Thursday, November 4, 2010

Dosa gugur tatkala sakit

DARIPADA ABDULLAH B MAS'UD R.A, KATANYA: SAYA MASUK KE TEMPAT RASULULLAH S.A.W KETIKA BELIAU SEDANG MENDERITA SAKIT. SAYA USAP, SAPU – SAPU BAGINDA DENGAN TANGAN SAYA, LALU SAYA BERKATA: YA RASULULLAH, PENYAKIT ANDA AMAT BERAT. RASULULLAH S.A.W MENJAWAB: BENAR, PENYAKIT SAYA SAMA DENGAN PENYAKIT DUA ORANG ANTARA KAMU. SAYA BERKATA: DEMIKIAN KERANA ITU, ANDA MENDAPAT PAHALA DUA KALI GANDA. RASUL MENJAWAB: BENAR!! SETELAH ITU BELIAU BERKATA: SETIAP ORANG ISLAM YANG MENDAPAT BENCANA PENYAKIT DAN LAIN - LAIN", MAKA TUHAN MENGGUGURKAN (MENGAMPUNI) KESALAHANNYA SEBAGAIMANA POHON KAYU MENGGUGURKAN DAUNNYA (SAHIH BUKHARI)

Ramai kenalan yang saya kenal bekelakangan ini sakit – sakit kecil. Sakit perut lah, selsema, demam, ada juga yang kena ulcer mulut. Tadi kita baca hadith tadi kan, kat situ dia cerita yang Rasulullah kata, setiap orang Islam yang dapat dugaan sakit, maka Tuhan gugurkan dosa kita ibarat daun - daunan di pokok. Rasa sakit ini janganlah kita cela, tetapi harus yakin ia sebagai penebus dan penghapus dosa dan noda jiwa. Perempuan yang sakit sengugut teruk – teruk tu janganlah asyik merungut. Dosa kita tengah gugur tu. Tak teruk mana pun sebenarnya. Sakit ada hikmahnya.

 Kita selalu jumpa orang yang berusia sakit – sakit sebelum dia meninggal kan? Cuba kita fikir balik. Sebelum dia meninggal, dia sakit – sakit. Orang tua, biasalah kan. Kadang – kadang sakit kencing manis. Buat pembedahan itu, luka lambat nak sembuh. Lepas tu, meningitis pulak, lepas tu, tuberculosis pulak, macam – macam lagi lah. Dah pembedahan yang pertama pun luka tak lega lagi, kaki makin hitam, darah tak sampai. Potong kaki ingat boleh sembuh. Lepas tu dia nazak. Dan meninggal. Macam – macam kan dia sakit? Bayangkan berapa banyak dah dosa dia gugur. Banyak sebenarnya. Tuhan sayang setiap hambaNya yang pasrah dan redha. Orang tadi tu pasrah dia sakit. Dia rela sakit. Kat akhirat nanti, insya Allah, Tuhan akan tolong dia.

Saya cerita pasal orang tua tadi tu berdasarkan pengalaman. Tahu tak orang tua tadi tu meninggal pagi Jumaat. Dan dia dikebumikan sebelum solat Jumaat. Saya dengar meninggal hari Jumaat ni baik. Bukan calang – calang orang dapat. Kemungkinan besar, orang yang meninggal hari Jumaat dan dikebumi sebelum solat Jumaat ni akan terlepas dari seksaan kubur, insya Allah. Benda ni pun, orang yang beritahu saya. Saya rasa betul, takkan orang tu tipu saya kot bab – bab ni. Bagi saya, inilah habuan dia bila dia banyak sakit sebelum meninggal.

Kalau kita sakit sampai tak boleh makan pun janganlah kita maki – maki orang. Ada satu cerita nabi – nabi, dulu ada orang tu sakit teruk sangat. Sampai badan dah berbau akibat penyakit yang dia ada tu. Ada orang tanya dia, “kenapa kau tak berdoa kat Allah, kau orang baik, Allah mesti makbul punyalah doa kau”, orang sakit tu jawab, “aku redha dengan penyakit ni. Lagipun dah berapa tahun aku sihat saja. Aku sakit ni baru berapa lama. Aku sihat lagi banyak dari aku sakit.” Tak semua orang ada kekuatan macam tu bukan? Siapa suka sakit? Saya faham. Kadang – kadang saya juga merungut. Tapi saya akan cuba. Tak mahu lah buat perangai macam ni lagi. Saya sudah tahu, dosa saya gugur tatkala saya sakit.

P/S: Masa kita berwuduk pun dosa gugur bak daun - daunan =)

No comments:

Post a Comment