Sunday, April 17, 2011

Kera di UIA

Semalam pergi rumah wan, saja nak teman dia kejap. Dia selalu merungut dia sunyi. Jumpa surat khabar kelmarin, cerita tentang kera jantan serang budak umur setahun dengan pengasuh dia. saya memang out-of-date Dasyat giler. Budak tu kena jahitan lebih kurang 10 kot. Kesian. Susah jugak duduk dekat dengan hutan ni.

Nak tahu satu cerita tak? Atirah pernah confront dengan kera. Banyak, bukan seekor. Kera memang comel, sangat hairy. Masa tu, saya baru balik dari beli makan malam, nak naik pergi bilik lah lepas tu. Kat situ ada seorang budak perempuan ni, dia macam tengah sembunyi, takut – takut nak jalan. Rupa – rupanya, depan blok kami ada sekawan kera. Kecik besar nenek moyang semua ada. Pelbagai saiz.

Saya kan suka dengan binatang ni. Jadi, saya fikir kera sama dengan kambing. Jerit je diaorang lari. Saya pun jerit lah dekat kera – kera tu, jerit sambil hentak – hentak kaki. Mula – mula saya jerit kat kera saiz kecil tu jer, tapi kera saiz besar ‘terasa’ pulak kita jerit kat dia. Dia dah melangkah ke hadapan, saya takut gila, jelingan kera tu sangat menyeramkan. Saya tak mahu lari, saya sangat ego nak larikan diri.

Dalam hati : Tadi kau tunjuk hebat sangat Atirah, lepas tu kau nak lari ker??

Saya pun toleh kebelakang jelah, badan ketar tapi tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang kelajuan. Dengan tawakal kepada Tuhan, saya tak kisah dah jikalau kera tadi lompat atas kepala atau baham saya. Rupa – rupanya, saya selamat. Kera tadi pun cool balik. Saya bersyukur bercampur terkesima kejap.


Dalam hati : Woah, hebat ahh. Orang tengok kau tak lari bila kera menghampiri. Fuh, cayalah!

Lepas dari kejadian tu, kawan saya pula kena kejar dengan kera bawah titi. Macam – macam cerita lah dengar pasal kera ni. Kera memang jahat dan liar. Dua minggu lepas hari isnin kot, kiosk mahallah Hafsah kena rompak dengan 7 ekor kera pelbagai saiz. Kera ni ambil roti, dan sangat menyakitkan hati, diorang makan inti roti tu jer! Roti tu bersepah kera – kera ni lempar ke tanah. Memang tak ada adab.

Tengok kera - kera ni, lepak kat asrama orang, tingkat 4, menceroboh suka hati, mengancam penduduk di blok situ, saya yang menyaksikan pun tak tahu nak buat apa, halau tak lari, asyik nak serang orang jer. Nasty gila kera ni. Time ni, kera tu buang ke bawah bakul pengepit baju orang bilik depan tu. Haish...

Depan kuliyyah pun menyibuk jer

Orang kata, kalau kera kejar, jangan lari. Ish, tapi siapa lah nak buat? Dah kena kejar lari lah. Saya tak tahu betul ke tak statement tu, tapi saya rasa macam betul je. Saya hampir kena kejar kera. Tapi saya tak lari kera tak kejar pun hehehe.

p/s: gambar - gambar tu saya tangkap sendiri lahh, tau la tak berapa jelas sangat pun =]

4 comments:

  1. macam kenal je sape yang kena kejar dengan kera kat bawah titi tu. haha

    ReplyDelete
  2. tirah..nape sgt comel kera2 2?? but at the same time mnganggu ktnteraman awam..huhu..ei..klo jah kena kejar..jah pon lari...dorg 2 liar+ganaz..takot lah mcm 2, nk pg mne2 ade je kera..huhu

    ReplyDelete
  3. @ jah: Eyh, mmmg dorg comel.. tp perangai tak comel hehehe

    ReplyDelete