Sunday, August 7, 2011

Basuh, bancuh, cucuh

Saya seronok guna perkataan ni bila bercakap. Kadang – kadang boleh jadi ‘ambiguity’bila orang lain dengar. Saya rasa saya nak kongsi tiga perkataan ini kali ni. Saja, saya asyik sangat guna perkataan ni bila cakap dengan keluarga kebelakangan ni. Macam lawak pun ada bila dengar balik. Bagi saya lawaklah, sebab saya ada cerita di sebalik benda ni. Lagi lawak bila irama belakang tu sama.

Basuh

Maksud : Bebel, brainwash
Contoh : Habis lah dia, balik ni kena basuh dengan mak dia sampai putih..

Bancuh

Maksud : memanipulasikan, mengubah, menokok tambah
Contoh :
A : Kenapa marah – marah tak tentu pasai ni?
B: Tak payah duk buat – buat tak tau lah. Aku dah tahu, hang pengkhianat tu!
A: Bila masa pulak…?
C: Sudahlah, jom. Tunggu bagi dia tenang dulu. Aku rasa ada orang dah bancuh dia untuk benci hang.

Cucuh

Maksud: Hasut (seperti menuang minyak gas pada api kehkeh)
Contoh : Boleh dak jangan duk cucuh mak aku supaya dia bagi geran tanah tu kat hang??

Saya sengaja guna loghat Kedah dalam contoh - contoh di atas. Mungkin bukan orang Kedah pun guna perkataan - perkataan ni. Saya rasa perkataan “basuh” ramai saja yang guna. Perasan sesuatu tak? Malam – malam di bulan puasa ni kejap ja dah pukul 10. Asal buka laptop saja, jam dah pukul 10 lebih. Lepas tu, lewat lah tidur dek leka dengan internet. Nak bangun sahur pun rasa susah. Apa nak jadi ni…tsk tsk..

5 comments:

  1. Penglipur lara, Cermin Kehidupan & Yelahtu...tak nak komen ke?

    ReplyDelete
  2. Syukur kehadrat Allah s.w.t telah kurniakan kehidupan yang tenang dan bahagia kepada orang orang yang kamu benci tetapi sebaliknya kehidupan kamu semua tidak tenang dan tidak tenteram dan tidak bahagia kerana setiap hari asyik dok teringatkan orang orang yang kamu benci itu asyik dok fikir apa lagi nak di kutuk. Keadaan dirumah kamu jadi panas dan asyik menggelupoq tak tentu arah selagi tidak mencerca dan kutuk orang orang yang kamu benci hidup dalam kebahagiaan tu…. Semua pengunjung blog ini rasa nya dapat menilai siapa yang suka memulakan ‘spark’ dan menghina. Adalah lebih baik kamu ‘basuh’ ..basuh tangan kamu dan mulalah ‘bancuh’ bancuh kuih dan lepas tu ‘cucuh’ ..cucuh dapur untuk bakar kuih pantat….ooooppss bantat….. kamu memang terdiri dari golongan orang orang yang suka bansuh, bancuh dan cucuh….hebat hebat memang hebat….. tak jelas lagi ke???
    Kamu tu baru setahun jagung…jagung muda tapi bulu jagung dan jadi bulu jagung yang nak buat benih tu….. Insaf lah ..jangan asyik nak cari sengketa saja.. bawa bawa lah buat perkara yang bermanafaat …
    Maaf lah ya kalau menyinggung kamu semua & Bubba, Bubbu, Babbi @ penasihat ...

    Bila orang diam kamu pula melebih lebih... kamu yang penasaran orang di benci tetap bahagia....

    ReplyDelete
  3. Mai mana cerita pasal benci bahagia ni? Lari kot dari topik entri ni. Woi hang tak puasa ka? Tolong jgn mencarut kat blog aku!

    ReplyDelete
  4. Atirah...
    nampaknya umpan dah mengena!

    ReplyDelete
  5. Hmm.. dia panas dan mengelupoq bila tak baca belog ni dia tak sebut plakk..

    ReplyDelete