Malam tadi kami satu famili pergi makan dekat Kuala Perlis, makan ikan bakar. Sedap! Dah kenyang semua kami balik lah, tunggu buat apa. Dah la sejuk. Angin banyak. Tepi laut kan? Sejuk sangat. Dalam perjalanan balik tu kami balik dekat highway. Lalu saja bawah jejantas tu, bedebuk bunyi benda jatuh atas bumbung kereta. Kami sangat terkejut. Dahla naik kereta baru. Semua panik.
Kami tengok kat belakang, nak tengok belah apa. Tapi habuk pun tak nampak. Bapak nak berhenti kat tepi, saya jerit, “jangan pak, setan kot!”. Bapak cakap, “tak kira, ingat aku takut!!!”. Kami pun berhenti kat tepi, tapi agak jauh lah dari jejantas tadi. Bapak keluar, abang keluar, tinggal saya, mama dan adik saja dalam kereta. Adik menangis, dia kata dia nampak bayang budak kecil. Saya baca ayat Kursi kat dia.
Bapak tunggu lama juga kat luar, mama keluar tanya. Bapak cerita ada benda jatuh atas bumbung kereta. Memang kotor kat bumbung kereta tu. Bapak cakap selut. Dah selesai periksa, semua masuk balik dalam kereta. Bapak cakap dengan adik, jangan takut dengan benda – benda yang dia nampak. Itu mungkin ilusi dia. Saya tahu bapak tak mahu dia takut.
Okey, mungkin apa yang kami lalui malam ni adalah satu benda yang baru bagi kami. Kat highway tu tak lah sunyi pun. Kereta banyak aja yang lalu lalang. Kami buat kesimpulan, mungkin ada orang nak buat jahat kat kami. Tapi kami berhenti jauh sangat, diaorang batal sajalah niat tu. Nasib baik kami ramai waktu tu. Ada lima orang dalam kereta. Dan kami berhenti jauh pulak tu.
Sebenarnya, selut tu mengikut teori bapak, dia kata orang tu ikat dalam plastik. Lepas tu orang tu main lepas aja dekat kereta yang lalu kat bawah. Mungkin nak bagi cermin kereta kotor la kan. Tapi selut tu kena kat bumbung kami. Kat cermin ada titisan selut aja. Mungkin juga selut tu dah separa beku, sebab itu ada bunyi bila dia jatuh kat bumbung. Siot lah, kuat jugak bunyi tu. Macam langgar orang kot.
Orang nak rompak kat jalan ni macam – macam cara dia guna. Guna telur pun pernah jadi. Orang tu akan buang telur dari atas, target betul – betul bagi kena cermin. Telur ni tahu la kann. Kena cermin terus kelabu. Kalau lap dengan wiper lagi la teruk. Jadi mangsa akan berhenti kat tepi jalan. Masa ini lah perompak jalanan ni bertindak. Mangsa tengah susah payah tenyeh kain cuci cermin perompak datang ugut dengan pisau.
Yang kami kena baling selut ni mungkin lah satu proses orang nak merompak kot. Minta simpang jauh – jauh lah. Minta Tuhan lindung. Kalau sesiapa kena benda – benda kotor jatuh bila lalu kat jejantas, jangan berhenti dekat – dekat. Diaorang guna telur kalau duit tengah banyak, guna selut bila tak ada duit. Kalau kena jangan turun kereta lagi – lagi kalau tengah sorang – sorang. Kalau ramai dan rela makan penumbuk, turun lah lap cermin. Tapi tak payah lah cari penyakit. Elak kalau boleh. Malam ni kami bernasib baik sebab cermin tak kotor.
Orang jahat kalau dah terdesak, apa cara pun dia buat. Kadang – kadang orang macam ni pandai terlebih. Bab – bab belajar tak pandai pun. Bodoh mereput. Maaf, tapi itu bahasa yang paling sesuai untuk diaorang.
No comments:
Post a Comment