Pernah terbayang tak kalau kita hidup tanpa boleh melihat, mendengar atau berjalan? Macam mana nak tahu lagu Korea ni best ke tak, macam mana nak tengok pelakon Korea ni comel ke tak, macam mana nak pakai selendang, macam mana nak tengok Bruno Mars nyanyi LIVE, macam mana nak dengar mp3, atau nak memiliki iPad, nak belajar memanah menembak ke? Hmmm. Sebelum ni tak bayangkan pun. Sekarang baru ada akai.
Semester ni ada kelas subjek Special Education Needs. Kelas ni agak bosan bagi saya. Kelas ni ajar tentang types of impairments, cabaran – cabaran orang yang berkelainan upaya, dan apa yang Malaysia buat untuk dia orang. Jadi bosan lah sebab kelas ni cerita banyak tentang fakta dan statistik saja. Susah juga bagi Atirah. Saya ni dah la malas baca surat khabar. Jadi niat hari ini, nak cerita apa yang saya dapat daripada kelas ni.
Walaupun bosan, saya masih lagi boleh proses input yang saya dapat dari kelas ni. Dulu, saya tak pernah fikir pun tentang cabaran bagi orang - orang istimewa ni. Saya tak tahu pun tentang disabled friendly bagi dia orang macam mana. Jujur saya cakap, yu ai eh ni tak disabled friendly sangat. Elevator saja tak cukup lah! Tangga dua tiga steps banyak tapi tak ada ramps. Ada yang ada ramp tapi bukan kat semua bangunan. Benda ni jadi masalah pada orang yang naik kerusi roda. Sekarang baru saya kisah tentang ni, sebelum ni ignorant gila. Tak ambil tahu pun.
Lagi satu, saya tak pernah pun fikir yang masa depan nanti saya akan jumpa orang – orang istimewa ni. Mana tahu nanti, esok – esok dah kerja, kita jumpa orang – orang istimewa ni kat tempat kita kerja ke? Dari sini saya dah terdedah tentang cabaran- cabaran kehidupan bagi orang2 yang istimewa. Saya dah jumpa dia orang kat rumah perlindungan Cheshire. Dia orang tu umur lagi tua dari saya tapi macam budak – budak. Makan pun comot – comot.
Kenapa sesetengah dari kita tak ambil kisah tentang ni? Ya, kerana kita tak ada kenalan atau keluarga atau rakan rapat yang istimewa macam ni. Sebab tu kita tak pernah fikir tentang kehidupan dia orang macam mana. Atirah sendiri macam ni jugak dulu. Saya ni insya Allah akan jadi pendidik. Jadi tak mustahil jika saya terjumpa pelajar istimewa dalam kelas saya nanti.
Bakal – bakal pengantin pun kena ada ilmu ni. Berguna kot. Maksud saya, nanti apa – apa jadi kat anak – anak, boleh lah cari speacialist awal - awal. Benda ni berlaku juga masa baru dilahirkan. Ada orang ada masalah ni sejak dilahirkan dan ada juga yang jadi macam ni selepas mengalami kemalangan. Bagus jugak yu ai eh offer subjek ni. Kat tempat lain mana ada. Ada ke? Kalau ada bagitahu okey. Bye, with love~
cmne nk jd follower..hihi
ReplyDeletebeb..any new story???
ReplyDeletenew story? Yea.... aku busy exam week..so xde story lagi la ni =D
ReplyDelete