Thursday, January 27, 2011

Saya mahu pulang

Sumpah apasal dengan bas UIA ni. Saya nak balik Kedah la. Mula – mula kata ada tiket 28 dan 29 tu, malam ni kata tak ada 29 tu pula. Takkan saya tak balik kot? Lepas tu suruh saya balik dengan bas UIA 28 tu. Aduh. Saya kena bertugas 28 tu sepanjang hari, takkan lah nak lepas saja tugas tu. Nanti apa pulak orang kata? Saya bukan kerja sendiri, saya kerja dengan orang ada biro masing – masing. Takkan lah nak buat hal dengan Head Comm pulak.

Susah la macam ni. Dah lah cuti kena burn sebab kerja, lepas tu balik lambat dari orang lain pulak. Atirah takut juga nak duk sendirian kat blok ni. Semua orang balik kot. Saya je balik lambat. Memanglah risau wei. Ingat UIA selamat sangat ke? Ya Allah, tolong hambaMu ini. Tak tahu nak buat apa. Saya rasa nak tumpang orang saja sekarang ni, mana ada jual tiket dah.

Mama dengan bapak tak tahu pun pasal ni. Atirah malas nak cakap banyak – banyak kali. Hari tu kata balik dengan abah kawan, lepas tu tukar, cakap balik dengan bas UIA 29 ni, lepas tu sekarang nak buat apa? Nak suruh siapa ambik kat sini? Aish, sebenarnya saya boleh je duk kat UIA ni tapi, takut lah. Sorang – sorang, tingkat empat lagi, seminggu cuti pulak tu. Ya Allah, tolong saya. Saya mahu pulang. Doakan saya kawan – kawan…

Sunday, January 23, 2011

Senang gila kahwin nih (?)

Semalam, buka FB terkosek FB senior sekolah. Dah jumpa sorang, ada lagi sorang saya jumpa, pastu jumpa sorang lagi, tengok kat comment space pun jumpa lagi sorang. Semuanya berkaitan dan saling berkawan. Semua senior sekolah yang satu species. Terkejut saya tengok gambar, “weh, gambar kahwin kot, eh eh majlis pertunangan pulak”. Ramai senior dah kahwin apasal???!!!! Emo gila Atirah bila tengok gambar – gambar dia orang. Semua benda naik atas kepala.

Macam senang ja dia orang kahwin. Ada yang dah ada anak. Lepas tu bila flashback balik, senior saya ni bukan lah top students, minta maaf saya cakap macam tu, tapi dia orang tu ada rupa lah. Mungkin sebab tu dia orang kahwin awal. Saya tak tahu sebenarnya, saya hanya meneka selepas tengok gambar. Dah tu, saya kosek juga FB suami dia orang, “haih, bukan orang lekeh ni”, ada budak dari sekolah elit la, lahir 1982 lah, kiranya dia orang ni dapat suami yang boleh dikatakan tua dan high class la. Hidup dia orang not bad, semua ada. Kenduri kahwin tu memang grand. Anak main laptop bagai. Memang suami tu kerja hebat lah. Lepas tu ada jugak yang ikut suami pergi overseas, dan senior saya ni pun bergambar lah dengan anak kat rata tempat yang cantik – cantik.

Tipu lah saya kata saya tak cemburu. Siapa tak cemburu? Senang gila. Kahwin je, semua benda dapat. Saya ni masih belajar. Senior saya tua setahun dari saya, tapi semua diorang dah dapat. While I’m still working on it! I want to go study abroad to see the other beautiful part of the world, but they had it first. I want to live happily and rich, still they had it first. Kadang – kadang saya fikir macam, “eh baik tak payah belajar, kahwin terus je lah, bagi laki je cari duit, kau jaga anak, buat apa mengaji tinggi - tinggi” masalahnya, saya bukan macam tu. Saya ni semua saya nak beli sendiri, rumah saya beli sendiri, kereta pun, kerja pun nak ada gaji sendiri. Benda tu semua masih dalam proses dan saya masih lagi sedang belajar.

Tak fahamlah. Kenapa dia orang buat perkahwinan nampak senang? Saya sangat emo. Saya takut mak oi. Dia orang sangat berjaya dalam rumah tangga sekarang. Dia orang tak sambung belajar. Suami dah cukup untuk sara sekeluarga. Anak dah ada sorang satu. Kenapa saya nak emo pulak? Weh? Senang gila dia orang kahwin! Sumpah, they made it look so easy damn it! Benda ni susah la, kita patut ada semua benda dulu (education, position and financial) sebelum kahwin.

