Thursday, September 27, 2012

Apa yang menarik?

Apa yang menarik sekarang? Tiada. Atirah ada banyak masa lapang tapi tak buka blog, tak baca buku, solat lambat, duduk dalam bilik main game Plants vs. Zombies. Apa? Sejak bila?

Entahlah. Dulu mana layan game budak – budak macam ni. Tapi dah ada dalam laptop, saya cuba main juga akhirnya. Selepas cuti hari tu, saya rasa mood belajar untuk semester baru ni lambat datang la. Saya main banyak, tak serius. Lecture pun tak berapa dengar, pergi je duduk kat kerusi depan, tapi telinga dan otak tak simpan apa – apa. Kenapa jadi macam ni? Entahlah.

Semester ni kena kuat. Kena rajin. Banyak subjek mencabar.
1. Family management & parenting
2. Islam, knowledge & civilization
3. Curriculum and instruction
4. Issues in TESL
5. Computer-assisted language learning
 6. Counselling skills for teachers
7. Internet applications in education
8. Introduction to computer programming
9. Bahasa Melayu untuk kerjaya

Universiti mana lagi yang ada subjek 1 dan 2 tu? Saya bertuah. Sekurang – kurangnya ada pengisian rohani. Exclusively di UIA.

Nama dia Joyah, mulut dia asyik mengunyah ja tak berhenti - henti selagi ada makanan.

Dalam kepala sekarang, saya hanya fikir nak balik rumah saja. Setiap hari duk kira nak balik rumah. Tak sabar tunggu cuti raya Haji. Rindu semua. Tapi tak luahkan rindu. Rindu juga pada kucing, arnab dan kura – kura kat rumah.

Nama dia Bino. Dia ni makan banyak gila.
Kata- kata semangat: Allah suka pada sesorang itu jika dia melakukan sesuatu, dia bersungguh – sungguh dan ikhlas keranaNya.

Wednesday, September 26, 2012

I can't believe I ate this!




What to do now?
I'm fine by the way. Nothing happened tough. No food poisoning, no diarrhea.