Thursday, April 14, 2011

Sesungguhnya kerbau itu comel

Pernah tak fikir, yang kerbau tu sangat comel? Betul. Kerbau comel sebenarnya. Cuma kulit dia kasar je. Kulit tu bukan saja kasar, malah tebal. Dulu tengok Rachel Ray, dia bawa kawan dia wild-life buddy. Wild-life buddy tu kata kerbau hanya ada kat Malaysia, India, Vietnam je. Saya rasa macam kurang tepat je, tapi tak pe lah, yang penting Malaysia memang ada kerbau!

Kerbau tak boleh hidup kat tempat sejuk. Ini pakngah saya cakap. Dia kata kerbau mudah panas, dan dia kena berkubang. Kat tempat sejuk susah nak berkubang. Kerbau ni memang berat. Dah tu ganas jugak kadang – kadang. Tanduk kerbau pun orang ambik buat kraftangan, buat hiasan gantung di dinding dan buat pensil pun ada, untuk tulis khat tanduk kerbau.

Kerbau suka lepak dengan kawan – kawan dia. Kerbau sangat protective, sama dengan gajah lah. Daging kerbau boleh buat orang panas badan. Entah la betul ke tak, saya tak pernah makan pun. Kat Kedah, kadang – kadang orang bawak kerbau masuk dalam bendang, tolong bajak kot rasanya Tapi jarang lah, sekarang guna mesin harvester atau "kebota" taktau eja tu jer.
 Comelnya kerbau - kerbau tengah lepak nih

Nama kerbau dalam BM ni pun banyak digunakan di dalam peribahasa kita. Contohnya:
  • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
  • Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
  • Seperti kerbau kepanasan, sepatutnya boleh diterima =D
  • Seperti kerbau (boleh juga lembu) dicucuk hidung
  • Seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.
  • Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul, dll

Susah betul nak cari gambar kerbau kat internet. Tulis ‘buffalo’ keluar macam – macam. Gambar selandang pun ada. Seladang tu bukan kerbau! Tulis ‘kerbau’ pun macam – macam gak keluar. Kerbau ni ada banyak nama ke dalam Bahasa Inggeris? Ada siapa tahu? Sini, bagitau Atirah okey.

11 comments:

  1. heeeeeeeeee...kerbau pun bleh jadi isu blog....info mnarik!

    ReplyDelete
  2. suka tengok kerbau jugak. Rasa unik ciptaannya..

    ReplyDelete
  3. atirah comell...hahaha..:) xcuba taip جاموس؟ hehe..lawak je..

    ReplyDelete
  4. @murabbi : hehehehe thank you

    ReplyDelete
  5. @sha :betul...segala puji hanya untuk Pencipta kerbau2 ni =D

    ReplyDelete
  6. @Jah: hahaha lupa plak kerbau dalam bahasa Arab Jah.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. jap...jah punye blog..nape x bleh bukak?

    ReplyDelete
  8. tirah: dah lupe ea??heee...jah pon kdg2 lupa..:p
    nurul:erm..ary 2 jah try wt private...sbb 2 xleh bkk..tp skrg jah da wt cm biase..cbe tgok..bole bkk x?:)

    ReplyDelete
  9. kerbau kadang2 je terpkir kwujudannya...bgOslah kte memikirkn kweujudan kerbau nihh...bagOs trah=)

    ReplyDelete
  10. ahahaha, xde apa lah, saya sekadar peminat kerbau saje =D

    ReplyDelete