasaan bersalah yang amat/tak senang duduk kat dia. Perasaan tu akan buat dia bingkas bangun untuk solat.
Kalau kita pilih untuk buat baik, Allah sentiasa akan buka hati kita untuk buat baik. Kalau hati dah tutup tu yang susah tu.
Ambil duit yg kita jumpa perkara biasa dan ramai yang ambil, sedekah atau tidak tu mereka saja yg tahu... Ada kes orang yg diamanah urus kewangan/akaun bank orang lain tetapi mengeluarkan/mengambil wang tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan pemunya wang tu.. lagi kes berat ni. Mereka ni kategori mana satu… pencuri atau pecah amanah?...lepas tu ada yang hilang….Hilang maruah.. betul tak ? ….. Lain kali jika jumpa duit ambil lepas tu sedekahkan bagi pihak pemilik duit tersebut, sekurang kurangnya dapat juga pahala orang yg punya duit dan orang yg jumpa duit dan kemudian sedekahkan tu…
ReplyDeleteYe..saya setuju. Ini yg saya maksudkan dan ini yang spatutnya kita buat =)
ReplyDeleteHanya orang yg tidak amanah akan menuduh orang lain tidah amanah,...hanya pencuri yg tergamak menuduh org lain mencuri.
ReplyDeleteAnonymous...setuju sama you..la ni banyak keluar kat news anak kebas duit emak bapak, kebas duit datuk nenek, kebas duit anak, kebas duit adik beradik, kebas duit majikan dan macam macam kebas lagi ada... depa ni bukan saja hilang maruah...hilang kepercayaan orang pada mereka...hilang jati diri dan ada sampai hilang saudara mara pun ada...ni dia duit punya penangan...
ReplyDeletekami dah jd kaya krna ambil duit org. Jumpa duit sj kami sapu.
ReplyDeletepasal pencuri ke pecahamanah ke..lantak dorang lah siapa yang buat tu dorang saja yang tahu.. selagi tak kena tangkap ikut suka dorang lah kan...
ReplyDeleteBetul tu Pak Ngah...kalau jumpe duit satu bag RM juta ada ke orang tak ambik...sendiri mahu tahu lah.....ahakkksss...
duit duit..sapa tak mau duit...anonymous n mamu ..pakat baik nampak! Ntah-ntah hampa yg dok kebas duit orang...
ReplyDeletehahaha.....kya dengan ambil duit org tu mmg kerjaya kami...
ReplyDeleteIkut suka la nak kata apa pun. Kalau kita pilih untuk buat baik, Allah sentiasa guide kita untuk buat baik. Kalau hati dah tutup tu yang susah tu..sangat susah. Live your life at your own risk, esok2 kubur masing2, azab masing2.
ReplyDeletemamu tak kata mamu baik...betui apa kalu jumpa RM juta sapa tak ambik..RM 10 pun orang ambik...
ReplyDeleteBubba....hang pun sama gak kot ..sabit tu kata mamu lagu tu..hang tengok apa Anonymous 2 kata kat atas tu...
Rock...hang memang rock...hi hi hi
Cik Atirah
ReplyDeleteApa maksud 'You have no faith' ... Siapa 'you' dan siapa yang dimaksudkan 'have no faith'?
Tolong jelaskan.. Terima kasih