Saturday, May 28, 2011

Kucing punya pasal

Saya sangat sukakan kucing. Tak kiralah American short hair ke, local ke, Persian ke. Kami satu keluarga memang lama dah membela kucing. Kebanyakkannya kucing local saja. Bukan kucing mahal tu. Tapi kucing kami ni boleh dikatakan cantik la jugak. Kami bela juga yang tak cantik pun, kesian punya pasal.
Nama dia Myvi kekeke

Kucing kami yang betina ni memang kerap beranak. Anak – anak dia banyak, lepas tu tak semua kami bela. Ada yang liar dan hidup sendiri. Lepas tu kucing – kucing kami ni jinak dan manja. Suka lepak ramai – ramai.

Jiran ada jugak datang merungut kat mama kata kucing kami ni suka berak dalam pasu la, suka tidur atas kereta diaorang la. Macam – macam. Orang keliling marah. Tak semua orang suka kucing. Kami kena mengalah, majoriti kat sini tak suka kucing. Mama memang ambil hati lama dah, tapi nak kata apa. Kami tak boleh kawal kucing – kucing ni.

Kes kucing kami beranak kat rumah diaorang pun jadi isu jugak. Mama pergi cari kotak, sediakan untuk kucing kami, dah kucing tu yang pilih untuk beranak kat rumah orang, kami boleh buat apa? Minta maaf maaf la. Ini bukan dalam kawalan kami.

Orang complain kat kami sebab kami yang membela dan ‘menternak’. Kucing – kucing pun bukannya ada akal, boleh fikir macam manusia. Kucing ni kita katalah apa pun, kucing bukan faham. Ada juga jiran yang suka kucing, diaorang cerita kat kami, kadang – kadang pelajar – pelajar politeknik kat sini serang kucing kami. Ada orang tuang air panas kat kucing, saya tak tahu la betul ke tak.

Saya tak salahkan jiran kat sini. Saya faham. Mungkin ada yang alah dengan bulu kucing, geli ke, takut ke, saya faham. Kami minta maaf semua! Kami tak kawal kucing – kucing ni. Satu saja saya minta, jangan sakiti binatang mamalia berbulu yang tak berakal ni. Kesian kan kat kucing – kucing. Nak pukul pun, acah – acah buat bunyi – bunyian saja, jangan bagi kena badan dia. Sakit wo!

Sekarang kami semua dah setuju nak hantar separuh kucing – kucing kami pergi rumah tok. Tok duk kat kampung, dia tinggal sorang. Dia pun ada minta kat bapak dia nak kucing, nak bagi teman dia kot. Boleh jugak kan. Besar harapan saya supaya masalah ini berkurangan. Mama kata kalau kita jaga hati jiran, insya Allah boleh bawa kita ke syurga.

Saturday, May 21, 2011

What you give, you'll get back

Kalau masa hayat kita ni kita guna dengan berbuat baik, insya Allah, semua yang kita lalui akan menjadi menyenangkan dan diberkati. Sebab tu orang kata, kalau seorang anak tu menderhaka pada ibubapanya, esok lusa, bila dia menjadi orang tua, anak dia sendiri akan buat balik benda yang dia buat kat ibubapa dia dulu. Kita bagi barang elok, orang balas pada kita pun dengan barang elok jugak. Kenapa jadi macam ni? Sebab inilah kitaran hidup manusia, kalau tidak kita tak ke mana betul tak? Kalau kita doakan orang dalam kubur sekalipun tapi pahala tak dapat, bukankah itu namanya tak adil?

