Monday, March 31, 2014

Apa rasanya bila habis belajar

Salam sejahtera. Maafkan keterlaluan ku dalam mengabaikan ruangan menulis ini.

Masa dulu, saya selalu fikir nak habis belajar awal. Tulis macam - macam seperti ini. Sekarang, masa tu hampir tiba. Gila lah. Cepatnya masa berlalu. Dulu selalu bising kata belajar makan banyak masa. Sistem pelajaran di sini terlalu banyak dan terlalu lama. Memang betul pun. Tak tipu. Saya masih setuju dan rasa semua tu betul.

Bila nak habis dah belajar, saya mula rasa sayang nak tinggalkan U ni. Rasa macam, alaihai, memang tak datang dah la kat Gombak ni. Rumah tetap pun kat Kedah. Macam mana dengan kawan – kawan, memori, events, pemandangan di sini. Saya mesti akan rindu tempat ni. Even sekarang pun, belum keluar lagi dah rasa macam ni. How would I live without you? I want to know. How would I live without you? Tetiba.

Lepas ni, kena mula fikir fasal kerja tetap, simpan duit, daftar itu ini, cari kereta sendiri, kumpul duit, belajar jahit belajar masak, mungkin sambung belajar, atau kahwin. Semua kena fikir dan kena mula jadi matang. Kalau boleh, saya nak kekal muda saja. Dan belajar sahaja kerjanya.

Tapi, orang kata, kita kena belajar sentiasa walaupun bukan di sekolah atau universiti. Hidup kita sentiasa belajar, ilmu kena sentiasa ada. Kalau dah habis belajar pun, kena belajar jugak dengan sendiri. Beli buku ke, hadiri majlis ilmu ke, tengok halaqah ke, semua kekal belajar.



Cuma bila dah mula bekerja dan bekerjaya, mesti kita lebihkan kerja kan. Terabai sikit ibadah sunat atau majlis ilmu. Balik kerja mesti nak rehat. Itupun kalau boleh rehat lah. Kena mula rancang dan tanam keazaman. Berapa dah umur Atirah sekarang ni? Teruk lah.

Tuju pada diri dan tuju pada yang mahu. 

2 comments:

  1. cik wangi....miss u so much. ye la kan. dah nak abis pun kita...sedih.

    ReplyDelete
  2. I know you, and I miss u too... we should meet, and I want to hug u =)

    ReplyDelete