Minta maaf, minta maaf. Ini entri yang beremosi. Yelah, mereka tu tak sambung belajar tapi dapat benda yang orang macam kita ni kena usaha sendiri kalau nak hidup senang. Orang yang sambung belajar ni tak dapat lagi benda senang tu sebab kita belum berkahwin. Entri ni bukan cerita pasal Atirah bukan nak kahwin cepat. Mesej entri ni mungkin pasal kahwin muda kot. Entah. Mungkin entri ni sedikit sebanyak buat kau orang fikir. Ini Atirah. Saya fikir macam ni. Mungkin kau orang fikir macam lain kot. Saya hanya berkongsi rasa. Emo emo emo!

Thursday, January 20, 2011

Pencuri Barang VS Pencuri Iman

Lusa lepas dan kelmarin kelas sikit satu hari tu. Bosan lah duk kat bilik. Jalan – jalan kejap kat UIA. Lepak kat perpustakaan. Baca buku budak Laws. Nama buku tu, “The Modern Law of Trusts”, Ninth Edition. Nama penulis, tak tahu pula. Dari buku ni saya jumpa tafsiran pencuri;

By means of theft: No man may benefit from crime in relation to theft since a theft acquire no title to the property which he steals and so is normally unable to pass any title to any third party.

Lepas baca benda ni, saya teringat satu gambar saya jumpa dalam facebook tu. Ini gambarnya. Kelik untuk besar.


Bagus tak kalau betul lah ada orang buat macam ni? Gambar ni menceritakan tentang pencuri iman. Bacalah dialog kat situ. Sangat mulia orang – orang macam ni. Saya pertama kali jumpa benda yang sangat menyentuh hati. Apasal menyentuh hati pula? Ini tersentuh yang takjub, bukan tersentuh yang sedih tu. Tak tahu pulak kita boleh berdoa macam ni. Doa ni sangatlah suci. Sweet!

Tengok buku Laws tadi, dia kata pencuri tu tak boleh ambil “title” kepunyaan atas barang – barang yang dia curi tu, dan begitu juga keadaannya bila barang tadi tu terlepas pada pihak ketiga. Dalam gambar tadi, mesej dia adalah tentang pencuri iman. Sama ke pencuri iman dan pencuri barang ni? Pada pendapat saya, saya kata benda ni sangat berbeza antara satu sama lain. Kenapa?

Pencuri iman:
Diri sendiri adalah penyebab iman seseorang dicuri. Diri sendiri tu pun tak mahu biar benda ini berlaku sebenarnya. Diri sendiri tidak sengaja. Diri sendiri tak buat apa – apa. Tetapi iman orang yang pandang seseorang tercuri kerana goyah iman orang tu akibat memandang.

Pencuri barang:
Diri sendiri yang menentukan samada hendak mencuri ataupun tidak. Tiada penyebab dari mana – mana, diri sendiri yang mahu melakukan benda keji tersebut. Ini memang disengajakan oleh diri sendiri. Tiada unsur faktor luar, ini adalah faktor dalaman. Kesimpulannya, ini adalah kemahuan diri sendiri.

Lain kan? Dua benda ni berbeza hanyalah kerana cara mencuri tu berbeza. Buku Laws tadi tu tak boleh diaplikasikan bagi kes pencuri iman. Dalam kes pencuri iman mana ada third party. Ada ke? Saya rasa tak ada. Orang yang mencuri barang tu sah – sah la dapat dosa kan? Habis, pencuri iman tak dapat dosa? Topik hari ni sangat seronok. Atirah berkobar – kobar gila. Apakata kita sambung esok lah bincang topik ni? Macam panjang je.

Tak payah lah. Habiskan hari ni sajalah. Okey. Pencuri iman tak berdosa sebenarnya, melainkan, dia tu memang sengaja nak bagi iman orang lain goyah. Contohnya, dia sengaja pakai baju yang mendedahkan ke, ataupun dia sengaja pakai mekap yang ekstrim. Tapi saya sekarang ni nak cerita pasal orang yang tak sengaja curi iman orang. Faham kot ek?

Sebenarnya macam ni. Pencuri iman ni nama saja pencuri. Tapi bukan dia yang curi iman dan simpan atau guna iman tu untuk dia. Takkan lah dia boleh curi iman orang? Mana boleh nampak pun. Mana boleh dia sorok dalam beg pun. Lagi satu, dia takkan sedar yang dia dah buat iman orang dikeliling dia tercuri.

