Kalau masa hayat kita ni kita guna dengan berbuat baik, insya Allah, semua yang kita lalui akan menjadi menyenangkan dan diberkati. Sebab tu orang kata, kalau seorang anak tu menderhaka pada ibubapanya, esok lusa, bila dia menjadi orang tua, anak dia sendiri akan buat balik benda yang dia buat kat ibubapa dia dulu. Kita bagi barang elok, orang balas pada kita pun dengan barang elok jugak. Kenapa jadi macam ni? Sebab inilah kitaran hidup manusia, kalau tidak kita tak ke mana betul tak? Kalau kita doakan orang dalam kubur sekalipun tapi pahala tak dapat, bukankah itu namanya tak adil?
Sini ada satu cerita…
Seorang anak muda tengah termenunug dan akibat terlalu lama dia tidak buat apa- apa, dia terconteng duit kertas bernilai RM1 tanpa disedari. Dia sedar, duit itu dah hilang nilainya kerana orang ramai mungkin susah nak terima duit yang diconteng. Kalau diri dia sendiri pun dia tak mahu.
Dia tak mahu simpan duit kertas yang dah hilang nilai tu, dia pun mengambil keputusan untuk beli apa – apa barang menggunakan duit itu. Dia beli buah langsat RM4, dia selitkan duit yang diconteng itu di bawah duit – duit lain. Pekedai tu pun, ambil duit tadi dan terus simpan tanpa melihat.
Selang beberapa hari, anak muda tadi keluar pergi membeli barang keperluan. Dia pergi menaiki bas awam. Belah baliknya, dia mahu bayar tiket untuk perjalanannya itu. Semuanya sebanyak RM4. Dia mengeluarkan duit RM5 dan bayar kepada pemandu bas tersebut. Pemandu itu pun menghulurkan baki dan anak muda itu pun keluar dari bas.
Bila anak muda itu sampai di rumah, dia mahu membasuh baju. Dia pun mengambil seluar yang dipakainya siang hari tadi untuk mengosongkan poket. Dia rasa dalam poket ada duit kertas, dia tarik dan melihat, rupa – rupanya, dia tengah pegang duit yang dia conteng dahulu…
Tamat.
Kalau kita bagi sedekah, rezeki kita Tuhan gandakan
Kalau kita derhaka pada ibubapa, esok anak kita derhaka pada kita
Kalau kita memfitnah orang, Tuhan akan mendedahkan kebenarannya
Kalau kita benci pada orang, orang benci pada kita balik
Kalau kita senang dengan orang lain, orang akan senang dengan kita
Kalau kita kongsi ilmu dengan orang, orang akan kongsi ilmu dengan kita
Kalau kita jaga air muka orang lain, orang akan jaga air muka kita
Kalau kita tipu orang, nanti kita kena tipu balik
Kalau kita jaga hati Allah, Allah jaga hati kita balik.
Betul tak?
p/s: Oh yea, my blog is pretty famous in KL recently =D
No comments:
Post a Comment