Thursday, July 21, 2011

Kenapalah bayar bil lebih?

Hari ini untuk kali pertamanya saya pergi bayar bil sebab bapak suruh. Dia kata dia tak sempat nak pergi. Seronok jugak naik motor keluar jalan – jalan pagi pagi ni. Orang lain kan sibuk pergi kerja, jadi jalan taklah sibuk sangat.

Dah ambil nombor tu tunggu la sampai giliran saya. Duduk depan cashier tu, dia pun kata “RM57.60 cik”. Atirah bilang dan hulur duit kat dia. Dia cakap “lima puluh tujuh ringgit enam puluh sen”, saya hanya angguk. Lepas tu dia hulur balik RM11. Rupa – rupanya, tadi saya hulur kat dia RM71.

Saya sungguh malu, rasa sangat pekak dan bodoh kat situ. Kenapa bagi RM71? Saya rasa saya nampak macam RM70.60 dalam surat bil tu. Saya nak senangkan kerja dia, tapi terlebih bagi duit pula. Sebenarnya, saya dah lama tinggalkan matematik. Mungkin saya salah kira. Otak dah tak cekap mengira. Belajar bahasa mana ada subjek matematik. Lagipun, Atirah tak suka nombor.

Lagi satu, saya hairan bila tengok pak guard kat situ duduk senget letak tangan dalam laci. Saya usyar lagi. Ingatkan dia tengah bermesej, rupanya tengah selak – selak Al- quran. Dia tengah baca kot. Pak guard tu nampak muda, umur dalam 25 macam tulah. Bagus kan dia? Saya kagum dan saya puji orang macam tu.

Memang la dia baca sembunyi – sembunyi. Kalau baca terang – terangan nanti orang kata dia nak tunjuk alim pula, mungkin juga orang akan kata dia tak sungguh – sungguh bekerja. Kalau keadaan kat situ terkawal dia bebas la nak buat apa pun. Lagipun dia bukan tinggalkan tempat tu dan pergi tempat lain. Dia tak buang masa dengan duduk saja. Dia kumpul pahala tu. Dia mahu sentiasa diberkati. Got to live like there’s no tomorrow man!

OK, apa yang saya belajar hari ni adalah, jangan anggap kita sentiasa akan nampak sempurna bila di depan orang dan kalau boleh sentiasa cuba dekatkan diri dengan Tuhan walau kat mana pun kita berada. Tuju pada diri, tuju pada semua, assalamualaikum!

11 comments:

  1. waa~ bagusnya laki tue...sukasukasuka~ hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ewahhhh... dah masuk U buat lupa kira kira lak ahakksss......

    ReplyDelete
  3. fuyoo trah... nk g merisik p.guard tu bolh x??? :)

    ReplyDelete
  4. @lovelyfriends : yaaaa....saya sangat terukkkkk huhuhu =( I must change..

    ReplyDelete
  5. @sisElyadeja : haih mana buleh.. kita muda sangat ni.. kehkehkeh =D

    ReplyDelete
  6. like this post...hhahhaha...xkn kowt tirah x suka math????mcm x caya ja...heheh...

    ReplyDelete
  7. LOL Fizz, betul laa.. I kureng dgn math ni.

    ReplyDelete
  8. biasa la sekali sekala tersilap.. kite pun pernah jugak. malu la. haha~

    ReplyDelete