Sunday, October 24, 2010

Janganlah macam ni

Semalam pukul 2.50am macam tu, saya dapat mesej daripada Jah ni, dia kata bas budak – budak Kelantan, yang nak balik UIA terbalik. Diorang semua kat Gua Musang waktu tu. Jantung saya bagai nak luruh, saya banyak berkawan dengan budak Kelantan. Ya Allah, risau sangat. Alhamdulillah semua baik – baik saja, ada yang cedera, Insya Allah tak ada yang cedera parah. Jah dapat mesej daripada Mili, dialah yang beritahu Jah. Mili tu budak Kelantan yang naik bas tu lah. Ya Allah, tolong jauhi hamba – hambamu ini dari malapetaka, mereke semua pulang menyambung perjuangan Mu. Aminn.

Pemandu bas kalau boleh jangan lah eggresif sangat bawak bas tu. Tahulah pagi – pagi buta jalan kosong pun. Tak kesian ke kat mak bapak orang? Habis anak – anak orang cedera calar! Geram juga saya dengan segelintir pemandu bas ni. Pandulah dengan berhati – hati. Susah sangat ke nak ikut peraturan jalan raya? Teringat saya dengan 13 orang terkorban kes bas rempuh dan terbalik haritu. Kesian sangat. Habis anak – anak orang, menantu orang, suami orang, isteri orang. Bertimbang rasalah sikit.

Ramai orang suka naik bas, ingat tu. Bas ni mudah. Orang pandang bas ni sebagai penyelesai masalah. Bas ni memudahkan banyak perjalanan orang. Selain murah, bas ni cepat la sikit daripada keretapi untuk sampai ke destinasi. Tolong lah jangan hancurkan kepercayaan yang orang ramai bagi. Pegang elok – elok, pegang kejap – kejap dengan janji yang nak hantar penumpang semua ke destinasi yang dituju dan selamat berjumpa dengan keluarga masing - masing. Tolong pegang janji tu. Amanah!

3 comments:

  1. Like seriously atirah ??? semua selamat tak ???

    ReplyDelete
  2. semua selamat.. xda yang terkorban..

    ReplyDelete