Aduh, susah juga nak cerita ni. Pencuri barang ni dia simpan dan guna barang yang dia curi tadi. Pencuri iman ni, dia tak sedar pun dia dah curi iman orang. Orang yang tergoyah iman tu saja yang sedar. Jadi, pencuri iman yang tak sengaja ni tak berdosa lah macam pencuri barang tu. Dua kata nama khas ini mempunyai definisi yang sangat berbeza.

Saya ni teruk sikit orangnya. Saya memang suka meliarkan mata tengok – tengok orang. Iman saya banyak dah kena curi. Hehehe. Nak berubah, tapi entah lah. Orang kata ini fitrah. Memang susah nak buang. Sebenarnya, tujuan entri ini adalah untuk mengenengahkan tentang kewujudan pencuri iman. Doa tu pun bagus. Kalau suka, amalkan lah. Huraian kat sini berdasarkan rasionaliti yang saya faham lah. Kalau kau orang nak tambah, sila lah komen. Atirah pun nak tahu yang lain jugak.

Saturday, January 15, 2011

Bila bekerjasama semua jadi mudah

Sangat busy sejak kebelakangan ni. Betul. Presentation ada dua kali dalam seminggu. Discussion pun banyak. Meeting pun banyak. Kadang – kadang rasa macam menyesal saja libatkan diri dalam benda – benda macam ni. Tapi, benda ni seronok aja sebenarnya. Pada masa yang sama, Atirah takut juga. Takut tak boleh nak urus masa dengan baik. Saya bukan student active. Tak pernah jadi pun sebelum ni. Sekarang baru nak cuba. Sebab tu lah saya takut. Okay, drop the topic.

Hari ni nak cerita pasal pelajar asrama. Fahamkan context saya kat sini? Okey, saya bakal cikgu. Kalau lah satu hari nanti saya diberi peluang untuk memperkenalkan subjek baru untuk sekolah, saya nak perkenalkan subjek “Adab Hidup Berkomuniti”. Saya nak ajar sikit budak – budak macam mana guna tandas, bilik mandi, tempat basuh baju dan sinki dengan betul dah bersih. Siot betul. Geram lah bila fikir pasal ni.

Tempat basuh baju (washing area):
  • Bukan tempat basuh telur masin, habis sinki kotor dengan pasir hitam tu. Orang nak basuh baju la sayang.
  • Boleh saja nak basuh pinggan kat sini, tapi buang la segala sisa tu. Maggi ke, sayur ke, kulit udang ke, tolong buang.

Sinki:
  • Banyak ubat gigi dalam sinki. Gosok gigi macam mana tu? Saya pun pernah ja ubat gigi jatuh meleleh kat sinki, tapi saya cuci balik.

Bilik mandi (shower room):
  • Mungkin ada orang basuh pad kat sini kot. Lepas tu terlepas pandang ada jelly – jelly merah yang tak terbasuh lekat sana sini. Tolong buka mata luas – luas. Kesian kat orang lain nak mandi.. Ada setengah orang basuh baju dalam shower room ni sebab kat washing area dah penuh. Kesian lah kat orang sikit Kita kena jga benda – benda macam tu. Semua orang kena jaga.

Tandas:
  • Okey lah. Setakat ni boleh la tolerate =)

Semua benda yang saya cerita kat sini adalah peringatan buat diri saya juga. Blogger yang fail adalah blogger yang tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis. Ini Joe yang kata. Minta maaf semua.

Sunday, January 9, 2011

Selalu baca surah apa dalam solat? =)

Seronok haritu pergi kelas Fardhu Ain, orang lain Study Circle, saya ni Fardhu Ain saja. Dalam kelas tu ustazah tanya lah tentang surah apa yang selalu kami baca dalam solat. Lepas tu, ramai lah jawab, surah Al – Ikhlas, An – Nas, Ad – Dhuha, Al – Kauthar, semua surah – surah pendek lah. Ustazah tu bagus lah, dia pandai kaitkan benda ni dengan benda umum yang manusia selalu hadapi.

Ustazah kata, kalau kita pergi rumah mak mertua, kita mesti akan bawa buah tangan kan? Lepas tu, kalau kita bawak mi rebus harini, ibu mertua seronok lah nanti. Dia kata “bagusnya menantu aku ni, teringat jugak dia kat aku”. Kalau lusa bawak mi rebus juga, mertua kata “eh, mi rebus lagi, tak pe lah kot”. Minggu depan bawak mi rebus lagi, mertua kata “asal asyik mi rebus je ni??”, minggu – minggu depan pun bawak mi rebus. Akhirnya, mak mertua tu mesti mengata belakang kat kita kan? Kita akan dapat malu nanti. Selalunya, orang tak buat benda ni. Orang boleh fikir la. Takkan nak bawak benda yang sama aja. Mesti tukar – tukar jugak.

