Saturday, September 18, 2010

Beratnya nak balik

Baru dapat mesej, katanya bas pukul 10 malam pulak. Tak pa lah. Sebelum balik luang masa dengan adik kejap. Dia buku tak baca – baca, nak UPSR Selasa ni. Dia sibukkan diri dia. Dia bagi mandi Baba (kucing), cuci Laura (kura – kura) dan bagi kucing – kucing makan. Dah tengah cuci Laura, saya menyibuk sekali la, mula – mula cuci halaman rumah ja tadi. Kucing - kucing pun menyibuk jugak. Diorang seronok kot. Beratnya nak balik. Nak duk kat rumah lah. Dah tu 22 ni exam pula. Malasnya! Apa - apa pun biar gambar bercerita sekarang ni.

Ini Laura

Laura dicuci dan digosok perlahan - lahan oleh Imran (adik)

Semua nak tengok Laura

Masih tak puas hati dengan Laura

Lepas tu, Bon Bon (kucing oren putih), dia ni tak puas hati sungguh dengan Laura. Asyik cium - cium, sentuh - sentuh je. Laura naik rimas saya rasa. Laura asyik nak lari je. 
Sampai bersemuka lah diorang ni!

Bon Bon jahat, dia usik Laura =)
 
 Laura terjun untuk lari daripada Bon Bon (gelak besar)

Bon Bon main banyak betul. Kucing lain main jugak Laura, tapi Bon Bon tu buli Laura. Comel! Saya sayang semua kucing saya. Ada dalam 10 ekor sekarang ni. Nama diorang, Bon Bon, Aslan, Kuyen, Baba, Bubu, But But, Melo, Cikcik, Oney dan Mybi. Anak Oney ada seekor tu. Tapi perangai macam hantu lagi, tu baru kecik, kalau besar lagi la! Geram betul. Tak da nama lagi dia tu. Nama dia Hantu lah, senang!
 
  Lepas penat membuli, Bon Bon tidur kepenatan macam katak

Seronok tengok gelagat kucing ni. Kalau bela kucing, baru tahu apa yang seronok. Perangai kucing ni kadang - kadang lawak la. Diorang comel, manja, malas, bising dan bodoh. Jarang jumpa kucing yang cerdik =)
Tak pa lah. Atirah balik UIA ni seminggu ja kan. Tu pun sebab exam. Takkan tak ambil periksa kot, carry marks tu tak cukup lagi untuk pass. Memang Atirah mati lah kalau tak ambil exam. Ok. Malam ni akan naik bas kat Shahab. Blog ni tak update la nanti. Ya. Doa saya selamat sampai.

 
 








5 comments:

  1. comel okaaaaaaaaaaaaaaaaaaay kucing kaaaaaaau! ahaha

    ReplyDelete
  2. nanti tujuk la gmbar kucing kau.. =]

    ReplyDelete
  3. tp ayh aku tak kasi letak. dye ckp takot mati. -_-

    ReplyDelete
  4. oooohh...betol2..
    aku ade dgr taboo tue..
    jgn ckp mcm tu wei! tkot aku..

    ReplyDelete
  5. hahaha. insya-Allah okay. :)

    ReplyDelete