Tengahari tadi dengar radio Kedah. Ada cerita pasal penyampai radio ni, diorang buat kempen menjadi penyampai radio untuk orang luar. Bagus kan benda ni? Boleh la orang luar belajar jadi penyampai radio nanti. Saya tak dengar sangat pasal kat mana dan bila kempen tu ada. Kalau minat pergi la google www.kedahfm.gov.my/. Jadi penyampai radio ni bukan saja glamor, tapi boleh sampaikan matlumat, putar lagu dan temu ramah orang kan. Perasan tak kat banyak syarikat radio kat Malaysia ni, diorang ambil artis jadi penyampai radio? Mesti la perasan, bukan Atirah sorang yang dengar radio dalam dunia ni.
So, here’s the thing, dah jadi artist tu artis la. Kerja penyampai radio ni bagi la kat orang lain pulak. Ada setengah tu, dia belajar pun dalam bidang menyampai radio ni, tapi tak dapat kerja. Sebab apa? Tak da kekosongan. Tengok – tengok kerja belakang tabir radio ja. Kesian la kat orang yang penat – penat belajar dalam bidang tu. Bagi la kerja tu kat diorang.
Saya faham sangat la kenapa stesen radio ni ambil orang popular kerja dengan diorang. Ye lah, diorang boleh dapat traffic yang banyak dari pendengar atau peminat penyampai radio tu. Itu yang diorang nak kejar sebenarnya. Ambil orang biasa buat apa? Orang lain tak kenal nanti tak nak dengar. Satu je yang masyur sekarang ni, siapa? Fara Fauzana la. Dia kan memang pelajar bidang tu. Dia sendiri kerja keras untuk fame yang dia ada sekarang ni.
Saya sejujurnya, tak minat sorang pun penyampai radio yang ada. Saya dengar radio bukan sebab penyampai radio tu. Saya dengar yang mana saya suka. Kadang – kadang lagu best tengah main kat radio tu, saya tune la radio tu. Kalau lagu tadi dah habis dan tak main dah mana - mana lagu best saya tukar pergi radio lain pulak.
Entri kali ni pendek ja. Bahasa pun rojak. Tapi saya tahu apa yang saya nak sampaikan tu, ada di sini. Itu yang penting =)
No comments:
Post a Comment