Saturday, December 10, 2011

Kerana tidak ada manusia yang tiada kawan

Mahu kongsi dua situasi di sini.

Situasi pertama
Dua orang sahabat sama – sama berlari – lari menuju kepada Allah untuk dihisab. Nasib sahabat A baik, dia akan memasuki syurga. Tetapi nasib sahabat B tidak baik. Dia akan memasuki neraka. Maka, sahabat A memohon kepada Allah SWT, “Ya Allah, kau ambil lah separuh daripada timbangan ku ini dan beri lah kepada sahabat ku”. Allah pun menimbang semula amal- amal sahabat B tadi. Dan bernasib baiklah sahabat B tadi, mereka berdua berpimpinan tangan menuju ke syurga bersama – sama.

Situasi kedua
Seorang manusia ini berjalan dengan tenang menuju Allah untuk dihisab. Maka dia adalah sangat bernasib baik. Amalan dia banyak dan berat. Dia sangat gembira, dan berjalan lah dengan hati yang tenang menuju ke pintu syurga. Di sambilan itu, manusia selepas dia tidak bernasib baik, dan bakal memasuki neraka. Lalu berkatanya kepada Allah, “Ya Allah, dia adalah sahabat ku. Tapi dia tidak pernah mengajak aku untuk berbuat baik. Dia beramal kepadaMu tanpa mengajak aku.” Dengan kata – kata itu, maka kedua – dua mereka dihumbankan ke neraka. Nauzubillah min zalik.

Renungkan perkara ini:

Kerana kawan, kita boleh masuk syurga. Kerana kawan juga kita boleh masuk neraka. Tuju pada diri, tuju pada semua. Jadi, pilihlah dan dampingilah orang – orang yang baik. Kita memang berhak untuk memilih dalam berkawan. Kalau kita rasa kita jahat, kawanlah dengan orang baik dan ikut lah perangai dia yang baik. Kalau ada kawan kita yang berbuat mungkar, kita kena saling mengingati. Memang nak saling mengingati ni susah, tapi tak mustahil. Saya sendiri pun rasa benda ni susah. Esok bangun Subuh awal, jangan lupa kejut kawan – kawan tau =)

3 comments: