Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha!

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Saya secara rasminya, ingin memohon maaf kepada semua yang pernah singgah dan yang selalu singgah, jika saya ada berbahasa kasar, ada menguris hati dan ada membuat apa – apa perangai atau entri yang kamu rasa tak patut. Saya tahu je ayat tadi sangat panjang dan berbunyi pelik. Saya serius ni. Saya harap saya dimaafkan.

Memang sudah jadi trend bila raya aja nak update blog. Kalau bukan kita, orang Islam ni, siapa lagi yang akan menghebahkan raya kita ke seluruh alam? Kita kena buat. Hari lain boleh je tulis blog, hari raya, jangan anggap remeh. Tunjuk sikit yang kita ni semangat dan bangga dengan agama kita. Tapi ikut masa kita lah, kalau ada hal atau sibuk tu jangan paksa diri update blog. Kita ni unik, kita saja yang raya dua kali. Kenapa? Ini semua rahmat Allah SWT. Dia sayang kita… dia bagi kita nikmat macam ni. Dia bagi hari khas untuk umat Islam bersatu dan berpeluang untuk mengeratkan silaturrahim. Tengok, hari ni Kedah dan Perlis tak hujan pun? Kalau tidak, asal petang je hujan. Jadi budak – budak, kaum keluarga boleh jalan – jalan beraya tanpa lecak sana sini.

Salam Eid Adha semua. Moga kamu semua sentiasa berada di dalam rahmatNya. Maafkan salah silap saya, saya betul – betul harap saya akan di maafkan, terutamanya pada individu yang mengenali saya. Moga Allah lindungi kita dari segala malapetaka. Assalamualaikum.

p/s: Read this in a serious tone =)

6 comments:

  1. singgah sini jenguk2November 13, 2011 at 3:52 PM

    Adalah lebih afdal meminta maaf secara peribadi (personally) dari orang orang yang sepatutnya kita memohon maaf dan bukannya secara umum begini kerana kata kata tidak menunjukkan niat dan maksud sebenar.It is easier said than done. Waullahualam.......................

    ReplyDelete
  2. One fact: It is never easy to do anything. What most important is, Allah knows what we meant to say. Stahu saya, takde pun afdal2 mgikut Islam dlm minta maaf ni awak. Define "kata2 tidak mnunjukkan niat dan maksud sbenar"? Who are we to evaluate keikhlasan dan kesungguhan? Who do u want to please? Allah or fellow human being? Cecita kat saya yg cetek ilmu ni, do enlighten me.

    ReplyDelete
  3. ramai orang yang minta maaf kat mulut saja tetapi dalam hati tidak ada keikhlasan kerana lepas minta maaf mereka tetap juga ulangi menyakiti hati orang atau kutuk orang berulangkali.. pada mereka mohon maaf ni macam mainan saja..mereka ini suka kata dulu ikut suka hati mereka lepas tu mereka minta maaf habis cerita konon sebab mereka dah minta maaf... mana keikhlasan mohon maaf mereka... Mohon maaf kena ikhlas pada Allah dan pada manusia juga....ada kebenaran atau tidak kenyataan ini.....

    ReplyDelete
  4. Ya..mmg ada kebenaran dlm kenyataan awak. Minta maaf mcm bertaubatlah.. 1 syarat bertaubat adalah kena tinggalkan dan menyesali perkara yg dah berlaku tu. Selebihnya urusan tu antara dia dan Allah. Dan kita seeloknya husn-ul-dhon je. 'Husn ul dhon' means baik sangka =)

    ReplyDelete
  5. masalah yang common dikalangan manusia ialah .. yang buruk sangka lebih ramai mengatasi manusia yang berbaik sangka.. jika semua manusia hapuskan tabiat buruk sangka ni.. Hati akan lebih tenang, keluarga akan lebih bahagia dan penuh kasih sayang dan tiada sengketa sesama manusia, dunia menjadi lebih aman..Waullahualam .
    Semoga Allah S.W.T berkati semua yang berbaik sangka..Amin !!!!

    ReplyDelete
  6. Ya betul. Jadi masing2 kena ingat, berbaik sgka ni byk kelebihan. Dah tahu majority antara kita slalu buruk sgka, kita yang tahu tntg kebaikan bersangka baik ni, jangan lah duk bersangka buruk kat sapa2. Jangan cakap/dakwah rata2, tapi kita tak buat. Since masing2 dah aware, kita kena put it into action lah. Don't make it as in "easier said than done". Tuju pada diri, tuju pada smua ye. Yg buruk hanya dari kita, dan yg baik itu hanya dtg dari Allah =)

    ReplyDelete