Cuba bayangkan dalam dunia ini, kita yang paling sempurna. Mesti seronok kan? Kita pandai, segak, kaya raya, kurus, pandai main muzik, pandai bersukan, pandai masak, dan semua yang kita impi kita dapat. Tak kiralah dalam bentuk apa pun. Setiap orang impian dia lain – lain. Tak semua orang suka kurus kan?
Kadang – kadang, setengah orang tu dia nak sangat tampak sempurna depan mata orang lain. Dia nak orang pandang dia bila dia berjalan, nak orang tegur dia, nak orang sokong dia, nak orang beri perhatian kat dia dan mungkin juga nak orang puji dia. Dalam dunia serba canggih sekarang tak mustahil untuk kita tampak sempurna belakang orang. Contohnya blog. Penulisan kita kat sini boleh bagitahu orang, kita ni orang macam mana. Pembaca kita boleh tahu macam – macam.
Dari blog pun ni boleh saja nak buat – buat nampak sempurna. Mereka cerita yang kita ni pandai itu ini. Kata kita ni sakit itu ini. Rupa kita macam itu ini. Kita belajar bidang itu ini. Rumah kita kat situ sini. Jumpa orang itu ini. Kerja kita itu ini. Senang saja. Orang bukan tahu kita ni siapa. Buat blog, letak nama macam – macam, letak gambar macam – macam, tulis macam – mcam, lepas tu claim itu hak kita. Percayalah, ada orang macam ni sekarang ini. Saya dah jumpa. Tolong jangan tanya siapa.
Bila fikir – fikir balik, bukan salah siapa – siapa pun dalam hal ni. Diri kita sendiri salah. Kenapa nak buat macam tu. Bagi saya itu menipu. Tiada sivik dan etika langsung. Diri sendiri tentukan nak jadi baik ke nak jadi tak baik. Kalau dah ambil gambar orang yang segak dan kata itu gambar kita, memang sah – sah la kita tu salah. Orang bijak pandai ni boleh tahu. Orang macam inilah akan dedahkan kita yang sebenar. Memang lah lepas tu blog tak laku macam dulu. Pembaca akan bercakap pasal tak puas hati, kecewa, kesal, tertipu dan sebagainya.
Ya mungkin juga dari situ penulis blog tu boleh tahu siapa baca blog dia dengan hati dan siapa baca blog dia pasal rupa. Tetapi itu sajalah faedahnya. Atau itu sajalah dia punya alasan kalau dia terkantoi nanti. Banyak lagi keburukan akibat menipu orang dalam dunia blog ni sebenarnya. Jangan ingat kita saja pandai dalam IT. Ramai kat luar tu lebih hebat dari kita. Mereke ni boleh kesan gambar kat mana kita ambil, boleh kesan server kita kat mana, macam – macam lah. Saya pun tak pandai benda – benda ni.
Senang saja nak kesan siapa yang menipu dalam dunia blog. Baca blog dia tengok hal - hal berikut:
- Gambar dia letak tu muka sekerat, teliti bentuk hidung, dahi, rambut mungkin berlainan dengan gambar lain.
- Dia mendakwa ada kebolehan bermain muzik, selalunya piano atau gitar
- Dia mendakwa dia sakit kanser, leukemia, dan lain – lain
- Dia mendakwa dia belajar di luar negara, nak elak menemu janji dengan blogger lain
- Dia mendakwa dia kacuk atau ibubapa bercerai atau anak tunggal
Kalau kita ni selalu baca blog, lagi mudah nak kesan penipu. Yelah, tiba – tiba rasa macam, “ish, dia ni perfect kot, semua dia ada, semua dia boleh”. Betul atau tidak? Saya perempuan, mungkin saya lagi cepat kot rasa curiga tu. Benda yang dia ada tu, semua saya nak. Siapa yang tak mahu jadi sempurna kan? Menipu orang lain bahawa kita sempurna pun boleh puas hati jugak.
Saya tak suruh kawan – kawan sekalian letak gambar banyak – banyak dalam blog. Cuma jangan ambil gambar orang lepas tu kata itu gambar kita sudah. Lagipun, blog ni bukan tempat jual muka. Menipu dalam blog adalah satu trend sekarang ini.
Bacaan lain :
Penyangak Siber