Hari ni tok saya raya puasa enam. Ingat tak, dulu saya cakap saya nak buat puasa enam? Tahu tak, sampai hari ini saya tak buat pun. Acuh tak acuh ja. Kenapa tak buat? Sudah tentu lah malas, orang makan sedap – sedap kot. Kek cheese la, lemang la, kuih raya tak habis lagi, coklat lagi. Hari ni tok buat makan – makan kat rumah dia, dia buat laksa dengan ketupat pulut hitam. Memang nak pergi pun rumah tok nanti, tunggu bapak balik solat Jumaat dulu.
Bulan lepas, saya ada buat presentation tentang Puasa Enam. Dasyat tak? Mana ada orang buat lagi? Atirah yang pertama kali cetus idea. Puasa enam ni bagus, pahala dia besar. Dia ibarat kita puasa selama 2 bulan. Puasa Ramadhan kalau penuh, pahala dia sebesar berpuasa 10 bulan, kalau tambah pahala puasa enam yang ibarat 2 bulan puasa tadi, dah jadi setahun kan? Jadi, pahala orang berpuasa penuh di Ramadhan, dan sambung dengan 6 hari di Syawal, adalah ibarat berpuasa setahun. Memang besar pahala dia. Tapi susah jugak bagi orang – orang muda nak buat. Perasan tak, puasa ni orang – orang yang berusia je yang buat. Kenapa? Diorang dah kuat iman, boleh tahan nafsu makan dan diorang kena pantang banyak makanan yang manis, berminyak segala benda lagi lah. Sebab tu diorang puasa. Betul tak? Senyum lah tanda setuju.
Puasa enam ni dia buat kita ingat kat Allah jugak. Macam mana? Kan kita puasa, jadi kita akan jaga pandangan, jaga percakapan, jaga pendengaran. Itu buat kita ingat Tuhan. Lagipun ada hadis, saya pernah jumpa waktu buat research untuk presentation puasa enam ni, hadis tu berbunyi lebih kurang macam ni la, “Rugilah bagi mereka yang hanya mengingati Tuhan di kala Ramadhan, dan bukan di bulan lain..” Puasa sunat ni mengajar kita untuk membiasakan kita berpuasa sunat di bulan – bulan lain jugak. Pusat sunat tu amalan nabi – nabi dan para sahabat.
Puasa enam senang ja cara –caranya. Dia afdhal buat pada Syawal yang kedua, tapi boleh saja bila – bila pun. Janji dalam bulan Syawal. Paling umum, buat enam hari la, bukan lima, atau tiga. Memang kena enam hari ok. Lagi elok buat berterusan enam hari, tapi selang – selang pun taka pa. Nawaitu jangan lupa. Niat la dalam bahasa Arab ke Melayu ke, Allah Maha Bijaksana, dia tahu. Kenapa la Atirah tak buat lagi puasa enam ni. Esok dah balik UIA. Kalau saya kuat, saya buat lah. Saya cuba sikit – sikit. Tengok keadaan =)
No comments:
Post a Comment