Sini ada satu cerita…

Seorang anak muda tengah termenunug dan akibat terlalu lama dia tidak buat apa- apa, dia terconteng duit kertas bernilai RM1 tanpa disedari. Dia sedar, duit itu dah hilang nilainya kerana orang ramai mungkin susah nak terima duit yang diconteng. Kalau diri dia sendiri pun dia tak mahu.
Dia tak mahu simpan duit kertas yang dah hilang nilai tu, dia pun mengambil keputusan untuk beli apa – apa barang menggunakan duit itu. Dia beli buah langsat RM4, dia selitkan duit yang diconteng itu di bawah duit – duit lain. Pekedai tu pun, ambil duit tadi dan terus simpan tanpa melihat.
Selang beberapa hari, anak muda tadi keluar pergi membeli barang keperluan. Dia pergi menaiki bas awam. Belah baliknya, dia mahu bayar tiket untuk perjalanannya itu. Semuanya sebanyak RM4. Dia mengeluarkan duit RM5 dan bayar kepada pemandu bas tersebut. Pemandu itu pun menghulurkan baki dan anak muda itu pun keluar dari bas.
Bila anak muda itu sampai di rumah, dia mahu membasuh baju. Dia pun mengambil seluar yang dipakainya siang hari tadi untuk mengosongkan poket. Dia rasa dalam poket ada duit kertas, dia tarik dan melihat, rupa – rupanya, dia tengah pegang duit yang dia conteng dahulu…

Tamat.

Kalau kita bagi sedekah, rezeki kita Tuhan gandakan
Kalau kita derhaka pada ibubapa, esok anak kita derhaka pada kita
Kalau kita memfitnah orang, Tuhan akan mendedahkan kebenarannya
Kalau kita benci pada orang, orang benci pada kita balik
Kalau kita senang dengan orang lain, orang akan senang dengan kita
Kalau kita kongsi ilmu dengan orang, orang akan kongsi ilmu dengan kita
Kalau kita jaga air muka orang lain, orang akan jaga air muka kita
Kalau kita tipu orang, nanti kita kena tipu balik
Kalau kita jaga hati Allah, Allah jaga hati kita balik.
Betul tak? 


p/s: Oh yea, my blog is pretty famous in KL recently =D

Sunday, May 15, 2011

My nature, your nature


She never thought things would gone so wrong
She made mistake once
They throw cursing riddles all night long
She only did this once
But her words touched deep inside the lung
Remember I just made mistake once

I am weak as water
I do scare His fiery pit
Tough my heart has its limit
I know I will melt like butter

I fear no one but Allah
I do not use my head, they’re right
Because I fear my lord Allah
Forgive me, I can’t bear the weight

p/s: What's wrong with Blogger.com now? 

Tuesday, May 10, 2011

Let them in

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah HATI” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


I am a door puller
In a red house called soul
Which located inside the door puller
She’s very weak and powerless
But the things now getting clearer
She noticed that she’s a pretender

She is a door puller
She let things running in
Made the red house getting bigger
She had consumed too much air
Things nobody hardly to care
She thought they care

So she let them in as a door puller
She wants everyone think she’s stronger
Too many hearts she decides to care
Even when the things are not right
She decides hearts have to be treated right… 

p/s: It's okay if I hurt so much because of them, for I must not make them hurt because of me. I'm okay with that. 

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu

Orang kata Hari Ibu ni tak tetap tarikh bila, tapi dia ada setiap minggu kedua dalam bulan Mei, betul? Atirah nak beli kek kat mama, tapi saya yang ajak mama pergi beli. Bukannya nak buat surprise kat mama ke apa. Atirah ni teruk betul. Nak bagi kad, tak seronok la. Nak ucap kat FB pun dah tak seronok. Nak ucap kat mama secara live, face to face, Atirah malu. Kenapa loser sangat Atirah ni?

Islam mengajar kita untuk menghormati kedua ibubapa kita. Sebagai anak kita patut membalas jasa ibubapa kita. Semua orang sayang ibubapa kan? Semua orang kalau boleh nak diorang hidup lama dan sihat selalu. Semua orang tak sanggup, tak mahu, tak suka merasa kehilangan tu.. 

