Saturday, September 18, 2010

Beratnya nak balik

Baru dapat mesej, katanya bas pukul 10 malam pulak. Tak pa lah. Sebelum balik luang masa dengan adik kejap. Dia buku tak baca – baca, nak UPSR Selasa ni. Dia sibukkan diri dia. Dia bagi mandi Baba (kucing), cuci Laura (kura – kura) dan bagi kucing – kucing makan. Dah tengah cuci Laura, saya menyibuk sekali la, mula – mula cuci halaman rumah ja tadi. Kucing - kucing pun menyibuk jugak. Diorang seronok kot. Beratnya nak balik. Nak duk kat rumah lah. Dah tu 22 ni exam pula. Malasnya! Apa - apa pun biar gambar bercerita sekarang ni.

Ini Laura

Laura dicuci dan digosok perlahan - lahan oleh Imran (adik)

Semua nak tengok Laura

Masih tak puas hati dengan Laura

Lepas tu, Bon Bon (kucing oren putih), dia ni tak puas hati sungguh dengan Laura. Asyik cium - cium, sentuh - sentuh je. Laura naik rimas saya rasa. Laura asyik nak lari je. 
Sampai bersemuka lah diorang ni!

Bon Bon jahat, dia usik Laura =)
 
 Laura terjun untuk lari daripada Bon Bon (gelak besar)

Bon Bon main banyak betul. Kucing lain main jugak Laura, tapi Bon Bon tu buli Laura. Comel! Saya sayang semua kucing saya. Ada dalam 10 ekor sekarang ni. Nama diorang, Bon Bon, Aslan, Kuyen, Baba, Bubu, But But, Melo, Cikcik, Oney dan Mybi. Anak Oney ada seekor tu. Tapi perangai macam hantu lagi, tu baru kecik, kalau besar lagi la! Geram betul. Tak da nama lagi dia tu. Nama dia Hantu lah, senang!
 
  Lepas penat membuli, Bon Bon tidur kepenatan macam katak

Seronok tengok gelagat kucing ni. Kalau bela kucing, baru tahu apa yang seronok. Perangai kucing ni kadang - kadang lawak la. Diorang comel, manja, malas, bising dan bodoh. Jarang jumpa kucing yang cerdik =)
Tak pa lah. Atirah balik UIA ni seminggu ja kan. Tu pun sebab exam. Takkan tak ambil periksa kot, carry marks tu tak cukup lagi untuk pass. Memang Atirah mati lah kalau tak ambil exam. Ok. Malam ni akan naik bas kat Shahab. Blog ni tak update la nanti. Ya. Doa saya selamat sampai.

 
 








Friday, September 17, 2010

Bila nak puasa enam ni?

Hari ni tok saya raya puasa enam. Ingat tak, dulu saya cakap saya nak buat puasa enam? Tahu tak, sampai hari ini saya tak buat pun. Acuh tak acuh ja. Kenapa tak buat? Sudah tentu lah malas, orang makan sedap – sedap kot. Kek cheese la, lemang la, kuih raya tak habis lagi, coklat lagi. Hari ni tok buat makan – makan kat rumah dia, dia buat laksa dengan ketupat pulut hitam. Memang nak pergi pun rumah tok nanti, tunggu bapak balik solat Jumaat dulu.

Bulan lepas, saya ada buat presentation tentang Puasa Enam. Dasyat tak? Mana ada orang buat lagi? Atirah yang pertama kali cetus idea. Puasa enam ni bagus, pahala dia besar. Dia ibarat kita puasa selama 2 bulan. Puasa Ramadhan kalau penuh, pahala dia sebesar berpuasa 10 bulan, kalau tambah pahala puasa enam yang ibarat 2 bulan puasa tadi, dah jadi setahun kan? Jadi, pahala orang berpuasa penuh di Ramadhan, dan sambung dengan 6 hari di Syawal, adalah ibarat berpuasa setahun. Memang besar pahala dia. Tapi susah jugak bagi orang – orang muda nak buat. Perasan tak, puasa ni orang – orang yang berusia je yang buat. Kenapa? Diorang dah kuat iman, boleh tahan nafsu makan dan diorang kena pantang banyak makanan yang manis, berminyak segala benda lagi lah. Sebab tu diorang puasa. Betul tak? Senyum lah tanda setuju.



Puasa enam ni dia buat kita ingat kat Allah jugak. Macam mana? Kan kita puasa, jadi kita akan jaga pandangan, jaga percakapan, jaga pendengaran. Itu buat kita ingat Tuhan. Lagipun ada hadis, saya pernah jumpa waktu buat research untuk presentation puasa enam ni, hadis tu berbunyi lebih kurang macam ni la, “Rugilah bagi mereka yang hanya mengingati Tuhan di kala Ramadhan, dan bukan di bulan lain..” Puasa sunat ni mengajar kita untuk membiasakan kita berpuasa sunat di bulan – bulan lain jugak. Pusat sunat tu amalan nabi – nabi dan para sahabat. 



