Ya, kali ini entri saya dalam Bahasa Melayu. Saya dah putuskan, saya akan menggunakan dua bahasa untuk blog saya, ok. Santai ya?
“Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula”
Ini petikan lirik lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh, Raihan dan Man Bai. Dah pun masuk bulan Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Ni dah Ramadhan, bulan mulia ni, banyak yang kita kena berjaga- jaga. Hehehe kalau blog orang lain, termasuk ariffshah.com, diorang tak suka nak cerita banyak benda yang orang dah tahu. Tapi saya lain caranya. Kita sentuh sikit ok.
Dalam bulan penuh berkat ni, kita kena jaga banyak benda. Baru-baru ni saya ada pergi ceramah tentang menyambut Ramadhan. Ya, betul, penceramah tu pun cakap, Ramadhan je, mesti fikir tentang bisnes, penat, mungkin juga fikir tentang batasan dan cara kawal keinginan. Bila kita puasa ni, kita kawal apa kita lihat, kawal apa kita dengar dan kawal apa kita cakap. Alhamdulillah, saya berterawikh tadi buat malam Ramadhan pertama. Selain terawikh, kita boleh banyakkan baca Quran sikit selepas solat kalau boleh, ataupun pergi join mana- mana majlis ilmu. Insya Allah, pahala kita akan digandakan. Saya pun dalam process nak memperbaiki diri dalam Ramadhan kali ini. Orang yang berpuasa ni, doanya Tuhan makbul. Berdoa la banyak – banyak (jangan hanya bila Ramadhan je). Bila puasa, jangan lupa solat cukup lima waktu. Puasa tu sia-sia kalau tak solat. Penat kot kalau dapat lapar dan dahaga je.
Saya paling suka bila baca paper time Ramadhan, sebab adanya slot “Salam Perantauan” tu. Seronok tengok orang yang di perantauan, macam-macam nama kolej dan universiti. Menarik juga bila kita ambil tahu tentang pusat-pusat pengajian yang ada kat luar negara. Paling cemburu tengok Ariff Shah yang sekarang tengah belajar kat Moscow Aviation Institute. Dulu saya dapat tawaran UniKL Miat, tapi ibu bapa lebih suka saya buat pendidikan. Lagipun, saya perempuan katanya. Hati saya memang nak buat Aviation! Sampai sekarang masih fikir tentang nak ambil lesen kapal terbang. Ok, keluar tajuk ~
Dalam bulan Ramadhan, kalau kita tengok sejarah Islam, banyak perkara yang ajaib berlaku. Contohnya Perang Badar, Perang Ain Jalut, dan paling istimewa, surat cinta Allah, sang pencipta, Quran pun diturunkan dalam bulan Ramadhan. Tak lupa juga tentang Lailatul Qadar yang semua orang nantikan.
Ok, tahun ni, Ramadhan kali ni, saya buat pertama kalinya tak balik rumah. Dah rasa macam duk overseas dah ni. Saya memang nak balik puasa kat rumah tapi apa daya lah nak buat macam tu. UIA tak bagi cuti, ada pun weekend ja, orang yang duk dekat boleh la berulang. Agak sedih bila puasa kat sini, tak dapat la nak rasa bubur kanji mama buat, yang kami satu keluarga suka makan dengan sambal ikan bilis. Sahur kat sini sederhana je. Saya ada lagi tiga minggu dekat sini, lepas tu cuti semester. Untuk cuti raya, saya akan balik pada 5 September tu. Lepas raya, ada final exam. Saya target deanlist okay semester ni. Ok lah, dah macam lari banyak tajuk dah ni. So better stop here before I mumble a lot more. Selamat berpuasa, dan beribadah. Semoga Tuhan terima semua amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment