Saturday, March 31, 2012

Kunyah lah 40 kali dulu

Atirah nak tulis pendek - pendek je ni. Tajuk post kali ni sangat jelas. Kunyah sebanyak 40 kali tu kan amalan Nabi Muhammad? Sebenarnya, ada banyak kebaikan kalau kita kunyah bagi lumat -lumat dulu baru telan.
Ada satu buku, ditulis oleh orang Jepun, published tahun lepas. Dia ada buat kajian. Dia kata mulut kita akan mengeluarkan sejenis enzyme yang tak mungkin jumpa kat mana - mana kalau kita kunyah sebanyak 40 kali. Dalam kunyahan yang ke 30 enzyme tu akan keluar. Dari kunyahan yang ke 40 dan lebih, enzyme tu akan menjadi lebih banyak dan kuat. Enzyme tu berkuasa melawan serangan cancer.
Hebat kan? Tunggu apa lagi. Kalau makan nanti kunyahlah sebanyak 40 kali. Setiap apa yang Nabi kita pesan tu sebenarnya sangat lah berguna.  Lagi satu, ini sebenarnya mangajar kita supaya lebih sopan dan sabar bila menjamah makanan.

p/s: kunyah chewing gum tu tak tau la enzyme ada ke tak -_-

Nak ambil kesempatan untuk share gambar menarik ni. Semua orang dan warga yu ai eh jemputla datang =)

Tuesday, March 13, 2012

Kita dan jin selalu berselisih..cuma tak nampak je

BIODATA MUSUH KITA
Nama: Iblis
Tempat kediaman: Hati yang lalai, tempat maksiat, tempat yang kotor.
Keluarga: Jin, syaitan dan taghut
Tempat kembali: Neraka Jahanman
Pangkat: Fasik kelas atas
Agama: Kufr
Tugas: Profesor dah pengarah bagi orang yang menyesatkan hamba Allah
Kerja: Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan
Tempoh berkhidmat: Sehingga hari kiamat
Pakaian: Pakaian yang tidak menutup aurat
Pasangan hidup: Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang
Sumber rezeki: Harta yang haram
Cita- cita: Mengkafirkan semua manusia
Benda yang menyedihkan baginya: Banyak bersujud kepada Allah
Makanan: Daging bangkai (mengumpat)
[Rujukan dari buku Dato’ Hj. Ismail Kamus]

Malam ni nak cerita sedikit sebanyak tentang jin. Percaya pada benda – benda ni tak, ke ia hanya satu kepercayaan dalam masyarakat Melayu? Kat TV berlambak gila cerita yang berkaitan dengan makhluk Allah ni.

Saya pun tak tahu banyak sangat tentang jin, tapi saya percaya. Berapa orang kat sini yang pernah alami kena tindih masa tidur? Ustaz saya cakap, ini memang perbuatan jin. Rasa kena tindih ni maksudnya, kita tak boleh nak bangun dari katil, tapi kita sedar(buka mata dah). Badan rasa berat sangat nak bangun. Nak bersuara pun tak boleh. Nak baca bissmillah pun tak keluar. Saya pernah alami benda ni. Orang – orang sains kata ini adalah sleep paralyzed.

Jadi, jangan tidur waktu – waktu ini;
  1. Selepas asar
  2. Ketika matahari naik dan ketika matahari terbit

Perempuan kalau boleh jangan tidur terlentang (kepala melihat atas). Ustaz Kabuye kata, “Jins can take advantage on you”. Bagi orang lelaki, jangan tidur dalam keadaan kelapa di bawah (meniarap). Sebelum tidur, pagar diri dengan membaca Al - Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul tu disertakan dengan doa tidur. Yakin Allah melindungi kita.

Satu lagi, orang – orang yang duk asrama suka buat megi kan, lepas tu selalu tapis tuang air panas dalam sinki atau toilet bowl. Atau pun bila nak basuk pinggan yang berminyak selalu je pergi ke water cooler ambil air panas, lepas tu tuang dalam sinki, kan? Sebenarnya bahaya buat macam tu. Bahaya di sini bukan yang kita nampak..sinki dan toilet bowl ni tempat bagi jin – jin. Jangan cari pasal.

Jadi cara untuk mengelak ‘membunuh dan melecurkan’ jin - jin yang mendiami tempat – tempat tu, digalakkan kita membaca “a ‘uzubillahi minassyaiton nirrajim” dulu sebelum tuang air panas.

Masa maghrib masuk, adalah lebih baik jika kita duduk dalam rumah, tutup pintu dan tingkap, dan tutup makanan minuman kita. Ini semua kerana nak elak daripada jin - jin yang lari cari tempat pesembunyian masa azan. Kalau diaorang ni sembunyi dalam air kopi kita yang tak ditutup, lepas tu kita minum, habislah diaorang beranak pinak dalam badan tu sampai kita malas(berat) nak beribadat dan mungkin akan memudaratkan kita. Nauzubillah. Cara nak elak, bacalah doa dulu sebelum minum.