Puasa enam senang ja cara –caranya. Dia afdhal buat pada Syawal yang kedua, tapi boleh saja bila – bila pun. Janji dalam bulan Syawal. Paling umum, buat enam hari la, bukan lima, atau tiga. Memang kena enam hari ok. Lagi elok buat berterusan enam hari, tapi selang – selang pun taka pa. Nawaitu jangan lupa. Niat la dalam bahasa Arab ke Melayu ke, Allah Maha Bijaksana, dia tahu. Kenapa la Atirah tak buat lagi puasa enam ni. Esok dah balik UIA. Kalau saya kuat, saya buat lah. Saya cuba sikit – sikit. Tengok keadaan =)

Salah saya

Raya ni, saya tak pergi pun rumah kawan – kawan kat Kedah. Cuti banyak habis dengan famili saja. Minta maaf. Atirah memang kawan yang teruk. Sabtu ni dah nak balik UIA dah. Atirah tak baca lagi buku untuk exam. Apa la nak jadi?! Saya suka last minute study kot. Tapi sebenarnya, benda tu susah kot, berat gila. Kena baca ja! Kalau tak baca memang kau tak boleh jawab.

Kawan – kawan, saya minta maaf sebab tak ziarah rumah masing –masing raya ni. Memang kita ada merancang sama - sama, tapi yela, Tuhan yang tentukan. Saya pun salah, saya tahu. Hari ni pun jalan – jalan pergi rumah Mak Ngah kat Sg. Petani. Makan kek cheese dengan sepupu – sepupu. Saya sebenarnya, memang orang yang jenis banyak habiskan masa dengan famili. Atirah memang kurang memilih untuk bersosial di luar.

Nak tahu tak? Hari ini, saya dapat benda baru dan benda tu buat duit saya terbang RM550. Kejap saja duit habis. Sup sap sup sap macam jebon! Ayat cerita P.Ramlee =] Bila fikir –fikir balik, macam tak perlu beli pun ada. Tapi dah beli dah kan, jadi ambil ja la, abang kata rezeki.

Hari tu dah cakap kan, pasai saya balik kampus tanpa laptop kali ni? Jadi ceritanya saya tak update la blog ni. Ya, saya memang tekad. Tengok lah, buku pun tak baca – baca, memang balik sana saya kena tatap buku lah, bukan tatap laptop. Duk kat rumah kerja saya mengadap saja komputer tu, berjam –jam. Mama pun risau takut mata saya rosak. Atirah ni buat apa je? Main game lah!

Post kali ni, saya nak fokus tiga benda:

  1. Saya minta maaf kat kawan – kawan di Kedah pasal saya tak pergi beraya
  2. Saya tinggal laptop di rumah seminggu, dari 18hbln hingga 30hbln September
  3. Doa saya berjaya untuk final exam saya ni ok
 Ambil sorang satu kawan - kawan, ni tanda sorry =)

Sunday, September 12, 2010

Raya yang memenatkan

Hari ni raya ketiga. Bosan lepas balik dari rumah terbuka. Sampai rumah penat pulak. Jadi macam kusut masai, selekeh, serabai, semua ada. Itu belum lagi saya yang drive. Kalau la saya yang drive, lagi penat! Keluar beraya dari pukul 11.30am tadi, sampai rumah pukul 8pm. Tak berapa suka ar bila berjalan – jalan macam ni. Nak tahu kenapa? Susah la nak solat. Solat merata tempat tadi. Lelaki senang la. Perempuan takyah cita. Nak buang air lagi, dahla pergi rumah orang asyik makan ja. Dah makan mesti la minum sekali. Atirah kurang air putih (mineral) hari ni. Otak dan badan letih la dengan benda- benda macam ni. Atirah nak maintain air putih tu. Banyak hari dah tak cukup 8 gelas ni.

Pagi tadi tengok berita. Kat KL bersepah orang warga asing. Kita semua balik kampung, diorang pulak yang menghuni KL tu. Tahu pun bahaya! Bagi masuk banyak – banyak buat apa? Tak paham ar. Kesian rakyat kita. Takut diorang tau. Kita bukannya syak wasangka ke apa ke, tapi kita kenala amik precautious jugak kan? Kan macam- macam cerita kita dah dengar. Sebab tu la orang takut! Janganla bagi diorang masuk banyak – banyak sangat. Ya, Atirah masih sensitif pasal apa yang kena kat kedutaan kita di Indonesia. Humph…

Saya kan lama tak balik Kedah, jumpa orang tu orang ni, macam- macam pula yang ditegur. Tanya itu ini. Belajar kat mana, umur berapa, jurusan apa, berapa lama, kat mana, bila habis segala benda lah. Penat tak nak jawab? Bosan la kadang- kadang. Memang tradisi orang kita macam tu kan? Asal jumpa ja, Tanya habis semua benda. Nasib la saya ni takda la teruk mana hahahaha =)

Dah tak tahu nak cerita apa. Jadi kita bercerita lain kali pulak lah. Hehehe nak main game jap. Game baru weh =)

Monday, September 6, 2010

Multi Perangai (?)

Hari ini, hidup saya sudah kembali seperti biasa. Sujud dan lafaz syukur mengakhiri solat semalam.

