Sunday, August 14, 2011

Keburukan tidur selepas makan sahur

Ok, tajuk dah jelas sangat kan? Ini entri yang sangat ringkas dan padat!

Tidur selepas makan sahur (ataupun lepas makan) akan menyebabkan:

  1. Makanan yang kita makan tu berbalik balik ke arah atas (kerongkong) , anda mugkin akan muntah
  2. Tekanan ke atas diafragma anda. Jadi berdengkur mugkin berlaku. Berdengkur macam tak nampak bahaya, tapi ia boleh bawa kita ke komplikasi yang lebih serius seperti sakit jantung
  3. Ia juga membawa kepada kegemukan kerana berat badan tetap akan bertambah walaupun anda berpuasa diwaktu siang
  4. Anda akan susah nak tidur kerana perut penuh atau terlalu kenyang
  5. Kenaikan dan kebuncitan perut berlaku dengan cepat (ini paling keji jyeah!)

Jika anda terasa sangat mengantuk selepas makan, adalah lebih baik kita cuba beberapa cara sihat tidur selepas sahur, iaitu:
1. Tidur selepas 1 hingga 2 jam makan (selepas Subuh baru tidur)
2. Tidur atas bantal kepala yang tinggi
3. Tidur bersandar (itu cara saya!!)

Mesti ramai kan yang tidur lepas sahur? Mulanya niat nak tidur sekejap, tapi terlajak tidur pula. Kadang - kadang tu, makan sahur pun sikit saja sebab nak kejar sambung tidur. Betul tak? Aaaah saya tahu! Jadi jom kita cuba ubah. Itu saja kali ni, selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat. Assalamualaikum!

Rujukan :  Sini dan sini

1 comment: