Friday, June 24, 2011

Masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12

Seekor kucing betina warna cokelat, berumur tujuh bulan, hidup selepas jatuh dari tingkat 12 sebuah flat di England. Masha Allah! Hebat gila kucing ni. Bertuah!
Flat tu

Kucing tu mengalami kecederaan ringan dan kucing tu kelihatan seperti menahan sakit ketika ditemui penduduk di situ. Diaorang kata mulut kucing itu berdarah kerana sebatang gigi patah. Selain itu, kucing tu ada kecederaan kecil di paha. Kesian kat meow meow tu.

Orang ramai percaya kucing tu jatuh akibat dilempar setinggi 120 kaki. Penduduk di tingkat tiga terdengar bunyi rempuhan kat tingkap bila kucing tu jatuh sebelum dia jatuh ke tanah. Disebabkan kejadian yang baru berlaku pada kucing tu, orang ramai panggil kucing tu dengan nama “Everest”.

Doktor haiwan yang merawat Everest, terkejut apabila mendapati, tulang badan Everest tak patah satu pun. Kalau diikutkan dengan ketinggian yang kucing tu jatuh, Everest mungkin tak boleh berdiri lagi. Boleh jadi jugak dia takkan survive dari kejatuhan tu. Doktor tu hanya jumpa gigi je yang patah.

Pengawai yang menyiasat kes ni kata, kejadian ni bukan satu kemalangan pada Everest, tapi, sebaliknya. Mungkin ada orang yang humban dia ke luar tingkap. Kesian kucing tu. Tuan dia mengamuk ke apa? Kalau kat luar negera, memang orang lindung haiwan – haiwan ni. Everest dipercayai ada tuan yang membela kerana dia memakai kolar ketika ditemui.

Sekarang, Everest terus mengagumkan staf – staf di klinik doktor haiwan dimana dia dirawat, dengan kesembuhan yang cepat. Terus usaha Everest!!
Hmmm sebab tu orang kata kucing ada sembilan nyawa ^_^



Rujukan dan gambar dari sini

1 comment:

  1. Tapi ada juga orang yang suka menyiksa kucing. Kucing juga ada perasaan...Kita akan menerima balasan di akhirat walaupun berdosa dengan seekor kucing.

    ReplyDelete