Pada umur 18, itulah kali pertama saya tinggal di asrama. Sejak duduk di asrama, saya kenal banyak jenis orang. Rambut sama hitam tapi, ragamnya tak sama. Jadi, entri pagi ni, saya nak dedahkan, perangai - perangai perempuan yang ada dalam kehidupan asrama. Kebanyakkan yang saya nak dedahkan ni, perangai negatif la. Perangai baik, takkan jadi buah mulut orang.

  1. Perempuan yang bangun lambat
  2. Perempuan yang tidur lambat
  3. Perempuan yang malas basuh pinggan
  4. Perempuan yang meniru dalam peperiksaan atau kuiz
  5. Perempuan yang suka ‘makan’ tempat orang (territory)
  6. Perempuan yang makan sikit
  7. Perempuan yang tak beli pad lebih – bila berdarah mintak kat rata orang
  8. Perempuan yang malas mandi
  9. Perempuan yang sendawa kuat – EEEEEEWWWWWWWWW
  10. Perempuan yang jalan kepit – kepit
  11. Perempuan yang suka “bergayut”
  12. Perempuan yang suka beli tapi tak pakai
  13. Perempuan yang tak kemas katil
  14. Perempuan yang tak basuh baju lebih dua minggu
  15. Perempuan yang kaki makan kat luar
  16. Perempuan yang banyak kasut tapi tak pakai
  17. Perempuan yang menggunakan harta benda orang tanpa izin
  18. Perempuan yang suka ketawa mengilai
  19. Perempuan yang menindas orang lain
  20. Perempuan yang tahu makan tapi tak tahu simpan
  21. Perempuan yang tak adab guna tandas
  22. Perempuan yang suka buang bungkusan pad
  23. Perempuan yang bercakap lucah
  24. Perempuan yang terlalu penakut
  25. Perempuan yang terlalu obsess dengan imej tomboy/feminin
  26. Perempuan yang ‘brag’ pasal boyfriend

Saya tak kata saya sempurna atau cuba nak kritik orang lain kat sini. Cuma, inilah sikit sebanyak yang orang kat luar kena tahu. Kadang – kadang bila orang tu tengok seorang perempuan, dia mesti akan menilai perempuan tu mungkin dari segi pemakaian dia. Jadi, tak semua ada yang diorang nilai tu betul. Perempuan kat mana – mana pun pakai nak cantik –cantik, nak kemas nak bergaya. Kemungkinan besar, akan salah bila tafsir berdasarkan pemakaian. Perangai – perangai tu semua, mesti tak semua orang boleh bayangkan macam mana, terutamanya lelaki la. Perempuan tak tahu macam mana lelaki hidup kat asrama, dan lelaki pun tak tahu perempuan hidup macam mana. Bila kita dedah sikit, mesti ada yang macam tak percaya kan? Atirah minta maaf kalau ada yang terasa. Atirah buat je perangai no.1, 2, 6 dan 13 =)

Saturday, September 4, 2010

Emotionally envy

Well everybody is packing up, making their moves to buses and luggages are all around. I’m one of the girl who helped them carried those. A bit of sad feeling filled the air. Imagining their parents are waiting for them at homes. Everybody looks so happy and eager to go back. I am still here. Doing all sorts of performance’s props and memorizing the script. That’s my responsibility. The only one that I have not completed yet. BEN’s students always go back late every semester.


My desktop picture is a mood-teller, this shows my emotion right now.

Still not felling sleepy. I’m in no mood. I want to play computer game for a couple of hours later. It is sad to see everybody is leaving for raya. I’ll leave Nilai this 30th September. Still not feeling any better when I think about it. Most of the people here are so nice. I will miss them. They taught me a lot about life. They made me see the world wider. They sometimes caused me to cry and get angry. There are a lot of things that we shared together. We stayed up together, we go to class together, we went to laundry together, we ate together, we took shower at the same time, we woke up one another for classes, we reminded each other on solat, we joined the meetings, we worked together and we feel everything that friend felt first.

I hope, time will keep the promises. I hope our love will never die. I hope birds witnessed our faith. I hope prayers tame our hearts. And… Hopefully the water will turn to blood. We’re not in the blood ties friends, but help the water to be thick as blood. Promise me!

Friday, September 3, 2010

Iftar Hisbah

Kelmarin buka puasa kat Masjid Putra Nilai. Iftar Hisbah Ummu Qais, kami punya resident. Makan nasi ayam, dadih sikit, kurma, air limau nipis dan air anggur. Biasa – biasa ja. Yela, kan RM1 ja seorang. Jadilah. Lagipun Atirah dah merosakkan diet dia hari tu. Ada ambil gambar jugala sikit, banyaknya yang peribadi. Baru sedar, masjid ni cantik rupanya. Saya suka warna oren yang baru dicat tu. Jom layan gambar yang sederhana ni.

 Baru sampai

Dah mula susun makanan

Cepat! Ambil tempat masing - masing

Waktu tu masjid sejuk je. Angin sepoi - sepoi bahasa. Tak ada kejadian yang tak manis. Kami semua bersyukur kehadrat Illahi kerana kami kenyang dan selamat pulang ke dorm. Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria~ Cepat tampar Atirah ramai - ramai =)