Samalah, bila kita solat. Jangan asyik baca surah yang sama saja. Ini solat Subuh, baca Al – Ikhlas, solat Zohor pun Al- Ikhlas, solat Asar, Maghrib pun sama. Kan kita layan tak sama rata dah? Dengan manusia kita boleh pula takut malu, dengan Tuhan? Tahu tak, apa yang ustazah cerita ni, sangat terkesan kat Atirah. Saya pun asyik baca surah yang sama jugak. Tapi tak lah dalam setiap waktu solat, kadang – kadang ada je dalam setiap waktu tu saya baca benda yang sama. Sebab nak cepat *oopps*. Jangan tiru saya!

Jadi, sama – sama lah kita berubah ye kawan – kawan. Kita kena belajar malu dengan Tuhan, walaupun kita tak nampak Dia. Ini sajalah dulu, pendek saja. Ada benda nak cerita nanti, saya cerita lagi. Till fingers meet keyboard.

Thursday, January 6, 2011

Kita kena bersyukur

Semalam saya berbual dengan senior pasal masalah yang saya ada sekarang ni. Nak berbual lebih lama sebenarnya, tapi dah fikir harini kelas mula 8.30, jadi plan nak tidur awal lah. Takut mengantuk dalam kelas pulak. Tapi tak lah awal sangat pun saya tidur semalam, pukul 2 pagi kot baru tidur. Hasilnya saya overslept lah. Dah solat subuh tidur balik pulak, bangun – bangun dah pukul 8 pagi tepat. Pagi ni semuanya cincai!

Selepas sharing moment semalam baru saya sedar satu benda. Rupa – rupanya saya ni memang tak reti nak bersyukur. Nak itu nak ini, semua nak aja. Tapi tak berserah tak tawakal, lepas tu macam mana Tuhan nak makbul doa. Kita sendiri tak percaya kat dia. Atirah ingat Atirah dah buat yang terbaik, rupanya tak. Saya masih lagi tak betul. Saya memang tak reti bersyukur. Saya sedar, bila saya berdoa, saya demand sangat.

Saya: Kenapa pulak kita tak boleh demand? Katanya masa depan tu boleh diubah dengan doa? Salahkah cara Tirah meminta – minta kat Tuhan. DIA kata DIA akan makbul samada cepat atau lambat je.

Kak Senior: Itu betul. Tapi kadang – kadang yang kita minta tu tak elok untuk kita. Kita jangan demand sangat. Bila kita berdoa tu jangan ego. Kita kena sebut benda yang kedua tu. Iaitu, pertama, Ya Allah aku mahu benda ini jadi milik aku. Kedua, Ya Allah jika ia bukan untuk aku maka aku redha dengan penentuan Mu itu. Kita selalu lupa nak sebut benda kedua tu. Kita minta aja, tapi kita tak berserah kat dia.

Saya: Tirah tak doa macam tu sebab Tirah takut benda tu bukan milik Tirah. Tirah takut nak sebut, sebab Tirah nak sangat – sangat benda tu.

Kak Senior: Itula, kita kena sebut jugak benda tu. Benda tu bermaksud kita ni tawakal dan berserah. Bila kita berserah kat Tuhan, benda tu dapat ke tak dapat ke, kita akan rasa tenang. Kalau kita tak sebut, kita ni mengharap sangat. Bila tak dapat kita marah Tuhan, nauzubillah. Kita tahu minta aja, tapi kita tak tahu benda tu baik ke tidak.

Saya: Tirah rasa benda tu baik je untuk Tirah…

Kak Senior: Mana Tirah tahu? Allah knows best laa.

Tirah: Tirah pegang Tuhan tu tak kejam. Benda yang kita tak suka dia takkan bagi…

Kak Senior: Sebab tu penting nya kita qana’ah. Tak semestinya benda kita suka tu baik.Tahu qana’ah?

Tirah: Tak tahu.

Kak Senior: Qana’ah tu bersyukur. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. Letak sudut positif dalam setiap benda yang kita alami. Kalau kita bersyukur, kita tak demand sangat bila berdoa. Kenapa kita ada rasa tak bersyukur? Sebab kita ni selalu bandingkan diri kita dengan orang lain. Kenapa kita bandingkan? Sebab tak bersyukur lah. Kalau kita letak orang tu di tahap yang tinggi (sebab kecantikan, kepandaian, kekayaan dia) semestinya lah kita akan cemburu. Kita rasa kita banyak kekurangan. Lepas tu doa kat Tuhan nak macam ni macam tu. Berdoa dengan demand pula, sebab kita nak sangat benda tu. Jadi apa guna kita doa kalau kita tak berserah? Kita boleh demand, minta lah apa pun. Yang penting kita kena tawakal. Memanglah kita lain dari orang lain, itu kita kena belajar untuk faham. Letak semua orang sama rata saja, jangan amal sifat dengki – dengki ni. Jangan ego dengan Tuhan. Minta doa elok – elok serta berserah saja kat DIA. Kalau benda tu baik DIA bagi kalau tak baik tak bagi lah. Bila DIA tak bagi, kita jangan pula putus asa nak minta lagi. Just keep on praying.. HE is listening.

