Friday, October 1, 2010

Multi Perangai (?) Part 2

 
Sebelum ni kan saya ada post tentang perangai negatif perempuan yang ada dalam kehidupan asrama. Hari ni, entri ni tentang jenis/perangai positif perempuan yang ada dalam kehidupan asrama UIA. Diorang kalau baca entri ni, mesti diorang tahu siapa yang saya maksudkan. Ala, bukan orang lain, korang – korang ja la, atau loghat Kedah nya, “hampa – hampa ja la, bukan oghang laen”.

  1. Perempuan yang solat awal
  2. Perempuan yang suka basuh baju
  3. Perempuan yang tak berkira kongsi barang
  4. Perempuan yang pandai kawal marah
  5. Perempuan yang pandai ambil hati kawan
  6. Perempuan yang ambil berat tentang harta benda kawan
  7. Perempuan yang tolong jaga barang kawan
  8. Perempuan yang rajin basuh pinggan
  9. Perempuan yang bersih – taknak sebarang sampah ada
  10. Perempuan yang pengemas
  11. Perempuan yang pasang alarm lagu baik – baik, slow - slow
  12. Perempuan yang suka kongsi makanan
  13. Perempuan yang suka sedekah sikit kat kawan bila ada duit balance
  14. Perempuan yang suka pakai matching
  15. Perempuan yang pandai jaga kasut
  16. Perempuan yang suka jaga kulit
  17. Perempuan yang pandai jaga rambut
  18. Perempuan yang suka minum air masak
  19. Perempuan yang rajin baca Al Quran
  20. Perempuan yang hafal Al Quran
  21. Perempuan yang pandai masak
  22. Perempuan yang serika baju awal
  23. Perempuan yang bangun awal
  24. Perempuan yang rajin baca majalah Islamik
  25. Perempuan yang suka kanak – kanak
  26. Perempuan yang pandai nasihat
  27. Perempuan yang banyak ilmu dalam hadis – hadis
  28. Perempuan yang suka jaga kuku
  29. Perempuan yang suka pakai inai sangat – sangat
  30. Perempuan yang suka bedak – bedak wangi yang banyak
  31. Perempuan yang suka kumpul duit syiling
  32. Perempuan yang sangat suka makan sayur
  33. Perempuan yang pandai urus masa untuk online
  34. Perempuan yang suka tulis diari
  35. Perempuan yang tak ada nombor lelaki dalam phone selain famili
  36. Perempuan yang cintakan kucing
  37. Perempuan yang ikhlas berkawan kerana Allah
  38. Perempuan yang hanya makan sekali saja sehari
  39. Perempuan yang gym - addict
  40. Perempuan yang satu batch, tapi umur senior

Takda la luar biasa sangat perangai diorang. Memang lah ada yang dah pernah dengar perangai macam tu. Atirah bukan nak kritik orang, saja seronok – seronok nak kongsi. Perangai macam ni benda baru bagi saya. Saya tak pernah duduk di asrama sebelum ni, jadi ini memang benda baru bagi saya. Sebenarnya tak rancang pun nak tulis part two ni, tapi teringat pulak budak – budak bilik yang baik – baik kat UIA. Lepas tu, rasa macam nak tulis kat sini. Maka tertulis lah kat sini. Senang ja nak tulis blog. Senyum lah tanda setuju.

P:S/ Maher Zain nak datang KL, nak pergi sangat! 

2 comments: