Hari tu pergi Zoo Negara, ikut serta program kerja amal kat situ. Wah, pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Saya pergi pun memang sebab nak tengok binatang- binatang kat situ secara dekat. Nasib saya baik. Saya diberi tugas cuci kandang beruang, bagi beruang makan dan bagi memerang makan.
Part cuci kandang beruang tu sangat mencabar. Puas tahan nafas kat situ, berbau yang amat. Beruang situ sangatlah jinak. Manja dan cerdik lagi. Beruang situ makan roti mahal kot. Roti whole-grain lah roti choc-raisin lah. Roti yang nak bagi kat beruang tu gumpal – gumpal bagi bulat. Lepas tu tunjuk kat beruang bagi dia nampak. Bila beruang nampak, baling terus kat beruang. Beruang tu pandai sambut. Gila bagus pihak Zoo Negara jaga permakanan dan sediakan makanan macam tu kat binatang – binatang ni. Lepas tu bagi buah – buahan pulak kat beruang. Banyak makan betul.
|
Buah untuk beruang |
Tapi, ada sorang keeper binatang kat situ sangat garang. Suara kuat gila. Suka jerit – jerit kat binatang yang degil. Saya kesian tengok binatang - binatang yang kena marah tu. Ada memerang seekor tu kena marah bila dia cuba rebut ikan kat memerang lain. Bila keeper tu jerit marah, memerang tu lari sambil buat muka kesian. Tsk tsk tsk, kesian dia kena marah. Dahla memerang comel. Macam kucing, cuma dia pandai berenang je.
Kawan – kawan yang lain ada yang dapat tugas bagi makan kat kambing dan rusa. Ada yang cuci kandang tapir, capybara dan seladang. Ada yang cuci sangkar keluang. Dan kami semua dapat merayau – rayau lagi dalam zoo lepas buat kerja. Sebenarnya sangat penat. Tapi dah dapat masuk zoo secara percuma, tunggu apa lagi, gagahkan juga lah melangkah pergi tengok semua binantang.
Seronok bila teringat aktiviti yang kami buat kat sana. Ada juga yang kelakar. Tapir kat situ malas sangat. Lepas keluar kandang saja, tidur tak bangaun – bangun. Tahu tak? Saya dapat pegang ular, pegang lembu, pegang kuda, pegang kambing. Pegang lembu paling seronok. Lembu baik sangat. Oh rambut kuda sangat kasar, saya baru dapat merasa. Semua binatang yang saya hampiri busuk gila terutamanya kambing. Tapi kambing pun comel juga.
|
Antara yang terlibat =) |
Kalau orang buat program macam ni kat zoo, pastikan kauorang semua turut serta. Program macam ni bagus dan menguntungkan. Bagi pencinta haiwan, lagi lah patut untuk rebut peluang macam ni. Siapa lagi nak bawa kita pergi? Takkan nak pergi sorang. Datang lah ramai – ramai. Cadang kat persatuan ke? Sumpah program macam ni seronok.
EDITED on APRIL 11TH