Sunday, December 12, 2010

Cita - cita dahulu

Minggu ini, saya dengan rasminya telah menjadi pelajar ijazah UIA. Orentasi dah habis, lepas ni pergi kelas la pula kerjanya. Hidup saya kembali seperti biasa. Ya Allah, takutnya nak lalui. Mesti nanti lagi banyak cabaran. Kat CFS pun asyik nangis sembunyi – sembunyi aja. Biasalah kan. Macamlah orang lain tak pernah buat. Dah rindu kat rumah la pula sekarang ni. Nak balik tengok kucing kejap boleh? Rindu.

Sekejap sangat masa berlalu. Saya rasa macam baru habis SPM ja. Tapi dah dua tahun dah lepas SPM. Cepatnya. Tahun depan, saya jadi 19, tahun depan lagi saya jadi 20. Ish, dah masuk 20 ni bunyi pun tak sedap. Orang nak kekal belasan ja. Tak nak puluh – puluh. Bila kenang masa kecik – kecik dulu, saya teringat balik saya ni ada macam – macam cita – cita. Kejap itu kejap ini.

Polis
Saya pernah kot teringin jadi polis. Entah apa yang seronok jadi polis entah waktu tu. Bila dah besar, boleh fikir, terkata pula polis ni macam bosan aja kerjanya. Hehehe

Doktor haiwan
Yang ini boleh diterima lah. Saya memang nak sangat – sangat jadi veterinar. Seronok. Boleh pegang dan tolong kucing, harimau, lembu, kerbau, orang utan, beruang, musang, kambing, zirafah semua lah. Seronoknya. Saya pencinta haiwan, seronok kalau boleh duduk dekat dengan haiwan – haiwan. Semua comel – comel mulut kumat kamit. Tapi yelah, tak kesampaian hajatnya.

Juru terbang
Ini pun memang hampir membuat saya jadi gila. Nak sangat jadi juru terbang. Sampai sekarang, masih ada lagi keinginan tu. Juru terbang seronok. Boleh jalan – jalan jauh. Tengok negara orang. Merantau melancong. Nanti bila banyak duit, boleh beli jet peribadi sendiri. Nak pergi overseas. Senangnya travel kalau ada jet sendiri. Saya rasa teringin pulak nak ambil lesen kapal terbang ni.

Sekarang saya dah sah jadi pelajar Kuliyyah of Education. Saya nak pergi overseas. Kan nak jadi juru terbang tak boleh. Belajar Inggeris pun boleh apa nak sambung kat overseas. Mungkin saya akan jadi pendidik la. Sebenarnya saya tak mahu jadi cikgu, ini keluarga yang cadangkan. Tapi saya tahu, masa depan nanti susah nak cari kerja. Cikgu mungkin senang. Setiap tahun sekolah dan IPT dibina, setiap tahun pelajar masuk, setiap tahun orang belajar Bahasa Inggeris, Insya Allah, saya mudah dapat kerja nanti. Kalau saya ambil Biologi, bukan setiap sekolah ada subjek tu kan? Ini Bahasa Inggeris, semua sekolah ada.

Eh, ini bukan entri nak pujuk suruh jadi cikgu tau. Saja aja, nak pujuk diri saya ni. Saya bukan nak bagi kauorang keliru. Jangan keliru . Belajar saja. Kalau ada rezeki, nanti kita semua kerja lah.Takkan lah kita belajar susah - susah lepas tu tak dapat kerja? Tuhan maha pemurah. Dia akan tentukan nasib kita. Percaya pada DIA.

No comments:

Post a Comment