Mulai hari ni, Atirah nak berdoa dengan adab yang betul. Kalau dulu memang betul saya ni demand dalam berdoa. Lepas tu tak tawakal. Rupanya, saya baru faham, kalau tak tawakal, maksudnya kita tak berserah pada Allah. Ish teruk lah Atirah ni. Ada ke saya berdoa tapi tak tawakal dan tak percaya pada Tuhan? Padahal DIA lah yang boleh memenuhi doa tu.

Sesungguhnya, saya sangat suka surrounding UIA. Memang selama saya duduk kat sini, orang yang ada di keliling saya orang baik – baik. Itu peluang Tuhan bagi kat saya. Sungguh saya berdoa. Ya Allah ya Tuhanku, bagilah diri ku ini dikelilingi oleh orang – orang yang baik – baik. Sesungguhnya diriku ini masih perlu belajar dan perlu berubah untuk mengenali Mu dengan lebih dekat. Saya tahu saya tak reti nak rasa bersyukur dengan apa yang saya ada.

Tuesday, January 4, 2011

Jam Melayu


Hari ni saya mandi awal gila! Pukul 7 kot! Bapak sejuk air bukit kat UIA ni.  Semuanya gara – gara nak jumpa kawan “serang” kedai photocopy tue. Dia nak jumpa pukul 8am. Dia mesej saya pukul 6 pagi, mungkin takut saya lupa. Dia orang luar, budak Turki. Mungkin dia tahu budaya orang Melayu macam mana. Saya memang lah rasa gelabah. Saya kalau boleh nak saya sampai dulu dari dia. Orang kata orang Melayu ni tak tepati masa. Saya tak nak gelaran tu lekat kat saya kalau saya terlambat datang. 

Memang saya cepat – cepat siap tadi. Tapi tudung buat hal, tudung tak jadi, asyik perbetul, perbetul. Akhirnya jadi lah jugak tudungnya. Nasib saya ni bertudung, kalau tak, nak kena ikat rambut lah, kena sikat cantik – cantik lah kena cari getah lah, lagilah buat saya lambat. Masa tu dah pukul 7.42am. Memang saya dah kalut. Pakai stoking, pakai but keluar bilik pukul 7.45am. 

Jalan seorang saja dari asrama ke centre. Sunyi tapi cerah. Nasib lah ada makcik – makcik cleaner kat tempat tu. Dah la senior cerita jangan jalan sorang – sorang, dulu ada kes rogol kot. Syukur semua baik saja tadi. Saya jalan cepat – cepat, kasut bunyi - bunyi dari jauh boleh dengar. Tak ada niat nak tarik perhatian orang pun, dah memang kasut tu mengeluarkan bunyi bila berjalan. Dan saya sampai tempat tu 5 minit sebelum pukul 8am. 

Saya sampai dulu dari dia! Saya pun hantar mesej kat dia, “Hey, I’ve arrived” lepas tu dia balas, “Ok, gimme 5 minutes”. Saya tunggu lebih 5 minit sebenarnya. Jam saya, saya cepatkan 10 minit. Kesian pula bila fikir balik, entah – entah dia rush gila lepas saya mesej dia. Dah la asrama dia jauh.  Tapi tak pe kot, masa kita pun penting jugak. Saya berjaya sampai awal dari dia, itu yang saya mahu. 

Bila dia sampai kat centre, dia minta maaf. Dia kata dia lambat 3 minit. Saya tak kisah pun sebenarnya, saya boleh tunggu orang, tapi jangan la lambat sangat. Kalau boleh, saya tak mahu orang tunggu saya. Saya akan rasa bersalah nanti. Hari tu budak bilik ajak pergi jogging. Saya tak solat Asar lagi waktu tu dan tak cari lagi baju apa nak pakai, diaorang cakap diaorang boleh tunggu. Tapi Atirah tak selesa macam tu. Saya rasa bersalah kalau orang tunggu kita. Entahla, I just feel bad.. Tak baik buat orang tunggu kita..