Saturday, October 22, 2011

Tak perlulah marah

Okey saya ada cerita. Tetiba saya rasa geram gila dengan seorang senior dari sekolah lama saya. Semester lepas saya senyum kat dia, dia tak senyum balik. Lepas tu cuti semester lima bulan ada rumah terbuka teacher, saya jumpa dia kat sana. Tapi kat rumah teacher okey saja perangai dia. Saya senyum dia senyum balik. Saya salam dengan dia, kami boleh je bual baik – baik.

Saya pun tukar pendangan saya tentang dia sejak terserempak dengan dia di rumah techer haritu. Saya ingat dia dah berubah. Harini ternampak dia depan kafe makan, saya pun senyum, dan saya nampak dia lihat mata saya. Tapi dia LOOKED AWAY, tak balas senyum pun cik oi. Ingatkan dia ni seorang yang jenis balas senyum.

Sumpah sombong. Macam lah tak pernah kenal. Kita pernah sembang salam bagai. Gosh, irritating betul. Tahulah dia budak **** pun. Tak perlu lah bangga sangat. Memang saya emo habis. Saya ni punya lah nak buat baik kat dia, senyum tapi dia buat tak tahu saja. Kesian kan saya?

Bila balik bilik, saya pun fikir benda ni sorang – sorang. Saya cerita kat kawan – kawan betapa marahnya saya. Tapi bila saya fikir balik…perlu ke nak marah? Kenapa nak marah sangat? Suka hati dialah nak senyum balik ke tak? Kau senyum tanda sedekah bukan? Perlu ke orang tu balas balik?

Okey, sekarang saya rasa macam saya tak patut marah kat dia. Senyum ke tak nak senyum ke kau punya pasal. Tapi ego ni kan? Lepas ni malas lah nak senyum kat dia. Buang tenaga je.

Aaaahh Atirah memang teruk. Tak perlu marah – marah rasanya. Kita buat hal kita sudah. Teringat saya dengan pesanan kawan saya jurusan Bahasa Arab, dia pesan, biarlah orang buat tak elok kat kita, selagi mampu, kita buat baik saja dengan dia, kita tak rugi pun. Saya harap saya senyum dengan ikhlas.

“If the world was ours, we would have it all. But the life we live isn’t so simplistic, you just don’t get what you want” - Halfway There by Big Time Rush

7 comments:

  1. rasa mcm kak diej pnah ckp la...hehehehe
    x perlu marah n jom blajar ikhlaskn hati...
    smile...=)

    ReplyDelete
  2. Hehe betul! Yg penting cari ikhlas tu =) Tq for advicing

    ReplyDelete
  3. pernah alami juga...normal la,manusia ni kan macam2 ragam..cerita pasal marah teringat hadis,ada sahabat minta nasihat dari Rasullah then Rasullah jawab'jgn marah' sbyk 3x
    =)

    ReplyDelete
  4. Haza sohih? Kalau lebih dari 3 kali kita senyum dan dia masih tak balas, kita boleh marah dia ek? Tp kes saya mmg dah lebih 3 kali pon. So, boleh kutuk dia lagi la lepas ni wakakaka, anyway thanks for sharing the hadis =)

    ReplyDelete
  5. mungkin beleh rujuk buku hadis 40,hadis yang ke-16...untuk kefahaman yg lbh.
    =)

    ReplyDelete
  6. satu perkara yang harus kita ambil kira, tidak semua orang di dunia ini sukakan kita, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang tak suka dan ada yang mahu menyakiti baginda inikan pula kita insan biasa, jadi jika orang tidak balas senyuman yang diberi janganlah di kutuk ada lebih baik doakan kesejahteraan mereka dapat juga pahala..

    ReplyDelete
  7. skrg krgnya kita sedar kita x perlu marah..mana ada kutuk sapa2 kat sini, ni hanya reflection mgenai org yg xbls snyum.. =)

    ReplyDelete