Terkejut saya dengar laungan takbir bila saya tengah tengok – tengok buku kat book fair depan masjid UIA tadi. Semua orang kat situ tercari – cari mana datangnya suara laungan tu. Rupa – rupanya ada orang ramai – ramai bawak jenazah. Tersentap jantung saya tengok benda tu. Mula – mula ingat orang tu main – main aja. Saya ingat orang buat macam tu sebab nak promosi atau adakan kempen kursus pengurusan jenazah ke. Tapi betul dah sahih, memang ada orang meninggal kat UIA. Masjid umum waktu Zohor tadi untuk buat solat jenazah jemaah. Jenazah tu pelajar lelaki.
Jumaat minggu lepas dekan A&R yang meninggal. Saya jalan seorang saja waktu balik asrama tadi. Tengah berjalan tu terfikir pasal kejadian yang saya nampak tadi. Agaknya apa pelajar tu tengah buat sebelum dia pergi. Dia bersedia atau tidak. Dia rasa macam mana. Dia pergi dalam tenang atau tidak. Semua saya fikir. Ya Allah, wujudkah orang yang tidak takut mati? Saya rasa semua orang takut. Mati itu pasti berlaku. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Nabi kita, Muhammad SAW pun mengaku rasa mati itu pedih sekali. Malah Nabi kita ambil sedikit rasa sakit itu untuk semua umat dia. Rasa sakit yang kita akan alami nanti tu bukan sepenuhnya. Sedikit rasa itu Nabi kita sudah ambil. Berterima kasih lah kepada dia, junjungan kita. Takutnya nak mati nanti. Rasa tak bersedia dan tak rela nak pergi. Banyak lagi dosa saya ni!!!
Kejadian tadi tu betul – betul buat saya risau. Entah bila saya akan mati. Sejam lagi, 30 minit lagi, atau kejap lagi. Ish tak nak dah tangguh solat lepas ni. Nak solat awal waktu. Takut tak sempat. Ini bukan kali pertama saya tengok jenazah. Setiap kali tengok jenazah mesti saya rasa macam ni. Tapi yelah, saya ni bukannya selalu berkobar – kobar macam ni. Mula - mula semangat tu ada, lama – lama semangat tu hilang sikit demi sedikit. Macam mana nak kekal mengingati mati ni?
Teringat lagu Kris Allen “Living like we’re dying” tu. Kadang – kadang kita ni buat kerja acuh – tak acuh je. Tak sungguh – sungguh. Kita sepatutnya beribadat bersungguh – sungguh seolah – olah esok tak akan datang. Saya sendiri pun susah lagi nak buat macam tu. Sungguh. Saya memang nak buat macam tu. Tapi saya ni selalu sangat fikir benda – benda keduniaan. Manusia ni susah kan nak spend time dengan Pencipta dia. Atirah ni lalai teruk. Ish bila la nak berubah??!!
P/S: Kat Kuliyyah Edu banyak pokok kemboja. Memang membantu untuk selalu ingat mati.
No comments:
Post a Comment