Dari Jabir r.a katanya: "Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi tak ingat pulak bila nak menaip. Atirah ni teruk betul. Yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri yang lemah. Kalau ada nak kongsi pengalaman, tinggallah kat ruangan komen entri ni, insya Allah saya akan baca dan balas.

p/s: Baru tahu juga nih, tak hilang dara seorang perempuan itu jika dia disetubuhi oleh jin..wallahualam

Monday, March 12, 2012

Isteri...

Okey, bersedia. Isu panas ni.

Wahai kaum wanita sekalian, lepas belajar dan menikah, kamu nak jadi fulltime housewife ke career woman?

Jawab dalam hati je.Saya ada dua penjelasan/jawapan, dan mungkin kauorang akan suka dan mungkin juga tak suka.

Jadi suri rumah sepenuh masa
Saya mahu jaga makan minum suami dan anak – anak saya sendiri. Saya taknak cari bibik. Saya nak saya sendiri yang mendidik dan mengasuh anak – anak saya. Saya nak saya sendiri yang basuh, lipat, sidai dan serika baju suami saya. Jadi kenapa saya belajar tinggi – tinggi? Saya boleh didik anak- anak saya baca Quran dengan betul dan saya boleh tolong diaorang siapkan kerja – kerja sekolah yang rumit. Saya boleh juga ajar anak – anak jiran saya nanti. Kan dapat pahala tu.

Jadi wanita berkerjaya
Saya nak cari pegang duit sendiri. Kalau suami saja yang ada gaji, nanti saya membebankan dia pula. Dia nak jaga mak ayah dia lagi, dan juga akan jaga adik atau kakak dia lagi (jika ada). Lagi satu, saya kena ada backup plan juga, kalau jadi apa – apa pada rumah tangga saya, saya taklah terkontang- kanting, dengan takda duit sendiri dan umur sudah terlalu tua untuk mencari kerja baru. Saya bukan berdoa, tapi dalam dunia ni, nobody can guarantees anything. Saya pun ada mak ayah nak kena jaga. Saya juga mahu berbakti kepada mak ayah saya, hantar diaorang duit setiap bulan hasil titik peluh saya.

Okey. Saya taknak paksa sapa – sapa pilih mana – mana antara dua tu. Kita fikir sendiri lah, ikut logik masing – masing. Apa yang saya tulis tu, semuanya pandangan saya dan orang lain. Saya tanya kak – kak senior, saya tanya diri saya. Semua orang ada pandangan berbeza.

Ada sorang akak tu cakap, susah kalau minta duit kat suami zaman sekarang. Contohnya dia kata“bila akak nak beli barang emas buat anak perempuan akak, kalau minta duit kat suami, dia cakap “tak payahlah, diaorang bukan perlu pun”. Lepas tu bila hari – hari raya datang, akak lah yang emo, tengok anak – anak saudara semua cantik berhias, anak kita tak. Akak bukan apa, akak nak bagi apa yang akak dapat waktu kecik dulu kat anak akak juga”.

Ada juga sorang akak tu cakap, “duk kat rumah jaga suami dan anak, akan menjamin kebahagiaan rumah tangga kita. Dan kita taklah buat dosa banyak nanti. Duk kat luar kan, kita cenderung nak mengumpat, berhias berlebihan, menayang harta benda dan sebagainya”.

Tuju pada diri pada semua tak kira lelaki atau perempuan, fikir – fikir lah.

Thursday, March 1, 2012

Don't sleep too much if you don't need it

Students get tired a lot right? I met so many people that sleep after attending classes. They will say “Arrhhhh nak balik tidur lah” for so many times. They’ll just return to their rooms and go to bed without even taking lunch.

To be truth, I am preventing myself from sleeping too much this semester. I hate fluffy face. So, that’s my reason.

Got online today, in the library, I typed “is too much sleep harmful” in the search engine. And I read, read and read site by sites. Then I got shocked, mumbled alone, freaked out like crazy. I was like “this can’t be serious??!!”

Now let me tell you. Please allow me to spread the knowledge. If any of you wake up tired after sleeping for 8 hours or longer, more sleep is NOT what you need. Unless if you're stress or suffering diabetes.

In fact excessive sleep is actually another form of insomnia. Yes it is, because you're not achieving the right kind of rest. This is why you find it so heavy to get up, or sometimes you have problems with sleepiness during the day.

Oversleeping once in a while doesn't present serious health risks, those experts/researchers say.

But if you habitually sleep excessively, it could be the result of an underlying health problem. And it could be CUTTING into your life span. Does that come to your senses?

And ultimately, researchers warn, getting the WRONG amount of sleep increases mental and physical decline and can even lead to early death. (Well I'd say, death is in the hands of God)

Getting too much sleep, meaning, more than 8 hours a night, also appears to be linked to SPEEDING the brain’s aging process. This might be a problem if you are a STUDENT and YOUNG.

Why so many uppercased words here? I’m not shouting, I’m emphasizing it. You probably don’t care about this, because you enjoy your sleep so much. But I just, find it a bit shocking. Some will say don’t trust everything from the internet. But I think this is true.

They said too little sleep and too much sleep, are both harmful. Go read more to your heart’s content. And think twice. Wassalam.
Thanks Google Image

p/s: Sleeping after Asar is very bad...it'll make you crazy, literally.

References: Here, and here