Bukak FB, orang cakap, sebagai anak letaklah gambar ibu dekat profile picture sempena Hari Ibu, lepas tu, orang tu buat sinis pulak, kata berapa ramai sangatlah nak buat macam tu. Atirah rasa tercabar. Cari semua gambar yang ada, nak letak gambar dengan mama. Rupa – rupanya, gambar saya dengan mama sangat sedikit. Atirah seorang yang teruk.




Untuk mama,

Tirah sayang mama, Tirah buat apa saja untuk mama. 
Tirah nak kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. 
Semoga mama sentiasa sihat, ceria, diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki.  
Selamat Hari Ibu =)

Rindu kat tok..

Satu masa dulu, seorang ibu tua, melawat anak lelakinya yang tinggal di Kuala Lumpur, dan tinggal di sana buat beberapa minggu. Pada satu petang antara hari – hari itu, anak ibu tua itu membawa ibunya ke pasaraya bersama keluarganya.

Ibu tu kalau pergi ke pasaraya, seperti biasa mesti ambil sekurang – kurangnya satu barang untuk di beli. Tapi, kali ni anaknya yang memilih untuk bayar syampu itu sekali dengan barang – barang rumah mereka. Apabila mereka semua sampai di rumah, si isteri mula merungut.

Nuli: Hmmph you bayar pulak syampu yang mak you beli tu..
Li: Habis tu tak boleh?
Nuli: Suka hati je bayar..
Li: *hati terasa pedih*

Si ibu tua itu terdengar rungutan isteri anak lelakinya.. dia pergi ke bilik dan ambil beg duitnya dan pergi pada suami isteri yang sedang bersembang tu..

Ibu tua: Nah Li, mak bayar balik duit Li.. tak pa, mak tak kisah..

Anak lelaki tadi pun ambil duit itu, sambil diperhatikan oleh isterinya.. Mereka berdua tak kata apa – apa.. Ibu tua itu toleh dan berlalu pergi..

Boleh tak jangan kejam sangat? Tak faham betul lah orang macam ni. Kenapa ada orang perangai macam ni hah? Saya rasa, kalau orang tu ada pegangan agama yang kukuh, insya Allah perangai dia terpuji. Wallahua'lam, Allah saja tahu isi hati orang..Bila dah berumah tangga, suami isteri ni sepatutnya saling memahami, saling berkongsi bebanan, saling menghormati dan saling melengkapi. Ustaz saya pernah kata, sihir yang kuat adalah sihir yang memecah belah keluarga. Tak, saya tak tuduh siapa - siapa, ni nak kongsi. nanti aku kena fire lagi

Al – fatihah buat tok.

Cerita tadi patut dibuat teladan. Bila kita dah ada mak mertua nanti, kena ingat, mak mertua kita tu sama dengan mak kita. Kita buat salah kat dia, dapat dosa yang sama dengan buat dosa kat mak sendiri.

I'm sorry. Say what you like, I edit or not it will always be the thing you talk about. I rest my case.

Monday, May 2, 2011

Malu tak jatuh depan orang?

Kita perempuan tengah berjalan – jalan, lepas tu, secara tiba – tiba orang depan kita jatuh. Orang tu lelaki. Kita tak rasa benda tu kelakar, kita kesian. Tapi kalau kita tegur, mesti dia macam malu sikit sebab dia tahu orang nampak dia jatuh. Dah la jatuh depan perempuan. Kalau tak tegur nampak sangat lah macam tak berhati perut. Kita nak jaga jugak air muka dia sebenarnya.

Jadi patutkah kita tegur lelaki tu, tanya keadaan dia atau biar saja?

Kalau perempuan jatuh depan lelaki pun, perempuan tu mesti malu jugak. Tapi lelaki tu mungkin akan tegur, dan perempuan tu mesti lah ada rasa malu sikit. Tapi tak pelah jugak, lelaki tu gentleman sikit nampak. Lagi satu ego perempuan tak tinggi dan mungkin perempuan akan terima teguran tu. Dalam keadaan macam ni, perempuan tu akan terima saja, sama ada orang tegur atau tidak. Kadang – kadang, tak tegur itu lebih baik.