Tuesday, August 2, 2011

Belajar dari kesilapan lalu

Syukur pada Tuhan, saya diberi masa dan peluang untuk berfikir dan bertafakkur. Saya mula menilai diri sendiri, menilai tindak – tanduk saya bila orang mula menegur. Rupa – rupanya kan, ada baik dan buruknya bila kita tulis blog ni.

Selepas saya blogwalk ke rata – rata blog lain, saya nampak ramai penulis blog yang lain rasa macam mana saya rasa. Cuma saya baru rasa. Sebab tu lah rasa macam pelik bila ada makcik - makcik mula menyampah dengan entri peribadi kat sini. Saya mengaku, semua itu memang salah diri saya. Inilah keburukan blog. Ada masanya blog boleh jadi tempat kita kaut dosa tanpa kita sedar.

Nita kita Tuhan saja yang tahu. Adakalanya kita tak berniat pun nak riak, nak sombong nak mengutuk orang atau nak menayang. Tapi serius wa cakap lu, kalau orang tu dah tak suka pada kita, apa kita buat pun dia tetap pandang serong. Memang dahulu saya ada buat salah. Saya tak layak nak hukum orang. Saya minta maaf dari dulu lagi. Jangan sengaja cari salah saya boleh tak?

Blog ni jadi bagus bila kita guna untuk kongsi benda ilmiah dan benda bermanfaat. Ada juga yang kongsi minat tentang kehidupan, politik, hiburan, agama dan teknologi dalam blog. Suka hati lah nak tulis apa pun. Ikut kreativiti masing – masing lah bila kita nak sampaikan mesej - mesej tertentu pada pembaca.

Petikan dari blog Sha, dia kata, ”kebanyakan manusia hanya tahu menilai kesalahan tanpa mahu tahu kenapa dia berbuat begitu”. Betul sangat. Orang tak tahu masalah kita, tapi orang suka buat – buat tahu. Orang jahat ada di mana – mana. Selalu tak puas hati. Ego tinggi. Pantang tengok orang senang. Enggan maafkan orang lain.

Saya mengaku dan sedar, ada entri kat sini telah menguris hati dan perasaan sesetengah pihak di masa dulu. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Saya minta maaf sangat – sangat. Tanpa fikir panjang saya tulis benda ikut suka suki je. Ada juga saya tulis entri for fun. Nasib ada maklong maklang makling yang menegur. Semua tu untuk kebaikan diri saya juga. Saya nak jadi seperti Joe, bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis. Tuju pada diri, tuju pada semua yang baca. Minta maaf sekali lagi semua.

Salam Ramadhan Al Mubarak <3

10 comments:

  1. Selalunya apabila semua perkara buruk orang lain yang tidak benar yang kita dan keluarga kita heboh hebahkan itu Allah balikan semula kepada kita dan keluarga kita dan sebenarnya keluarga kitalah yang melakukan segala tuduhan yang dilemparkan kepada orang orang yang dituduh itu..maka baru lah kita sedar dan rasa malu dan baru kita tahu siapa sebenarkan menyebarkan tomahan. Segala kebenaran telah ditunjukan oleh Allah dan tersingkaplah siapa benar siapa salah..siapa baik dan siapa jahat. Syukur kepada Allah kerana telah menunjukan kebenaran AMIN !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Atirah....saya sentiasa membaca tulisan awak. Saya rasa cermin kehidupan, penglipur lara dan yelahtu adalah orang yang sama yang tidak puas hati terhadap awak. Kalau berani, datang lah sendiri jumpa awak..kan senang, tak perlu meluahkan perasaan kat sini. Bulan Ramadhan ni eloklah berbaik sangka yer.... Minta maaf, cuma ingin nasihat yelahtu..

    ReplyDelete
  3. Yelahtu aka Eyda Zamberi...oops...Hjh

    ReplyDelete
  4. @yelahtu: Aminn! Baguslah kalau masing2 tahu yang Allah akan balas setiap perbuatan kita pada orang. Entri ni entri minta maaf. Cepatnya awak melatah. Betullah org kata kan, kalau org dah tak suka pada kita, kita buat apa pun dia pandang serong. Entri ni tentang saya minta maaf. Perlu ke pandang serong, perlu ke bersorak? At least saya sedar, saya tak selalu betul. Pandang serong pada org yang tak pernah mengaku salah tu. Susah? Kalau itu pun tak boleh buat, sapa suruh susah payah fikirkan masalah orang? Seronok sgt baca blog Tirah sanggup bukak pagi2 pukul 8 baca blog ni. Kenapa baca blog Tirah kalau bencikan kami kalau kami yang jahat? Rindu sangat kot nak lihat dan ambil tahu cara kami hidup. Suuudahlah. Tak penat ke? Dulu orang nak bincang elok2, even bncg dlm Fb, korang block, tutup habes akaun, lari lintang pukang. Kau orang yg stop/tarik diri/sembunyi/lari dari berbincang, dan sekarang korang kembali nak buat2 bincang? Gigih gila. Saya dah tak mau ambil tau dah skrg, tak payah la duk update- kan saya dgn cara mcm ini. Jgn buat semak blog org. I hate to be rude. I’m so sorry. I dont care what you think now. Thanks so much, you made my blog famous….among your kind.

    @Bubba : Saya sudah tahu.. well you know…barking dog seldom bite.

    ReplyDelete
  5. Siapa yang melatah sebenarnya comment yelahtu diatas tak sebut nama siapa siapa pun..kenapa harus marah. Di dunia ini memang masih ada lagi manusia yang tak sedar diri dan tak serik serik dengan apa yang telah di tunjukan oleh Tuhan tentang kesilapan diri sendiri, mereka sering menegakkan kebenaran mereka dengan tetap menceritakan kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan dan kelemahan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang sebenarnya mereka telah lakukan selama ini. Bila Tuhan dah balikkan balik kepada kita semua tomahan dan cercaan yang telah kita kata terhadap orang lain maka sedarnya dan insaf lah patutnya ini tidak, makin menegak mendabik dada dengan sombongnya dan ego serta tidak boleh terima kenyataan bahawa tuhan dah balas segala perbuatan kita.

    ReplyDelete
  6. Tirah... cuba ambik pendekatan ini. "ada mata pandang... ada telinga dengar..... ada mulut diam" mesti OK nyer

    ReplyDelete
  7. Baiklah mak long mak lang mak ling. You right, I'm wrong. LOL..

    ReplyDelete
  8. @Lepak : Hahaha mcm ok jer. And yeah, tell that to the them too.. =D

    ReplyDelete
  9. Lepak > Shut your mouth too.

    ReplyDelete
  10. Org mtak maaf pun ada org sbut2 psal dabik dada?????? Sumpah, statement plg buduh aq dgr tahun ni.. wht an idiot..

    ReplyDelete