Hari ni nak cerita pasal pelajar asrama. Fahamkan context saya kat sini? Okey, saya bakal cikgu. Kalau lah satu hari nanti saya diberi peluang untuk memperkenalkan subjek baru untuk sekolah, saya nak perkenalkan subjek “Adab Hidup Berkomuniti”. Saya nak ajar sikit budak – budak macam mana guna tandas, bilik mandi, tempat basuh baju dan sinki dengan betul dah bersih. Siot betul. Geram lah bila fikir pasal ni.
Tempat basuh baju (washing area):
- Bukan tempat basuh telur masin, habis sinki kotor dengan pasir hitam tu. Orang nak basuh baju la sayang.
- Boleh saja nak basuh pinggan kat sini, tapi buang la segala sisa tu. Maggi ke, sayur ke, kulit udang ke, tolong buang.
Sinki:
- Banyak ubat gigi dalam sinki. Gosok gigi macam mana tu? Saya pun pernah ja ubat gigi jatuh meleleh kat sinki, tapi saya cuci balik.
Bilik mandi (shower room):
- Mungkin ada orang basuh pad kat sini kot. Lepas tu terlepas pandang ada jelly – jelly merah yang tak terbasuh lekat sana sini. Tolong buka mata luas – luas. Kesian kat orang lain nak mandi.. Ada setengah orang basuh baju dalam shower room ni sebab kat washing area dah penuh. Kesian lah kat orang sikit Kita kena jga benda – benda macam tu. Semua orang kena jaga.
Tandas:
- Okey lah. Setakat ni boleh la tolerate =)
Semua benda yang saya cerita kat sini adalah peringatan buat diri saya juga. Blogger yang fail adalah blogger yang tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis. Ini Joe yang kata. Minta maaf semua.
i agree with u!! cukaiyoo kt sneee..
ReplyDeletehehehe....
ReplyDeletesokong..sokong..
tapi, kadang2 x semua bnde kita boleh jadikan subjek..
sbb...ia brgantung juga pd ksedaran dri sndri, cra didikan, prsekitaran...
hum...smua mnusia dkurnia akal..tp x smua gunakan utk brfikir...
hum..tp rasenye ade je kut bab2 adab yg di ajar..cth pndidikan sivik, aklhak, moral...hum..kan ade adik bradik dgn subjek bru yg trah nk prkenalkan tu..cumanya...tak dpraktikkan je...blajar hnya skadar silibus..
hum...jom renung2..