Monday, December 26, 2011

Seronoknya nak transcribe!

Ok, paper seterusnya adalah Phonology dan semestinya la kena berlatih transcribe perkataan - perkataan Inggeris kan. Hari ni saya nak kongsi, bagaimana saya enjoy dengan latihan IPA (International Phonetics Alphabet) transcription saya. Serius seronok.
  1. Mula – mula sekali, pakaikan earphone di telinga dan pasang lah lagu Inggeris apa – apa pun yang buat anda seronok.
  2. Dengar lirik lagu tu dengan teliti.
  3. Tulis beberapa perkataan dari lirik lagu itu. (tipu giler kalau tak hafal lirik lagu yang korang suka)
  4. Dengar lagu banyak - banyak dan sampai habis, supaya anda dapat senarai perkataan yang banyak.
  5. Lepas dah puas dengan senarai yang anda ada, berhenti dengar lagu.
  6. Cari kamus, letak kat tepi, dan mulalah transcribe setiap perkataan yang sudah anda senaraikan tadi.
  7. Lepas tu, semak semua perkataan dalam kamus. Kalau ada kamus elektronik Besta, boleh semak guna Besta tu jugak, lagi cepat. Jika ada kesalahan, sila betulkan.

Contoh dari saya, lirik lagu One Direction – What makes you beautiful:


Mesti boleh jawab punya dalam exam nanti. How I know? I did this before =) Enjoy your transcription!

No comments:

Post a Comment