Tulisan kita boleh mengambarkan peribadi kita, kita ni malas ke, jarang berkawan ke, ego ke, pemalu ke dan macam – macam lagi lah. Saya ingat, dulu tengok dalam TV, Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah ada buat talk tentang tulisan, dan dia tafsir sikit – sikit. Kalau condong ini maksud dia, kalau kecik – kecik itu maksud dia. Menarik. Tapi tulah, Atirah lupa dah apa maksud sekian – sekian tulisan macam Dato’ Dr. tu beritahu.
Nak tengok tulisan saya? Hahaha taknak tengok pun kena tengok jugak. Hari ni, tajuk saya pasal tulisan tangan saya. Tulisan saya banyak versi. Bila banyak versi, bentuk dia lain – lain. Dato’ Dr. Fadzilah tak boleh tafsir. Tulisan saya banyak dan berbeza.
Tulisan ni unik kan? Kalau saya, saya cakap tulisan ni kemas dan cantik. Orang lain tak tahu lah. Tulisan ni tulisan cover Atirah. Tulisan macam ni hanya terhasil bila saya rasa sangat rajin dan tak rasa terkejar – kejar. Dalam buku nota kelas jarang la jumpa tulisan ni. Dalam buku conteng – conteng atau buku catitan, ada la tulisan ni.
Tulisan ni memang buruk kan? Dalam buku conteng – conteng ada la tulisan ni. Tulisan cakar ayam ni hanya terhasil bila saya rasa sangat malas atau rasa terkejar – kejar atau rasa tangan dah lenguh atau bila rasa meja tu cikai sangat atau menulis bukan di atas meja. Benci la meja yang senget – senget, tergoyang – goyang. Memang hilang mood nak belajar. Kat kelas berlambak meja macam ni. Tak faham la macam mana orang lain guna meja. Nasib la boleh jugak tulis. Cuma tak cantik dan tak kemas saja. Tulisan ni kira okay la boleh baca. Ada tulisan cakar ayam yang lain, langsung tak boleh baca.
Ini tulisan normal saya. Selalunya ini lah tulisan saya. Dalam buku nota jumpa la tulisan ni. Orang kata tulisan saya kecil dan kurus – kurus. Mana ada. Biasa saja. Tulisan ni saya rasa tak cantik pun cuma kemas saja, kot. Saya tulis macam ni bila keadaan meja sangat baik, tak lah terkejar- kejar sangat, tak lah malas sangat dan tak lah rajin sangat. Pendek kata inilah tulisan paling banyak saya guna.
Setengah orang tu dia anggap perempuan ni, mesti tulisan kena cantik. Bagi Atirah tak lah sampai MESTI kena cantik. Boleh baca sudah. Tulisan lelaki pun ada ja yang cantik – cantik. Kadang – kadang tulisan lelaki tu orang fikir tulisan perempuan. Sebab apa? Dah orang kata tulisan perempuan cantik! Itu yang salah tu. Kesian lelaki tadi. Kena puji tapi kena puji macam perempuan =)
salam
ReplyDeleteatirah...pd pandangan sy tulisan pertama awak..xcantik la...xkemas...tulisan kedua...mmg xlawa pon...hahhaha..
tp tulisan ketiga kan fav kwn2 kita.....smua puji tulisan yg tu.....hmm...i think u kena pakai spek la...hahhaha
bydaway...mn kad raya...i wanna see....................
yg pasal tulisan tu..gurau je tau....ngeee...^^,
Hafizah: thanks for your opinion btw
ReplyDeletehehehehe
kad raya mana boleh tjuk secara terbuka
nanti org amek gmbar tu save, then claim yang dia.
hehehehe kad tu kan mahai..
i'll show u in FB
i waiting ur kad raya......................
ReplyDeletetirah...how bout ur life??????????
my life now ok laa..tgh cuti kann, i dont go anywhere. duk rumah jaga kucing dan jaga wan =]
ReplyDelete