Sunday, August 21, 2011

Realiti rupa bentuk dinosaur

Dinosaur dah hidup dan wujud selama kira-kira 230 juta tahun yang lalu, lebih kuranglah. Menurut penyelidikan dari Universiti Colorado, asteroid raksasa yang melanda pantai Mexico 65 juta tahun lalu, menyerang dengan tenaga 100 juta megatons bom TNT, telah membakar semua dinosaur besar yang hidup masa itu dalam hanya beberapa jam. Dasyatkan? Ada juga teori lain kata dinosaur pupus kerana hujan meteor dan volcano. Jadi yang tertinggal hidup hanyalah yang berlindung di lubang atau di dalam air. Sebab itulah sekarang ada orang pamerkan tulang – tulang asli ini dalam muzium, dan kita agak bertuah untuk lihat dan tahu tentang satu ciptaan Tuhan yang agung ni. Sebenarnya dinosaur ini sungguh menakutkan.


Pernah tak tertanya, macam mana ahli arkeologi tahu bentuk dan rupa dinosaur? Dia orang bukannya hidup pun masa tu yang boleh tahu rupa dinosaur macam mana. Tetiba saya terfikir fasal ni masa sahur tadi. Betul ke rupa dinosaur yang kita tengok dalam TV tu? Betul ke warna oren, warna cokelat, warna kelabu ni?

Siapa percaya dengan kewujudan pengembara masa (time traveler)? Entah – entah ada time traveler kot pergi tengok zaman – zaman dulu lepas tu datang balik cerita kat kita? Macam lawak ja. FYI saya tak percaya pun benda tu ada.

Ada yang kata, kita perlu belajar sikit mengenai ‘fossils and science of comparative anatomy’.Dah banyak rangka yang lengkap telah dijumpai tapi sebenarnya kita tidak perlu satu set rangka lengkap untuk membentuk rangka itu kelihatan seperti seekor dinosaur yang kita nampak sekarang ni. Pakar modelling atau pakar pembentukan semula yang mahir boleh ambil tengkorak atau tulang rahang ke rusuk ke, untuk membina semula satu bentuk daging dengan cukup baik.

Ini juga cara yang sama digunakan oleh saintis forensik yang membolehkan diorang ‘membina’ semula wajah orang – orang yang mati tanpa identiti. Mereka tahu di mana ligamen, tisu dan otot yang melekat ke tulang. Saiz dan bentuk tulang dapat beri ramalan tentang berapa berat dinosaur tu. Dan sudah tentu kalau macam inilah ceritanya, warna – warna dinosaur tu adalah sangkaan dan tekaan semata-mata. Tapi ada juga tulang dinosaur yang ditemui bersama sedikit jejak bulu di sekitar tulang. Tapi setengah kes sajalah, bukan semua. Semua bulu yang ada pada dinosaur reput tanpa jejak.

Bayangkan kalau dinosaur masih ada sampai sekarang? Mungkin kita tak hidup, tak ada kereta, tak ada KLCC, tak ada internet, tak ada blog, tak ada Samsung Galaxy Tab. Kucing, arnab, lembu, kerbau, kambing semua kena makan dengan dinosaur. Manusia mungkin sikit saja yang tinggal. Wallahualam.

p/s: Berapa hari lagi nak raya? Cepatnya!!! Korang jangan seronok main mercun sangat, malang tak berbau. Nauzubillah, nanti tak raya pula. Jaga diri semua =)

1 comment:

  1. ok awak pun jaga diri baik-baik macam mana betuk dinosaur tu kita tak tahu pun tapi orang buat ada betul nak tahu tunggu sampai kita mati baru lah kita tahu bentuk dinosaur salam dari saya

    ReplyDelete