Pagi ni saya bangun dan saya rasa sangat yang tekak ni dahaga dan kering! Saya memang tahu pun apa punca dia. Nak tahu? Asap rokok weh. Atirah cuti ni, jaga wan, jaga kucing, jaga rumah. Saya tidur kat rumah wan, siang datang balik rumah sendiri. Kiranya belah malam sajalah saya di rumah wan. Wan ni dia nak ada orang teman dia kat rumah. Dia sunyi dia kata. Lagipun wan bukan tahu dah buat kerja – kerja rumah ni selepas tok tak da. Air tumpah memang lah dia lap tapi bergetah. Dia lap sekali je, tak cuci. Biasalah. Baju dia pun, kita kena tolong basuh. Wan dah tak pandai guna mesin. Takpalah yang tu. Takda masalah sangat pun. Atirah bukan buat apa pun cuti ni. Boleh ja nak buat apa pun.
Wan ni kuat gila hisap rokok. Setiap masa rokok di jari! Berkotak – kotak sehari. Serius, banyak sangat. Wan perokok tegar. Rumah dia tak pernah tak ada bau asap rokok. Memang sangat sakit hidung bagi siapa yang tak biasa. Hari ni mungkin tahap yang sangat melampau bagi Atirah. Sakit tekak ni. Rumah penuh asap rokok. Dahla tingkap apa pun tak buka. Kadang – kadang tu nak marah pun ada. Tapi nak kata apa kan? Dah tak boleh berenti hisap rokok rasanya. Wan dah tua jadi rokok tu macam dah sebati dengan dia. Penat la fikir.
Tipu lah kalau saya cakap saya ok dengan keadaan tu. Tak pun! Saya sangat tak selesa. Tiap – tiap malam tak selesa. Tapi nak buat macam mana. Kalau saya tegur wan, dia mesti kecil hati. Dia memang macam tu, kalau nampak orang tutup hidung dengan baju ke dia dah kecil hati. Susah kan? Tu lah orang tua – tua ni. Kita kena jaga hati dia. Perangai diorang dah macam budak – budak balik. Manja, suka memerintah dan sensitif.
Asap rokok ni bahaya tu saja lah yang saya tahu. Orang kata orang yang hidu asap rokok tu lagi cepat mati dari orang yang hisap. Teruk kan? Saya ni macam mana. Saya muda lagi. Entahlah, penat fikir. Tak ada penyelesaian pun. Asap rokok tak hilang – hilang. Wan tidur pun tak betul. Dia bangun je, hisap rokok. Bangun je pegang rokok. Betul. Wan tak berapa tidur. Tapi dia mengantuk. Atirah tahu. Dia hisap rokok pun pejam mata. Kadang – kadang pegang ja rokok tu. Tak hisap. Habis abu rokok sana sini terbang. Esok pagi saya lah sakit mata.
Saya bukan nak mengeluh masalah wan kat sini. Cuma nak luah saja. Sebab, ada orang dia tak pernah alami benda ni. Pernah juga saya terfikir, patutlah ada orang tu dia hantar mak/bapak dia duduk rumah orang – orang tua. Kan? Mungkin diorang ada halangan tertentu. Kita tak tahu jadi kita takkan faham. Dulu, Atirah pun pernah kritik orang – orang yang hantar mak/bapak dia pergi situ. Hari ni dah tak buat macam tu. Dah tak boleh fikir dah. Rasanya, Atirah mula faham kenapa.
sabar ye tirah...
ReplyDeletemoge jd cucu yg solehah,,
heeeee
moge bebas dgn asap rokok...
uuuu...fham2...
hnye mmpun brsabar dn brtahan,
chaiyok!!!!
Terima kasih!! Insya Allah
ReplyDeleteTirah doa yang terbaik untuk nurul ea..
ReplyDelete