Apa tanggungjwab kita bila kita bekerja secara berkumpulan? Apa? Apa? Apakah???
Ramai yang suka kerja secara berkumpulan sebenarnya. Kenapa?
- Sebab, saya tak pandai, tapi sorang group mate ni pandai, jadi markah saya akan tinggi sebab ada orang yang arif tentang topic tu.
- Sebab, dalam kumpulan saya ada orang yang rajin, biar dialah buat semua
- Sebab, markah saya dengan group mates yang lain sama ja walaupun saya tak contribute
OK INI SALAH! Kau jangan nak berangan nak dapat 4flat la kalau perangai kau macam ni.
Masalah yang timbul daripada rakan sekumpulan:
- Tak bekerjasama dan tidak hadir masa discussion Bila datang discussion, tak fokus– masa tulah mereka nak download itu ini dan bergosip
- Malas dan cincai – tak bawa laptop, bila buat sendiri, buat kerja sambil lewa (banyak kesalahan eja, penanda wacana, tiada jarak, eja ringkas, grammar terabur)
- Tak cuba/berusaha buat slide untuk presentation – kau nak present part tu kaulah kena buat slide. Bagi makan kaki kang!
- Langsung tak sumbang duit untuk print dan binding
- Buat kerja tanpa rujukan – tulis ikut suka dan salah!
- Tahu cara nak buat website citation tapi cite salah (malas buka internet, malas refer tarikh/author dll)
- Tak sependapat – bila kita nak submit sebagai draft dulu, dia taknak. Katanya “Finalize jelah. Malas nak fikir dah”. What #@%*
- Dan sebagainya.
Memanglah seronok kan, kau tak buat kerja tapi markah kau cantik. Rasa dunia ni sangat indah dah. Saya taknak doa pelik – pelik. Tapi Tuhan tu maha adil. Kalau kau tak ada usaha, kau takkan dapat markah elok. Kalau bab bahagian kerja berkumpulan ni, memang markah kau akan cantik. Masa kau sorang jawab final exam, kau usaha mana pun, result mungkin tak sebaik usaha kau. Kalau benda tu tak berlaku sekarang, ia akan berlaku pada masa lain dan dalam bentuk yang lain.
Atirah ni untung la sikit sebab groupmates semua rajin. Cuma saya banyak dapat aduan daripada kawan – kawan seperjuangan yang lain. Makin banyak dah mula rasa. Kat university lah kita kenal kawan – kawan kita tu macam mana. Mangsa dalam hal ni, selalunya terpaksa buat sendiri kerja tu sorang – sorang sampai habis. Yelah, itu kan markah dia jugak. Dia tak ada pilihan lain. Akhirnya,dialah yang makan dalam, hati menangis dan menjerit.
Bagi sesiapa yang menjadi mangsa, kauorang jangan berdiam diri. Terus terang ja. Kalau takut kawan – kawan lain lari atau bermasam muka, kauorang cerita terus kat lecturer tanpa pengetahuan orang lain. Tapi jangan sebut nama diaorang, cerita betul – betul, jangan tokok tambah jangan fitnah orang. Cerita derita yang kita rasa. Kalau boleh minta untuk buat kerja seterusnya secara individu.
Kita kena bagi pengajaran kat orang yang macam ni. Mana aci, orang lain punya ketidaksungguhan, markah kita pun terjejas. Kita buat sungguh - sungguh, tapi ada mangkuk dalam group kita buat cincai, buruk lah markah nanti! Jangan fikir nak kerja cepat habis je.
Atirah harap sangat ada lecturer baca entri ni. Saya faham kenapa lecturer suka suruh buat assignment in group. Dia pun tak lah perlu mark banyak – banyak nanti. Boleh juga jimat duit dan jimat kertas. Bila situasi macam ni berlaku, kita rasa diri kita ni dipergunakan. Dari sini mahasiswa – mahasiswa akan hilang kualiti dan tak berguna untuk masyarakat atau agama. Tolonglah fikir. Tuju pada diri, tuju pada semua. Berlaku adil lah antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment