Saturday, August 21, 2010

Bekerja di pagi sunyi

Pagi ni, saya sendirian ja dalam bilik study, lagu dari iTunes ja lah yang teman. Nak siapkan term paper ni, bukan la sebab kena hantar esok atau lusa kena hantar lagi 2 minggu, saja lah buat kerja siap- siap, kan senang nanti. Boleh balik cepat sikit. Dah tak ada hati dah nak duk sini. Semua orang tengah tidur. Semua orang! Tak ada siapa pun kat floor ni, sunyi saja.

Sebenarnya, sunyi ni best juga. Idea mencurah – curah ja bila nak karang term paper ni. Kadang – kadang tinggal kat asrama ni, banyak yang kita boleh belajar. Sahur ni saya seorang lagi, awal dari kawan – kawan yang lain. Kejap lagi nak terus solat subuh, lepas tu tengoklah apa nak buat, tengok keadaan. Kalau mengantuk saya tidur lah, tapi takut juga kalau susah bangun. Hmm, kena! Kena recharge badan. Sudah seharian tak tidur ni. Insomnia. Tak pa lah, kita tak tidur, kita buat kerja, ya dak? =)

Kebaikan siap kerja on time:
  1. Kualiti kerja tinggi – Sempat edit lagi, bagi lebih sempurna
  2. Markah format mesti penuh – Sempat edit format (margin, number, header, logo etc) dengan teliti
  3. Orang sekililing mesti kagum – sudah pasti, tapi bukanlah menjadi keutamaan
  4. Lecturer suka – paling penting!
  5. Boleh lepak lepas tu, tolong kawan- kawan yang lain ke
  6. Ringan otak – tak rasa beban
  7. Puas
  8. Boleh tidur, makan, mandi, beribadat, dan belajar dengan efektif =D

Keburukan tak siap kerja on time:

  1. Rush – nanti dapat idea kosong dan merapu
  2. Tekanan dari orang lain yang dah siap
  3. Carry marks sikit
  4. Lambat hantar – nanti lecturer strict dengan markah
  5. Last minute printing
  6. Ponteng kelas – tak tidur semalaman atau tengah siapkan kerja pada waktu kelas
  7. Hasil cap ayam
  8. Formatting hancur
  9. Tak cukup tidur, tak makan, tak mandi, solat cepat (tak kusyuk), subjek lain diabaikan

Nampak tak permainan dia?
Jadi, mari kita siapkan kerja- kerja dan assignment kita di waktu yang telah ditetapkan, tak rugi pun. Korban la sikit tenaga, nanti mesti tuhan tolong. Tuhan tak pernah kejam. Nak takut apa belajar sendirian tengah malam, kan belajar tu beribadah juga, syaitan takut la. Ni Ramadhan lagi. OK, senyumlah tanda setuju.

4 comments:

  1. senyum tanda setuju...
    dah....

    ReplyDelete
  2. "Tak pa lah, kita tak tidur, kita buat kerja, ya dak? =)"

    i dont like this statement...
    yess....u do the work...
    tp kesihatan kena jaga syg oi.....

    pastikan tido,...biaq la tidoq ayam sekali pon...aslkan otak kita rest...

    k...i love u my friend...dont torture urself.........

    ReplyDelete
  3. Betul..i know this is bad. Tp time tu mmg aku susah tidor dude.. then assignment byk.. i have to do it,time ni, term paper ada 3 kot. Again, thanks for your advice.. i will try to improve myself..

    ReplyDelete