Assalamualaikum semua. Lama jugak tak kemaskini blog ni. Sekarang dah kat rumah tercinta, jadi faham – faham lah kan.
Hari ni nak cerita tentang buku dan pendapat, dan semestinya lah tanpa niat nak memburukkan sapa – sapa. Kat sini ada la buku – buku ilmiah/islamik yang tajuknya best – best. Cuma satu saja yang saya tak suka. Kenapa semua buku ni huraian nya panjang melebar dan dalam perenggan. Tolonglah faham.
Tajuk buku dah menarik kot, 'Konspirasi Yahudi' lah 'Rahsia Jin' la. Ada sekali tu saya teringin nak baca buku “Biografi Malaikat” tu, selak kat dalam, fuh! Hilang minat nak baca. Saya dah ada niat kot nak baca buku tu. Tapi yang saya nampak tu, hitam putih je.. sangat bosan.
Pada pendapat saya, buku – buku macam ni bukan orang – orang tua je nak baca. Budak – budak remaja pun teringin nak baca. Cuba buat bagi menarik sikit. Macam saya, saya suka dalam point. Tak payah elobrate panjang sangat. Tak menarik. Straight to the point je. Dalam points pun boleh faham kan?
Lagi satu, bagi lah banyak warna sikit. Ini tidak. Hitam dan putih, cover buku je cantik. Saya bukan apa. Saya nak baca buku tu, isi masa lapang. Tapi malas yang amat bila tengok berperenggan – perenggan tuh. Panjang gila aduh mak.
OK, ini sahaja buat hari ni. Jangan emo – emo, ini entri kongsi pendapat ja. Ma 'as salamah wa ilal li qa'.