Sunday, March 13, 2011

Malas nak keluar

Banyak kawan – kawan ajak saya keluar jalan – jalan sekitar KL. Mula – mula memang rasa macam nak. Bila fikir balik, susahnya kalau saya keluar. Kalau orang yang rapat dengan saya, dia orang tahulah, saya ni bukan jenis yang keluar sangat. Maksudnya saya kurang keluar bersiar – siar. Sangat malas, benda tu sangat menyusahkan. Kalau pasal benda macam ni, keluarga sayalah yang sangat memahami.

Saya nampak dengan jelas, yang orang tua saya, tak risau bila dia orang dapat tahu saya samabung belajar kat kawasan dekat KL. Dia orang tahu, anak dia orang bukan jenis merayap. Setengah ibubapa sangat risau bila anak dia belajar jauh – jauh. Yelah, anak dia orang suka merayap. Bahaya jugak kadang – kadang. Saya jenis yang tak buat mak bapak saya risau =)

Bila orang dah ajak, susah sangat nak kata “tak mahu” pada ajakan tersebut? Bila kata “takpa lah, nanti fikir dulu” orang anggap itu dah janji. Atirah nak jaga hati sebenarnya. Ini bukan nak elak. Ini memang tak mahu. Tak mahu sebab malas. Malas nak bersiap, malas nak jalan, malas nak tunggu, malas nak keluarkan duit, malas nak solat merata- rata, semua malas. Kalau duduk bilik saja sepanjang hari, hanya keluar turun makan je takda masalah pun bagi saya. Orang lain tak tahulah, saya boleh je hidup macam tu.

Faktor yang buat saya tak suka keluar bersiar:

  • Malas nak bersiap, pilih baju apa nak pakai, pakai dengan tudung mana, kasut apa, stoking, jam tangan, bawak beg tangan, bedak compact, lip gloss, minyak wangi, sanitizer semua tu. (because I’m a girl)
  • Terpaksa solat merata tempat, dengan orang yang ramai, anak kawan tu jerit menangis segala bagai, telekung surau busuk kotor mereput.
  • Duit lagi. Belanja macam buka paip air.
  • Kena guna kenderaan awam. Beratur beli tiket, masalah orang jual tiket tu tak ada duit kecil lah, tak ada syiling lah, benci betul. Kalau saya ada kereta nanti, saya harap saya takkan keluar selalu. Tol lagi nanti. 
  • Terjumpa budak sekampus atau sekelas, memang lah tak tahu nak buat apa. Kalau jumpa budak perempuan sekelas, mungkin saya tegur, jumpa budak lelaki sekelas, tak tahu nak tegur ke tak. Sangat malu nak mula.
  • Fikir tentang banyaknya masa weekend saya sudah terbuang akibat bersiar – siar. Kalau duk kat bilik, boleh main games, buka internet, bancuh ovaltine crunchy, tengok movie,buat kerja, tidur petang, main badminton, pergi library usha budak international, semuanya menyeronokkan dan menghilangkan tekanan.

Sebenarnya, keseronokkan saya mungkin bukan keseronokkan bagi anda. Saya hidup begini. Sangat sederhana. Saya suka macam ni. Lebih tenang. Lebih baik. Lebih kurang keburukan, insya Allah. Kalau saya keluar, solat saya mungkin tak sempurna, saya tergesa – gesa, saya tak betul – betul bersih. Perempuan ni kena teliti sikit. Baju kotor tak, stoking kotor tak, telekung satu hal jugak. Kena touch – up bedak balik, pakai tudung dengan kemas, mata kena segar, semua benda lah. Renyah weh. Lebih baik tak payah keluar.

P/S: Saya bukan timid. Saya hanya malas.

No comments:

Post a Comment